... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 02, 2010

Lutut & rojak buah =D

Sakit bebeno lutut kiri gue nih. Dah 2,3 minggu jugak la. Mebbie jalan secara senget semasa bekerja menyebabkan lutut ni terlebih sakit. Susah la jugak, coz aku ni dah la ada chronic back pain from sports injury jugak, ni lutut plak. Aaaii.. rasa cam I age before time ni.

Dulu slalu la sakit sendi-sendi ni time active bersukan, especially lutut, elbow & ankles. La ni bersukan mendanya, cuma berlari ke sana ke mari je dalam hospital. Masa buat anaesthetics dulu takde plak cam ni, masa tu naik turun tangga 3,4 tingkat 5,6 kali sehari.. senaman yg hebat. Now just satu tingkat, kalau kena naik tingkat 3 pon akan digunakan lift sebab malam-malam tangga sumer nya kunci. Hapa ntah kan spital ni.
Sakit mengganggu konsentrasi jugak masa nak duduk di antara dua sujud time solat tu.

So, dah dekat seminggu aku amik glucosamine (halal punya, berbentuk tablet & derived from seafood.. berhati-hati ye kawan-kawan). Its for the joints. Nanti-nanti aku citer pasal glucosamine & the joints. Anyhow, dulu pernah jadi cam ni lepas aku twisted my knee masa bersukan & aku amik this glucosamine tapi lain brand, lepas 2,3 hari dah elok balik. Ni dah dekat seminggu, cam slow je recovery dia. Tak tau la pasal brand murah sebab tu dia lambat baik, or pasal this injury is more severe than before. Kalau tak baik jugak dalam sebulan dua ni, aku ingat nak gi jumpa GP suruh dia refer kat ortho or rheumatologist. Takut la jugak kalau kat ortho, sure diorang suruh buat knee arthroscopy. Teringatkan all the procedures in the theatre, turn off la jugak nak pegi.

Anyways, petang tadi ingat nak gi beach dgn Lybeau & TTM. TTM kata cuaca kat area dia di Mordialoc/ Mentone sana cerah. Mine in Chadstone & Lybeau's in Carnegie, agak mendung & hujan rintik. Well, when I went there memang betul cuaca best walaupon slightly cool. Kami tak jadi gi beach sebab Amjah tido & Lybeau's hubby kerja so duduk2 saja sambil makan rojak buah & the yummy marble brownies & noodle yg TTM masak. Pas tu main game card with TTM's sons.

Gambar sebelah tu gambar rojak buah dgn kuah rojak Mak Bee. NYAAAAMMMM!! Dah tambah 2,3 kali baru teringat nak snap gambar. Nak yg cantik, nantikan di blog TTM. Lain kali kena amik yg cun-cun skali dgn some soda punch baru best eh, bleh la tepek jadi my blog pic kat atas tu.

5 comments:

Lady of Leisure said...

glucosamine tu bagus ye? itu hari i sakit lutut n ada makan glucosamine tu, memang lepas 2 minggu dah tak sakit then i pulak stop makan huhu.. i ni kalau nak makan supplement selalu tak consistent.. huhu..

A~ said...

yup. u dont really need to take glucosamine continuously dear. Kalau sakit je amik for a few weeks then stop. Coz u muda. glucosamine supplement tu just nak encourage the production in our own body. yg tua-tua tu je yg kena amik setiap hari. oh ye, pastikan ia diperbuat dari seafood, in tablet form & jaaaangaan sekali-kali amik yg campur chondroitin itu okay.

Azrul Adnan said...

yummy2..sedapnya rojak buah...=)

TopsyTurvyMum said...

Tu la kan weather kat sini...
ntah bila nak panas..hehe..kang dah panas sgt, komplen jugak lagi...teruk!

A~ said...

nyaaam rojak. rindu nak makan rojak lagi. i can eat rojak buah only & survive the whole day!!

k.nana, gambar rojak buah itu di page hang? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...