... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

Perihal backyard & tikuss

Hari ni sejuks jugak dlm 16°c-22°c at peak. 3 hari dah hujan ribut petir banjir di sekeliling Victoria esp in the north. Alhamdulillah tempat kami selamat & now nampak matahari walaupon sejuk. So, apa lagi, laundry lah.

Setelah lama bercuti di M'sia kawasan blakang rumah yg sebelum tu tak brapa semak dah jadi cam sarang & semak. Kadang aku nak jemur kain pon rasa cam seram gak, apatah lagi nak meredah segala utk jirus pokok2 kesayangan aku tu.
Until kami ternampak ni.. lalu lalang di sebalik semak samun tu. Kadang-kadang dia datang lepak kat tepi-tepi rumput gi makan daun-daun rumput tu.

I think this & a few ekor lagi kami nampak berlari-lari manja are frm the next door neighbour. We think diorangnyer garden semak samun. And unfortunately masa kami cuti rumput pon panjang, maka diorang pon cam vacation skejap kat sini. Sheeshhh...
Seb baik now dah clear, thanks to beloved hubby, tinggal nak nak cantas2 sket je dahan2 yg berjuntai dari rumah sebelah tu.

Baby baru kat rumah ni: pokok stroberi :) Beli kat Ikea. Dia kata berbuah sepanjang tahun. Best! Walaupon aku lagi suka cherries than strawberries, but ni boleh la. Nak kena tambah lagi sepokok dua.
Aloe vera. Ada anak 1 dah. A few months ago ada 5,6 anak dlm satu pasu kecik tu. So aku ubah tanam atas tanah kat blakang & kat depan. Akhirnye semua anak2 tu mati lemas coz of the storm. Sob sob.. sedih. Sebelah dia tu tertanam spring onions yg cam hidup segan mati tak nak.

Aku dah bubuh baja kat semua pokok2 kesayangan aku :) Memang habit aku bila pagi-pagi je mesti nak jenguk tanaman kesayangan sambil membelai-belai mereka. Sejuk hati. Orang kata kalau kita sayang dia, dia pon akan berbakti kat kita lebih. Cam pokok limau kasturi yg abah tanam kat tepi rumah di M'sia tu.
My pokok cili besar yg survived the winter & the storm & the other bad weather. Alhamdulillah, dah banyak bunga dah, tinggal nak berbuah je lagi.
Ni gambar bawah ni part of almost 40biji cili padi kat pokok cili padi sebelah pokok cili besar. Ada banyak lagi bunga. Gambar pokoknye yg dah tinggi tu ada kat atas belah kanan nun. Kalau aku boleh hug these pokoks, I would. Aku sangat sayang mereka! Ada bunyi cam pekebun berjaya tak?
One lone ranger pokok cili. Aku tak pasti pokok cili padi or cili besar, coz dah setahun dia tak berbuah. Kesian batang dia kat bawah tu cam terluka sket. Mebbie aku boleh cat kot on the luka spot. Dia ni a true hero lah. Has survived a whole lot of bad weather. Sayang dia! Alhamdulillah dah tumbuh bunga banyak. Sebelah dia banyak pokok mint & pokok kesum yg kami transfer tanam atas tanah dari asalnye kat pasu.
The tough group of kesum dlm pasu, and kat pasu sebelah group of mint. Sayang jugak kat diorang ni, Alhamdulillah dah survive the bad weather sejak awal tahun.
Our mint

Now I hafta go to sleep for tomorrow a.m.'s residents/ interns/ med students teaching, giliran aku la tu yg mengajarnye. Seb baik dah siap lama dah. Tajuknye Paeds & Respiratory in ED.
Gnight.

2 comments:

Lady of Leisure said...

dear.. mint tu daun pudina kan? hehe.. i suke buat ulam, sedaap giler rasa mcm colgate hihi.. kalau ada kat rumah i ni mau hari2 i makan buat ulam.. fav ulam tu hihi

A~ said...

ha'ah lady, mint is pudina (kalau i tak salah). mint ni senang nak tumbuh tau. letak je kat tanah, nanti dia menjalar tumbuh anak2 dia. sedap makan buat ulam, sides for laksa utara, sauce for bbq/ grills, mcm lagi kan. nyam nyam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...