... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Pick up Adik

Aku tengah menunggu kol 1am jap lagi ni nak gi Tullamarine airport nak ngangkut adik aku H3. Dia naik Emirates landing kol 1:02am kot. Tapi coz aku lalu Citylink & ni tgh2 pagi buta weekday ni so mebbie akan sampai sangat cepat kat sana. Ye la dgn immigresen lagi, huhahuha sumer tu, ngam ngam la aku sampai kot.

Rumah tak abis kemas lagi sebenarnye. Tapi takpe, asalkan tempat tido & mandi kencing berak sumer tu bersih bersinar lagi harum so boleh lagi ditangguhkan sedikit lagi. Now dah tambah lagi sorang helper boleh 'aku' basuh kereta, cabut rumput, cuci lantai, kemas kotak, etc. Bagus bagus bagus. >:)

Anyway, hari ni the only day off selepas a.m. shifts ujung minggu lepas, then sambung evening shift jap lagi start kol 2 jap lagi. Oh, how much I hate evening shifts coz abis midnight :(

Disebabkan 1 hari je off, maka aku pon kena la memasak dinner/sahur dgn bersungguh-sungguhnye. Kali ni kena masak lebih lagi coz lagi satu perut nak suap ni. Lenguh la jugak badan aku sumer berdiri lama gila kat dapur tu. Harap2 cukup la makanan until Friday nanti. Hmm.. tapi kalau abis suku jalan, hubby kena la bawak adik aku kuar makan, since aku ni a bit protective & possessive about people cooking in 'my' kitchen. Kalau nak masak boleh, asalkan rumah takde bau dlm erti kata lain buka tingkap sliding door tutup pintu bilik tido pasang full blast ventilator yg memekakkan tu & dapur licin berkilat bila aku balik kerja nanti. Bolehkah?

Kuah asam laksa. Sardine dlm tin dah abis, maka aku humban saja all the tuna that I could find in the pantry, walaupon ada yg berperisa. Rasanye sedap la jugak.
Murtabak segera ikut resepi Dapur Tanpa Sempadan, CMG.
Tadi balik dp grocery shopping aku snap la gambar2 bunga2 kat luar ni. Sejak last week aku noticed some pokok dah start tumbuh pucuk2 & anak2 bunga. Signs of spring coming soon. But the weather in Melbourne currently is actually heading south.. a real Melbourne winter.. seeejuuukkksss!! And akan makin sejuk in the coming week seperti kata pakar kajicuaca Australia. Oh no...

Pokok dlm garden aku dah berputik, its a matter of time now yg aku kena tebas menebas semula.
Pokok depan rumah di luar pagar sana
Rumput luar rumah
Bunga kat postbox

Okay ciao, kena get ready.

Friday, August 12, 2011

About a.m. shifts & kelapaku keras

12 Ramadhan 1432H. Today is going to be the 2nd day aku bekerja pagi in bulan puasa untuk tahun ini. Bunyi cam big deal kan? Hehehehe.. mesti la big deal utk org yg lemah cam aku ni... lemah pekebendanye. Ngade je lebih kot.

Anyways, semalam hari pertama. Wednesday a.m. was actually the first but I was doing the non-clinical job e.g. teaching the junior docs & medical students, checking results & if the abnormalities were appropriately acted on, etc. My topic for the teaching was O&G in ED, which I had last term. So takde la susah sgt nak prepare, just kena refresh my memory saje. Powerpoint recycle je. Senang.
Semalam hari pertama kerja pagi. I thought I was going to be starving, thirsty, headachy, no focus, etc all the symptoms of low brain perfusion. Tapi Alhamdulillah semuanye okay. Aku ngantuk sepanjang hari coz slama ni aku tido siang then kerja in the arvo & tak tido malam, that kind of ridiculous cycle. Aku ngantuk gila by 1pm smalam coz even tho the night before aku try paksa diri nak tido awal but aku tertido kol 11pm & terjaga kol 3am, then takleh tido. So in the 2nd half of the day tu aku memang terkenyit2 dua2 biji mata aku ni, hopefully takde la patient or sapa2 yg terperasan aku nak ngorat diorang. Kehkehkehkeh.

Bunyi cam big deal sangat. Cam la aku tak biasa kerja pagi di bulan puasa selama ni. Well, I've had a.m. shifts di bulan puasa sebelum ni sejak internship dulu. Masa intern buat GP rotation di whoop whoop sangat2 mencabar, aku slalu kena reflux & muntah2 di siang & malam hari sepanjang rotation 5 minggu tu menyebabkan byk sangat hari aku kena ganti puasa. Mebbie it has sth to do with the water there. Aku memang tak sesuai kerja kat rural Au ni. Hehehe. Then the next year tu memang tak kerja time bulan puasa so gemoks sangat aku jadinye. The year after aku kerja in ED, mostly arvo & night shift, ada seminggu tu kerja pagi. Seingat aku walaupon aku penyek minggu tu but other shifts kerja aku melantak saja bila time buka puasa or overnight. So tahun tu seriously aku put on 8kg sejak awal puasa until abis raya! Hahahaha, nanti aku citer apa jadi bila aku balik frm cuti raya.
Then last year aku berpuasa time kerja anaesthetics, surprisingly takde masalah langsung. Mebbie coz kurang bercakap & kerja sangat senang utk junior cam aku ni. I had enuf sleep & was enjoying work. Didnt put on weight as much as the year before, mebbie cuma 2kg saja then hilang balik bila start kerja balik lepas raya.
This year.. kita tunggu if aku akan put on weight lagi in bulan puasa or not. Buat masa ni aku rasa cam weight aku sangat steady blom naik lagi. Hehehe.. jeng jeng jeng.. tunggu saja :P

Okay, citer pasal what I made on Wednesday for buka puasa & sahur.
After work on Wednesday went to buy some groceries with hubby. Petang tu lepas bangun tido bertungkus lumus aku masak.

Tom yam sayur, dah abis tadi sahur
Masak lemak udang.. best, lama tak makan masak lemak. My theory is kalau nak kerja pagi kena makan sth berlemak & protein rather than high carb coz during starving period body will increase gluconeogenesis thru stored fat & will use up protein for body repair. Kalau tak puasa kita ada breakie, lunch, snacks, etc. Aku bakar ayam & daging jugak tapi lupa nak snap pic. Dah abis dah pagi tadi.
Telur masin.. yuummmm!
Jumpa kat HongKong hari tu. Excited aku. Masa beli tu ingat blom masak lagi, like the ones yg aku slalu jumpa kat Box Hill or Springvale. Masa nak rebus tu baru perasan, rupenye dah masak. Laaa.. senang aaaa lain kali kalau nak makan telur masin. Cuma yg dah masak ni kurang masing sket if to compare with the ones yg blom masak. Nevertheless, rasanye sedap jugak. And aku basuh & rebus semula, maklum le aku ni kureng percaya sket bab2 telur yg diorang kata dah rebus ni. Kang aku plak yg kena keracunan makanan if not careful.
Bersungguh-sungguh betul aku masak kan. Time cuti memang gini. Kalau time kerja, kebuluran je aku. Yo-yo. One of the dishes aku masak ialah aku nak try buat kuih ketayap. Last time aku buat dgn jayanye was when I was a student, so synergistic effect dgn effort kawan2 serumah, obviously sangat menjadi. Ni aku buat sorang. Sedih gila inti kelapanye caramelised & keras, sumer coz nature aku yg tak suka menunggu maka aku leka main iPad2 aku tu la sementara tunggu menda tu masak. Padan mukaku! Huhuhu. Ye ye je aku print recipe masa kat spital pagi tu, siap canang2 lagi kat junior2 yg aku ajar tu yg aku nak buat kuih tradisional yg sangat best & cun. Kekekkeke. Ye ye je berlagak, kan dah hancus. Heheheh. Masa try gulung kuih ketayap tu hahahhaa bocor abis kuih aku. Kulit dia dah cantik vibrant green & sedap gebu dah. Aiyooo. Tersentap aku terus simpan the inti & the kulit2 dlm fridge. La ni still tgh fikir cam mana aku nak repair the inti kelapa kasi lembut. Sayang aaaaaa nak buang. Kang aku nangis. Huhuhuhu... kalau ada bazaar Ramadhan kan senang, tak perlu la aku tertunggingtungging nak buat kuih2 kegemaran ni. Haaiii....
Gambar takde coz aku keciwa.

Ni jap lagi ni nak gi mandi & get ready to work. So far dah 2 hari aku sampai kerja early which is very rare for me. Tengok aaa jap lagi cam mana, harap2 tak lambat lagi :P mebbie coz takleh sarapan & dah solat Subuh awal2 kan, takde la terhegeh2 lagi nak siap2. Caffeine pon dah bertindak at its sites.
And harap2 hari ni, which is hari ke-2 aku kerja shift pagi setakat ni, akan berlalu dgn lebih bagus then semalam. Tido awal beb, kol 9pm dah padam & bangun kol 415am. Best!!

Monday, August 08, 2011

MasterChef 2011 dah abis, bosan aaa tv nowadays..

Setelah puas membuta sepanjang hari (coz mlm tadi tak tido) akhirnye tiba la masa untuk buka puasa. Aku & hubby buka puasa dgn kurma & air je, then baru la masak lepas maghrib. Nuthing to watch on tv. MasterChef 2011 dah abis, menyaksikan kemenangan Kate against Michael. Aku kerja arvo shift abis almost midnight so memang tak berpeluang tengok finale tu. Lepas tengok rerun of the episodes kat Masterchef webbie, aku cam terasa memang Kate patut menang kot. The finale this year kureng menarik if to compare last year's one. Last yr I think cool gila ada invention test, knowledge test, pressure test. This year semuanye masak all the way through. According to TheAge.com.au rating penonton tahun ni tak menarik as per last year's. Mebbie coz may find that tahun ni punye MasterChef kureng umph factor. And dia seperated the finale into 2 parts 1 part kol 630, lagi satu part started at 830, tengah2 at 730 the Renovators. So mcm potong stim la jugak. Seb baik aku tengok rerun je.
Okaylah, tak perlu mengulas banyak2 MasterChef ni coz dah abis & thn ni punye kureng menarik than last year, even though banyak gak foods yg best dlm ni.

Malam ni kami makan mamak style food. Here's the pictures.

Ni dia lauk malam ni.. harap boleh tahan sampai pagi Rabu hendaknye..
Kari sotong plain je
Sayur goreng mamak ni isi bendi, kacang panjang, kentang & cabbage. Aku saja bubuh cabbage coz aku suka cabbage!
Ayam masak merah pedas segera.. thanks to Brahims!
Roti canai segera juga
Sahur jap lagi ni tak perlu la aku nak goreng roti canai ni lagi, dah siap goreng dah awal2. Ok aaa tu utk aku yg sangat pemalas ni. Tinggal masak air & panaskan lauk2 tu je. Nasi pon dah siap masak tadi tapi tak makan. Terbayang2 je nasi ayam kari sayur makan dgn kicap manis cam kipas udang esok pagi ni.. yaaayyy. Hehehhe.

Esok aku free lagi. With starting Wednesday until Sunday aku a.m. shift. Harap-harap la aku diberi kekuatan fizikal & iman to face a.m. shift in Ramadhan tahun ni. (Bunyi cam ngada-ngada je kan.. hehehhehe...).

Friday, August 05, 2011

Aku tak suka berpakaian serba hitam =(

Hari ni takde gambar coz aku tak sempat nak melagha amik gambar. La ni dah kol 128am, so takde menda pon nak amik gambar.
Aku bgn lambat gila lagi seperti biasa. Berapa belas mimpi dah taking turns sepanjang aku tido lepas Subuh. Yg ngarut2 pon ada seperti aku jadi pengawas siap pakai uniform biru lagi kat spital tu.. eerkk.. apa kebendanye tu. Agak2 ada pesakit gerun tak kalau aku turn up cam gitu gi kerja? Hehehe.
Tu la kot org kata lepas Subuh jangan tido. Nak buat cam mana aku dok stay up je sejak start puasa ni. Selain buang masa kat internet, aku study jugak. Oh ye, ada jugak lepas beberapa jam aku dok bersenaman kat ruang tamu either buat weights, or other indoor exercise, kasi hilang boring. Dan jugak since dah hobby baru aku tido lepas Subuh makanye better aku senaman kan. Aku semakin rajin bersenaman aku rasa since bulan puasa ni. Harap2 my body lebih toned time raya nanti.
Dan jugak sejak mengamalkan hobby baru ni aku terasa cam kehilangan matahari pulak even tho lately panas di siang hari. Tak best langsung. And tadi aku terlepas time gi kerja... Aiiyaaakkk!! Seb baik cuma non-clinical stuff je. Adoih.. mati aku nanti kena sembur dgn boss besar. :(

Btw, tadi buka puasa out, & aku pakai all black. Jijiks gak aku tengok dlm cermin wearing that. Well, I will never ever wear all black dari hujung rambut sampai hujung kaki to anywhere, semua putih takpe, but if you know where I went, then you know why. Arrghh!!

Seb baik esok start kol 3pm, so tak kisah la kalau aku teruskan hobby ni. Abis kol 12am tu yg tak best tu coz tak dpt buka puasa dgn hubby. Sabtu & Ahad plak tak tau cam mana nak bgn awal coz aku start kol 1pm, abis kol 11pm. And ini bermakna aku akan miss grand finale MasterChef 3 on Sunday!!! Aaarrghhh, marahnyeeee!!

Wednesday, August 03, 2011

Another day in Ramadhan 1432H

Hari ke-3 berpuasa. Hubby kata dia rasa dia dah naik 2kg since first Ramadhan. Kehkehkehkeh. Mana taknye, aku rasa setiap tahun pon kami slalu terlajak polisi... buka puasa cam hape je konon-konon ganti balik seharian takleh makan & minum, then time sahur fuiyooh lagi banyak makan de konon-konon nanti takde la lembek je time kerja. Tapi la ni masing2 cuti, rasa cam tak perlu la extra calories tu. Aku ni plak lepas Subuh je membuta sampai dekat2 nak abis Zohor sebab tak tido sepanjang malam konon-konon nak study la tu. Hehehe.

Depan rumah. Tu papan tanda jual rumah tu bila ntah the agent nak buang. Dah berbulan dah kat situ masa diorang buat auction jual unit blakang rumah kami. Sheesh. Tu bin kuning & merah yg tergolek tu kami punye. Hari Rabu pagi ialah hari bin setiap minggu kat area sini. So malam2 hari Selasa or pagi2 sebelum kol 7am dah kena sorong bins ke depan rumah. Matahari sangat best time ni, tapi setting camera plak cacat, lupa nak adjust.
Hari ni cuaca sangat best.. 22°c! Percaya tak mid winter cuaca best cam gini?
I woke up lepas Zohor terus berjalan-jalan sekeliling neighbourhood sampai ke Scottsman's Creek sana (still dalam neighbourhood Chadstone ni jugak). So nice, aku rasa sangat bahagia & fresh. Nice wind, nice sunny day. Dapat la jugak aku enjoy 2,3 jam before buka puasa. Some places in Victoria mencecah 25°c... waaahhh, tu dah temperature idaman time spring tu. Gila best.
Bunga putih & bunga pink kecik2 ni sama geng tapi lain variants kot. Ada sapa2 tahu pokok2 ni?
Dua batang pokok yg sama jenis tapi satu togel, satu lagi lebat. Hehehe..
Aku notice time spring kadang pokok kasi bunga putih, kadang pink.
Pokok dgn their bright yellow small flowers. Terasa cam spring. Aku tak tau apa jenis pokok ni, ni kat sepanjang Scottsman's Creek dekat dgn public golf course.
In the evening hubby gi kelas MBA dia kat Monash Uni Caufield Campus, so dia terpaksa pack his own food. Aku plak gi jumpa member adik aku Dr. AM seorang intern yg bekerja di whoop whoop Sheparton sana, 2,3 hours north of Melbourne. Dia ada psychiatry conference kat city. Rajin plak dia gi bayar utk conference psych tu eh. Kami dinner di Kintochi saja, then dia singgah rumah to transfer some of the free medical books from his iPad to mine. Benda berharga tu! By that time hubby pon dah balik but he's kinda busy doing his project & bervideo conference with his business partner.

Esok ni aku tak tau cam mana nak bangun awal ni. Now still segar & geared up to study. Dah la start kol 1pm abis kol 6pm. Kalau slalu aku bangun kol 230pm cam mana esok nih. Kalau aku tak datang esok ni, maunye kena bunuh oleh boss boss nanti. Kalau tido now alamatnye mcm akan terlepas sahur nih. Heheheh. (Bunyi cam lemah iman je kan.. hampeh sungguh). Jumaat sampai Ahad plak aku kerja evening shift abis kol 11pm.

Selamat bersahur & berpuasa & berbuka puasa =P

Tuesday, August 02, 2011

Stuff n free stuff =)

Since last weekend our winter in July has been kinda sunny & today max being 20°c. Can u believe it? 20°c in mid winter!! Hehehe. Nice la, memang rasa cam bernyawa sket. Takde la sejuk & gloomy je senantiasa.

Last Sunday jalan2 time senja nak gi Bunnings. This is at Atkinson Rd/ Princes Hwy intersection.
Some of the days we spent with jalan-jalan around the block. Amik udara segar, takde la terperap je dalam rumah & suffocate ourselves with the inside heated air. Aku slalu je bukak tingkap dapur & open all the blinds if I'm at home. Hubby je ada sedikit anti-social suka dok dlm gelap & terperam. Haha.
Ada lagi bright coloured flowers in mid winter ni. I'm excited!
Aku tido lepas Subuh tadi coz tak dapat tido early since first day puasa. Maybe coz of balik lambat during my evening shift last week. Bangun today pon around 2pm. Hehehe. Buruks eh perangai. Tapi takpe, coz aku bukan anak dara lagi. Harharharharhar!! Ok la tu, sementara off beberapa hari ni, then kerja balik on Thursday half day di waktu petang then arvo shift from Friday to Sunday. Next week a.m. shift frm Wednesday 'til Sunday. Agak2 boleh tahan tak aku ni puasa & kerja di ED? Agak2 kuat tak iman kerja di ED sepanjang bulan puasa ni? Heheheheh.. tepuk perut tanya selera yg tak seberapa ni kan.

Oh btw, ni aku jumpa dlm mailbox tadi masa amik surat2. Bagus2.. banyak benefitnye tu. Hahahaha.
Hari ni aku berjaya masak mee goreng aku yg kureng sedap tu. I think boleh tahan sampai pagi Khamis kot.
Btw, mebbie aku akan stay up lagi kot mlm ni so that aku boleh study sambil ngunyah... (nampaknye gemuks la aku bulan puasa ni).
Ciao.
Selamat berterawih & bersahur esok pagi.

Salam Ramaddhan 1432H

Salam Ramaddhan 1432H to all.
Semoga kita diberi kekuatan & ketenangan & keberkatan di bulan yg mulia ini.

Aku kat sini puasa start semalam. Sahur subuh kol 550am (kira imsak kol 540am la kan) & buka puasa kol 533pm semalam. Kelmarin masak nasi lemak so kami dinner, buka puasa, sahur with nasi lemak.

Hari ni buka puasa kol 534pm. Nasi lemak dah abis, tinggal sesudu sambal & sesuap ikan bilis. Tak tau nak masak apa yet. Its still early kalau ikut time zone M'sia kan. So aku ingat nak masak mee goreng jap lagi. Senang, simple. Hubby dah lama gi uni for his post grad. His classes slalunye on Tuesday evenings & Wednesday evenings. So dia dah bawak bekal awal2 lagi. Kesian dia tak dpt buka puasa sama & rasa my mee goreng.

Oh, lama gilaaaaa tak jengah my blog ni. Seperti biasa alasan lapuk tapi bagi aku sangat valid. Busy study (konon!!) for my part 1 ACEM exam which is in Feb 2012. Busy kerja with all sorts of presentations & teaching. And also malas. And also some personal reasons that mengsengalkan jiwa ragaku since the past few months.
Plannye nak amik exam this August which kalau ikut plan asal akan berlangsung on the 5th Aug. Plan asal nak amik exams Physiology & Pharmacology. But setiap kali aku study Pharmacology especially rasa cam nak muntah abis. So hard & soooooo detailed. Ingat time uni je kena study. La ni study for specialist exams pon lagi dasyat. Arrgghh. So aku & my study partner Dr. BB agreed on amik subjects lain plak iaitu Anatomy & Pathology since mebbie Anatomy senang sket coz pix & functions of the structures je kena hafal & Pathology plak sikit je syllabus dia. Hopefully kami boleh blajar dgn lebih tenang & bagus & berjaya dgn cemerlang.

Okay, selamat berbuka puasa. Ciao.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...