Masa aku mula2 sampai sini, slalu la jugak berlagak dgn member2 Aussie aku yg aku ni kebal hay fever. Heheheh.. gila! The only use of antihistamine that I knew back then is when aku ada URTI (upper respiratory tract infection e.g. selsema/ sakit tekak/ sakit telinga) & kena guna antihistamine nak avoid hidung sumbat. Tapi lama-kelamaan in the past 5-6 years, I've noticed that around the same time every single year mesti hidung berair, gatal, sakit, pedih, mata pon berair2 jugak. Then kadang2 akan ada secondary URTI.
Ada satu tahun tu aku kena posting kat this very ulu regional clinic in spring time. Full of flowers & trees this area, maklum la seriously ulu saangaaat. Tah ngapa setiap hari aku kena amik antihistamine for the whole 2months, unless if I was in Melbourne lah. Teruk! Aku cakap la kat boss aku masa tu yg aku nyampah gila dgn this stoopid URTI (I thot it was URTI yg ada ongoing residual symptoms, which sometimes can last up to 2months). Boss aku kata kalau setiap tahun time yg sama kena ni its called.. hay fever!! EErrkkkk.. Aisseehh.. ntah betul ntah tak dia tu.
Depan rumah aku ni penuh dgn pokok roses, kalau ikutkan hati nak je aku tebang semuanye coz kadang2 aku tercalar kena duri-duri dia yg tajam tu. Hubby la slalu kena hay fever dgn teruknye ni. Kadang sampai kena exacerbation of asthma. Aku slalu gelakkan dia kalau dia kena, tapi kalau aku kena.. ish.. haaa.. kan dah kena dah...
Dah 4 hari berturut-turut aku avoided caffeinated stuff sejak abis night shift on Friday hari tu. Tapi still malam aku takleh tido malam. Disebabkan hay fever, aku slalu amik antihistamine yg buat drowsy sebelum tido so that bleh tido malam. Kelmarin la parah betul, geram takleh tido after 3hours amik antihistamine tu, aku gi tibai lagi sebiji. Still mata ni tahan la plak sampai Subuh. Aaa.. sudahnya, aku zonked out for the whole day. Bangun for solat Zohor pas tu mata ni rasa berat gila sambung tido balik. And bangun sebelum Maghrib. Pas tu of course la malam2 dah takleh tido dah.
Hari ni aku berusaha bangun kol 12++pm & tahan until now. Still tak minum any caffeinated drinks jugak. Still aku amik antihistamine jugak tapi satu je. Harap2 boleh tido & bangun awal esok. Aku memang benci la berjaga malam. Dah la sejuk, gelap sunyi je.
Esok public holiday. Seb baik aku dapat cuti until Thursday before sambung nights on Friday, Saturday. Hubby pon dapat cuti esok. Yaahooooo!! Nak tau cuti apa? Its the Melbourne Cup day. Cuti umum wajib sempena judi lumba kuda. Ye, orang2 Melbourne memang suka berjudi. Aku tak pernah pegi all this lumba kuda festival. Aku harap tak hujan coz mana tau kami boleh picnic kat beach ke. Tapi kalau hujan pun best jugak kan, kasi banjir itu trek lumba kuda.. hehehhee.. coz diorang kata diorang still teruskan lumba kuda walaupon ribut petir, terlalu expensive utk dibatalkan semata-mata cuaca buruk.
=P
Gambar tribute to: http://www.toonpool.com/cartoons/Damn hay fever_43994
No comments:
Post a Comment