Wah, hari ni dah last day of Syawal 1431. Sekejapnye masa berlalu. Seriously, aku baru je rasa cam last week aku & family sambut Syawal kat rumah KL nun. Huhuhu..
Teringat masa kecik2 dulu sambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga. Kalau kat Peninsula M'sia seingat aku hari raya Aidilfitri la paling meriah coz mak & abah & kami dpt cuti panjang. Kalau kat Sabah, Sarawak sana, dan jugak Kelantan, Terengganu, mungkin raya Aidiladha lebih meriah. Most of the times we went back to Taiping, Perak, kampung mak. I think rare occasions je balik Kuching, Sarawak, kampung abah. During that time, takde cheap airlines to go to Borneo from KL, so the feasible choice has alwiz been to go back to Tepeng.
Masa tu abah takde MPV mcm sekarang. Memory aku menjangkau masa abah ada kereta Toyota Corona kaler coklat. Masa tu aku & adik aku berdua je kat kerusi belakang & masa tu takde peraturan pakai tali pinggang kat kerusi belakang cam skang. So best la boleh baring sakan. Aku ingat lagi setiap kali balik kampung sure mcm bawak satu rumah. Haha. Ada tilam, ada pinggan mangkuk, bantal2, etc. Tingkap kereta pon dipasang kain batik/towel/kain pelekat jadi langsir tak nak kami panas, nak jaga kuih raya tak kasi rosak pasal kereta panas. Berhenti rehat sekejap2 kat R&R, yg dulu punye tak sehebat mcm R&R sekarang. Kalau balik time puasa, aku rasa mak & abah tak mkn kalau berhenti tu, aku & adik je la yg melantak abis-abisan. Ye la aku ni jenis yg ada motion sickness, kuat muntah, so kena la isi perut dulu. And masa tu lalu jalan lama yg hampir 8 jam rasanye from KL to Tepeng nun. Fuh, jenuh drive beb!
Kami ke Tepeng dok rumah Opah di Kamunting, masa tu opah masih hidup. Seronok la ada sedara-mara, sepupu-sepapat yg rajin melayan aku & adik. Mak anak bongsu, so cousins aku sumer lebih kurang tua2 la. Yg sebaya pon ialah anak arwah MakLang aku, yg sebaya dgn adik. Pagi2 raya abah & pakcik2/kasen2 lelaki ke masjid Kamunting menunaikan solat sunat Syawal. Mak kena la jaga aku 2 beradik yg cuma tau nak duit raya, kuih raya, baju baru. Aku rasa setiap tahun abah & mak akan sediakan baju baru utk kami, walaupon aku rasa kami berdua kurang kesah pasal baju2 baru ni kalau di kampung. Di KL je yg org sibuk2 pasal baju, perabot, langsir, etc baru.
Aku tak berapa ingat sangat suasana dia mcm mana zaman tu. Yg aku ingat anak-beranak arwah opah akan bersama-sama membersihkan rumah opah beberapa hari sebelum tu, & masak beramai-ramai. Akan ada rendang, serunding, lemang, lontong, kuah kacang, ketupat, masak lodeh, nasi minyak, ayam masak merah, etc. So kat rumah arwah opah tu sentiasa ceria & sentiasa ada makanan. Lagu-lagu raya berkumandang thru the radio in the dining area & thru the tv. Memang sangat seronok. Then bermula acara melawat sedara-mara di sekitar Tepeng. Masa tu aku ingat aku memang seronok nak makan kuih raya sedap2. Lauk2 tu tak minat lagi masa tu, ye la budak kan, suka yg manis je la. Zaman tu memang most people rajin buat kuih raya.. bahulu, kuih bangkit, kuih ros, tempeyek, agar2 batu, etc. Berseni & sangat sedap.
Jugak seronok nak duit raya. Zaman tu, kalau dapat duit raya RM2 rasa cam WOW orang ni sangat kayaaa! Selalu dapat 30-50sen average. Alhamdulillah, abah & mak tak pernah ajar kami merungut kalau dapat duit sikit. Kami bersyukur sangat kalau dapat. Yang penting ialah keseronokan dapat duit raya tak kira brapa. Tapi kalau beraya rumah org & TAK dapat duit raya, mula kami bising org tu KedenG! Hahaha. Apa macam tu?
Rumah2 org masa tu akan penuh dgn pelita & lampu lip-lap. Kalau visit malam2 best, bleh join anak org main mercun. Sronok tengok lampu sini-sana. Rumah arwah opah pon akan ada lampu lip-lap abah bawak dari KL utk hias rumah opah.
Bila tiba malam hari, sebelum & pada hari-hari raya, wah, meriah sungguh. Bom sana, bom sini. Whoaaa... masa tu meriam buluh boleh kedengaran di merata-rata tempat. Abah akan bawak balik all sorts of bunga api + mercun, mostly mercun bawang pop pom tu & bunga api King Cat & yg belang2 byk asap kaler2 tu, coz masa tu legal lagi. Sronok la kasen2 aku tumpang sekaki. Yg mercun pelik2 sket tu sumer from my kasen lah. Abah akan pasang ubat nyamuk kat luar & kat dlm rumah supaya kami bleh main dgn penuh kedamaian, chewaaahhh. Masa tu, mana peduli hal2 bahayanye main fire-crackers ni kan. Yang penting, seronok beb!
Kami balik KL selepas beberapa hari di Tepeng. Hujung2 minggu akan dipenuhi dgn lawatan ke rumah member2 mak & abah. Zaman tu seingat aku takde istilah kena ada jemputan baru boleh datang & tak ramai yg buat open house mcm sekarang. Mostly just visit each other ikut kelapangan masing2, & di setiap rumah sure ada juadah raya, kalau tak extensive feast pon, mesti ada rendang2 sket/kuah kacang sket or paling kurang meehoon goreng bujang on top of kuih2 raya. Dapat la jugak duit raya seketul-dua, menambah lagi pendapatan. Aku ingat lagi, aku & adik akan join kasen kami di Taman Ayer Kuning sana merayap to collect duit raya. Rumah org tak kenal pon tibai je. Yg peting dapat duit raya. Kalau kat KL ni tak brani sket nak merayap satu geng. Aku tak ingat if aku pernah ke tak join member2 merayau ke rumah org di sekeliling taman perumahan. Masa tu lagi mak & abah dah start curfew & peraturan yg kami takleh merayap tak tentu pasal tanpa org dewasa teman. KL tu bahaya wooo...
Mak & abah akan amek duit kami to keep in the bank. Masa tu redha je, tak terfikir sangat nak blanja duit2 tu. Yg penting dapat duit raya. Haha.
Kalau beraya di Kuching, selalunye makanan yg dihidang lebih extensive in terms of lauk-pauknye. Pelbagai jenis, not only the rendangs, ketupat, kuah kacang yg kita jumpa slalu tu. Kuih2 diorang tak brapa byk. Mostly suka hidang kacang2, maruku, coklat, some kuih e.g. kuih batang buruk, bahulu. And diorang jugak sangat suka air gas. Aku tak pasti la itu diorangnyer style or aku yg kurang melawat ramai org. Maklumla, limited time yet sooooo many families to visit. Nevertheless, kemeriahannye tetap sama bagi aku samada di Semenanjung or di Sarawak. Budak kan, tau nak raya & duit raya je la. Dalam pada itu, aku membesar tanpa dapat mengingati cam mana rasa ada grandparents yg boleh melayan aku main2/jalan2 & segala macam kerenah. Grandparents belah abah jauh nun di sana, belah mak plak atok dah takde sejak mak kecik, opah tak sihat sepanjang2 aku ingatlah until she passed away when I was 15 :(
Semakin besar terasa semakin kurang plak kemeriahan hari raya tu. Ye la, ramai kasen2 aku dah kawin & maklum la bila dah kawen mesti la ada yg beraya kat kampung pasangan masing2. Semakin sikit org2 berkumpul di rumah arwah opah. Bila opah dah meninggal dunia, tempat perkumpulan kaum kerabat berpindah ke rumah Mak Long aku dekat2 situ jugak. Tapi tak semeriah masa beraya kat rumah arwah opah dulu. Kuih2 pon dah semakin kurang hasil original tangan masing2, lagi senang beli je, yg mostly tak berapa sedap. Adik2 pon dah bertambah, dari sorang je jadi lagi 3.
Duit raya plak makin besar nilainye, tapi makin sikit bilangan orang yg kasi kat aku. Asik2 ckp "Hang ni dah besar, nak jugak duit raya ke? Tak payah la ye, kasi adik2 je la. Hang pon tak lama lagi dah nak kawin dah" Waarrgghhh.. terbakar jugak aku dalam hati bila org ckp cam gitu. Besar besar pon masa tu sekolah menengah je. Bukan kerja lagi. Lain la kalau aku berenti kerja masa skolah menengah pas tu gi kerja kilang ke kat kantin skolah ke apa. Sabar je la. Yg mana kasi tu, mesti la seronok kan, sebab diorang yg kasi kat aku yg dah besar masa tu kasi jumlah yg besar jugak, lebih byk dp yg adik2 aku dapat. Aku plak, mulut jahat jugak masa tu, blakang2 diorang aku slalu geng dgn adik aku H2 tu & ckp yg org2 tu kedeng. Ye la, parents aku sentiasa kasi anak2 mereka ni duit raya walaupon mereka ni besar panjang dah. My parents are very generous. Tapi lama-kelamaan, aku dah bleh terima dah yg org2 besar panjang ni kurang dah dpt duit raya sebab org2 lain sumer kedeng!! Hahahahhaa.
Masa aku dok asrama plak, lepas raya tu mesti ada acara nyanyi lagu raya beramai2 dalam kelas oleh cikgu bahasa melayu kami. Aku agak2 cikgu tu sure malas nak ngajar maklum la, mood cuti raya still menebal lagi, apa kes nak ngajar budak hingusan plak. Nyanyi je la kan. Hahaha. Tapi best la, aku ni bab2 tak yah blaja memang semangat abis. Kesian kelas sebelah2 sure annoyed gila dgr suara sumbang kami yg memekakkan tu nyanyi. Sini kat Melbourne takkan nak beramai2 nyanyi lagu raya kat lecture or kat spital kot. Tak ke masing2 kena seret ke high dependency unit kat psychiatric ward. Hahahaha.
Oh ye, bila dah semakin besar, kad raya pun semakin banyak dapat. Maklum le org glamer (perasan). Masa tu sure compare2 dgn member2 baik sapa dpt kad raya paling byk. Bila dah nak dekat raya kad2 tu pon digantungkan buat hiasan kat rumah. Kad org2 yg diminati diletakkan kat paras mata, yg paling tak nak dilayan akan diletakkan either bawah skali or kat atas2 nun tak nak kasi org tengok. Hehehehe. Now rasanye jaraaaang sangat la kot org kasi kad raya kertas tu, org kasi e-card or sms je kan. Macam2 animasi e-card & berbunga2 sms org hantar. Aku yg di perantauan ni semakin jarang la dpt kad kertas, kadang2 dapat la e-card/ sms. Nowadays, kat FB tu ha, lagi la mcm2 applications sempena puasa + raya; kad raya la, duit raya la, kuih raya la, baju raya la. Macam-macam. Tak meriah dah... but at the same time environmental eh. Bunga api pon dah diharamkan since byk sgt org cedera/mati disebabkan mercun. Semakin suram suasana hari raya jadinya.
Aku notice jugak lagu2 raya now dah semakin tak best. Lagu2 dulu gak best, esp lagu2 raya yg aku & parents membesar with. Dulu shopping malls akan ada hiasan raya sejak sebelum Ramadhan lagi, now dlm 2 minggu sebelum + 3minggu lepas raya je diorang pasang. Toleransi dgn kaum lain la kononnye. Rancangan2 raya kat tv pon dah makin tak best now. Mebbie sebab artis2 tempatan yg semakin kelam, tak macam dulu. Orang pon dah tak sambut raya semeriah dulu lagi.
(to be continued...)
No comments:
Post a Comment