Aku ni sepatutnye gi mandi siap2 nak gi kerja ni. Tapi gatal nak gak tulis blog.
Malam tadi my 2nd last case was sorang pompuan tua terpijak jarum jahit yg anak2 dia main & berterabur atas karpet. Aku try tarik guna artery forcep tapi benang dia terputus, ni sumer pasal dgr nasihat boss aku la ni. Aku cakap aku nak potong je kaki dia kuarkan jarum tu, takyah la susah2 nak tarik, nanti putus benang tu & nanti terpaksa susah-payah korek2 kaki tu plak. And, aku betul, so terpaksa la godek2, korek2 sampai berlubang tapak kaki makcik ni. Still tak jumpa gak jarum tu.. last last kena gi XRay & kena refer to plastic surgeons. Tension aku. Aku memang menyampah dgn mana2 kes foreign body ni. Selalunye menda simple je macam tulang ikan ke paku ke, tapi the damage to the tissue coz nak mencari menda2 ni slalunye terlebih-lebih. Punye la susah nak cari. Tapi tu la, nak reduce risk of infection & further damage kena la cari sampai jumpa. Seksa betul.
Ok la, lepas kerja jap lagi sambung. Citer epal plak. Ni kena gi siap-siap dah.
I wish I jatuh sakit kat spital nanti & they send me home.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ops.. dah 2 hari utang nak citer pasal epal. Memang kelmarin nak sambung afta kerja tapi letih ya amat, la ni baru ada masa & tenaga nak sambung.
Sebelum tu, ayat di atas pasal aku nak sakit tu.. pasal aku harap2 kena gastro sepanjang weekends so that tak payah kerja :P kalau gastro policynye ialah takleh gi kerja 48hrs afta last symptoms.. hehehee.. imagine the time bleh 'rehat' kat rumah :)
Ok, ni pasal epal plak.
Semenjak last year aku baru perasan yg my gastritis (a.k.a. gastrik seperti kata org2 tua) is usually triggered by a few things including stress, soda, NSAIDs, nenas & epal, sometimes even water & milk if I have them first thing afta I wake up. Kenapa epal ye? Menurut kajian sains, epal akan stimulate gastric acid production, so kalau perut kosong akan irritate the stomach linig. Kalau stomach lining dah memang nipis, bila2 makan pon akan trigger gastritis.
Tu la jadinye malam weekends dulu tu. Pegi makan kat Kintochi (again) dengan Dr. H. Dia order apple soda, aku pon sibuk nak order apple soda. Lupa terus pasal pantang larang gastrik aku tu. Lepas abis makan, nak jalan kaki balik rumah, tetiba rasa perut saaaaakit sangat. Tapi memandangkan cuma 10minit je jaraknye teruskan jugak.
Oh no.. terpaksa patah balik bila dah suku perjalanan coz aku tak tahan, plus rasa nak muntah. Maka berlari-lari anaklah aku ke tandas di Chaddy sana. Dipendekkan cerita, I was dehydrated abis & kesakitan yg amat sangat, and terpaksa gak jalan kaki balik rumah. Terfikir gak.. takkan gastroenteritis (a.k.a. keracunan perut) kot, hubby & Dr. H. sehat semacam je. Then teringat la kat air soda tadi, soda epal.. wah, double blend.. hmm.. memang cari nahas betul.
Haaa... padan muka diri sendiri. Now I am sure to remember.. jangan terus ngap epal without thinking. Apple pie blom perasan lagi kesannye, tapi mebbie boleh coz epal tu dah masak, ntah next time aku try tengok kalau jadi menda sama.
Kesimpulannye.. makan tu biar la berpada-pada.. ni la yg dikatakan kerana mulut badan binasa..
No comments:
Post a Comment