Kebosanan settling the new house & the old house during my days off since last week. Patut aku update blog kan. Cerita banyaaaaak, gambar pon banyaaak nak bubuh sini. Eh, silap, patut study la kan. Aku kan kosong je pasal ICU ni. Haaaa.. Penyakit "M" lebih banyak buat masa ini. Hampir botak kepala & nak tercabut urat-urat kat badan nih.
Ternampak entry ni kat blog Ben Ashaari, belasah sajaaaa. Link dia kat sini: http://www.benashaari.com/2010/11/berani-mati-blog-aku-best.html
Latar belakang blog:
Started on the 2nd March 2005. Masa tu termakan idea adik aku yg masa tu di asrama. Tapi biasa la, tergendala kejap. Sedangkan assignment uni pon malas nak type, apatah lagi buah fikiran/ kisah kehidupan seharian. Makanye, entry pertama aku ialah a short note ntah apa-apa pasal concert Nickelback yg aku pegi pada tahun sebelumnye. Mengah betul. Serious, aku tengok balik pon rasa nak ludah je.
Blog ni dapat booster balik masa aku tengah buat surgical night shift, hasil pengaruh TTM & Lybeau. Biasa la, benci night shift cover ward, bila ada masa lapang masa tu sure aku jenguk blog orang & update blog. Seperti biasa malas gila jugak nak update selalu, TTM & Lybeau la kasi idea nak kick start balik blog ni, e.g. fesyen gi kerja ke (ni idea TTM), story kat spital ke, etc. So start balik pada 9th April 2009 dengan entry poyo pasal cuaca. Hehehehe.
Masa awal-awal aktif semula, most of my entries were melepaskan perasan kat orang tu, kat orang ni, kat nurses la, kat cuaca la. Biasa la. Macam anak remaja yang tau nak melawan tak pikir panjang. Tau nak ngamuk je. Cam tu aku nyer blog personality masa tu kot. Ayat berjela-jela, bahasa pon, tak melambangkan kewanitaan timur. Aku sendiri baca pon pening! Dari segi pembaca pulak, awal-awal tu the blog was intended for my family yg jauh di mata (tapi dekat di hati), and of course my fellow close friends (ada yg jauh, ada yg dekat sini je ha). Tu la yg main hentam saja isi kandungan tu. Dari segi rupa, amatla simple, widgets were very very minimal. Masa tu cuma ada follower, archive, profile, bloglist.
But I guess, this blog has matured with me as time passes by. I've mellowed down. Kiranye aku ni matang agak lambat la eh. Dah tua baru nak sedar diri.. ahaks! I've noticed that pembaca/follower semakin ramai (walaupon tak seramai other bloggers.. tapi tak kisah, orang suka orang ikut & Alhamdulillah & thanks for following, orang tak minat orang tak ikut). Cerita still about my life here di perantauan ni & also about my job yg kadangkala sangat mencabar jiwa raga. Now pon dah pandai main-main widgets & edit layout kasi lawa sket. Aku still kekalkan the simple layout & look coz aku sangat suka yg simple tapi indah. Tenang fikiran aku yang dah sedia sebu serabut hari-hari ni.
Dari segi nama plak. Awal-awal dulu nama dia ikut nama address blog ni. Biasa la takde idea lagi & malas nak pikir originality. I think middle of last year kot aku tukar nama kepada "SodaPunch&RojakBuah" ikut kegilaan aku with air gas & mocktails & rojak buah. (Aaarggh... air liur meleleh teringin rojak buah!! Mana nak cari gerai mamak tengah-tengah malam buta di Melbourne nih!!). Malangnye aku nyer gastritis (or orang M'sia panggil gastrik) makin teruk since last year menyebabkan aku dah kurang minum air gas. Tapi nama glamer tu dikekalkan saje. Malas dah nak tukar-tukar.
Haaa.. terperinci tak cerita pasal blog aku ni? Hehehe.. tak abis lagi nih, takut senget je korang nak baca..
Kategori blog:
Mostly personal. Ada sapa kesah nak baca hal-hal idup aku yg memang seberapa ni? Korang-korang la. =P
Usia blog:
Kalau ikut tarikh entry, 2nd Dec ni genap la 5 tahun 9 bulan usia blog ni. Kalau ikut tarikh dah-mati-idup-balik, 9th Dec ni genap la 2 tahun 8 bulan. Kalau ikut aku yang narcissistic or dalam erti kata lain, gila-glamor-gila-kuasa-aku-je-yang-bagus, aku ikut la umur tua 5 tahun lebih tu. Veteren = bijak! Hehehehhe.
Tujuan buat blog:
Like what I wrote on the profile details.. memandangkan aku hidup di perantauan, aku tulis kisah hidup & buah fikiran aku initially untuk tatapan orang-orang tersayang (family & close friends) di sana & di sini. Now still coretan hidup & idea-idea mengah aku, tapi now jugak untuk korang-korang yang sudi buang masa berharga korang baca blog aku yang sangat la bestnye ni. Sila-sila (tapi jangan lupa disclaimer kat tepi tu okes... hakciptaterpelihara & kerosakantidakterjamin katanyaa).
Oh ye, teringin sangat nak jumpa geng-geng blogger lain samada di M'sia atau di perantauan like me. InsyaAllah.
Apa yang bestnya blog anda tu:
Ooohohhooohooo.. mesti la best gilaaa. Hahhahaa.. sapa tak nak ngaku blog sendiri sangat best. Yang merendah diri tu cover line je, tapi dalam hati sure kata "uuiihh.. blog aku la paling best dalam dunia nih!" Hehehehhe.. jangan tipu!
Blog aku best la kan. Pasalnye simple tak semak langsung, entry yang honest even though some of them being changed untuk sebab-sebab tertentu. Those who know me akan kata this blog is pretty much the way my mind works.. boleh la tu.. sket-sket. Aku tetap misteri.. hehehehhe! Pas tu takde lagu otomatik yg meng-lag-kan komputer setiap kali org bukak blog ni, takde widget-widget berat lagi mengah. Tensen gua bila bukak blog org lain tapi ada lagu-lagu otomatik, kasi webbie-study-konon yg aku pasang lag. (Sorry buat yang ada ni, ulasan ikhlas aku). Pendek kata sejuk je mata memandang blog aku ni kan. And bonus, ada links to bahan bacaan yang best buat panduan hidup (list tu akan ditambah) selain daripada links ke blog-blog yg best (tapi blog aku best lagi). Dulu takde iklan kat blog aku ni, tapi skali lagi member suruh bubuh, aku bubuh je la sah-sah kasi lagi best blog ni.
Hahahhahahhaa... Wokeh, tu versi bangga-riak-tak-sedar-diuntung-nak-kena-lepuk punya jawapan untuk soalan ni.
Versi merendah diri lagi perasan mulia: Blog saya ni simple, putih macam buku skolah menengah, links berguna untuk masyarakat, tersusun, widgets berguna dan entries yang jujur ikhlas sederhana ringan. Sesuai untuk tatapan masyarakat majmuk 1Malaysia & sedunia. Hanya pembaca yg mampu menilai dengan nilaian yang comel-comel. Ahaks.
Sasaran trafik untuk tahun depan .. SEHARI berapa UV:
Hmm.. hal ni aku kurang pakar lagi. Agak-agak ratus-ratus sehari tahun depan tercapai tak? Cukup tinggi ke untuk blog personal cam ni? Aku sangat jarang check traffic nih. Kurang amik perhatian kat traffic & iklan Nuff tu (sorry Nuff). Agak-agak apa angka yg sesuai dengan diri aku yang perasan bagus lagi narcissistic ni?
Okeh, sekian saja entry berani-mati-tak-tau-malu dari saya.
Enjoooyyy...
12 comments:
Thumbs up :) If only I can write like you, I'm sure I would have plenty of followers!
sure makin meletops lepas ni!
GOOD LUCK:)
memang best!
wow..good luck!
=) thanks.
malu plak rasa bila baca balik entry ni. aaissh.. ehhehehe.. terlajak perahu kalau ada otot keras boleh la tarik balik, terlajak kata.. terima je la nasib. =P
nyanyuk jap.
yeahh!!berani mati tu bagus:)
toksah2 kesah ape org nak kate.yg penting blog kite best.hehe
hheheheh.. thanks nazirulhazwan. :) ye betul.. nasib la org nak kata apa eh. gua punye blog gua punye suka la. :P
berani mati ek...blog ko best ek dek..tak sempat nk usha2 pun..redah je dulu
hehehe. sila-sila. jgn segan-segan nak redah :P
keep it up!
lepas ni ghajin2 update ye :D
keep it up babe.. :)
Salam perkenalan.Cik Ila follow.. :)
hi puteri, :) thanks. bukan saja up, nak kasi kembang lagi :P
thanks lady. ni la jadinye cuti lama sangat kan. haahhaha mereng jadinyaa.
hi cik ila. sila :) thanks for visiting :)
Post a Comment