... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

A month of beauty at work challenge =)

I purposely woke up late this evening. Well I'm allowed to for the next few days *winks* ahahahha. Duh, enuf sed. hehehehhe.
Malam Selasa was a bad night, & aku moody sepanjang malam, & crap handovers frm the evening docs, & those handovers had to be handed over to the a.m. boss yg urrgghh-aku-nyampah-amat. Kesian my night boss tu terpaksa layan aku nyer moodiness. Aku ye ye ckp kat dia yg aku tak nak datang kerja mlm smlm coz of the crap night, & sebab aku left work at 10++am pagi semalam. Tapi tetiba aku muncul semula mlm smlm. Alhamdulillah mlm smlm not bad at all, & aku more relaxed in terms of my mood & energy. Cases yg best mlm tadi, (okay, not good for the patients, but satisfying for me in terms of my professional development), recurrent ectopic pregnancy, some unwell kids, some weird rheumatology condition. Cases bangang the night before that ialah some dumb nursing home stuff yg nursing home nurses takde logic gi hantar ke ED, this mother bodo yg tak caya anak dia takde pneumothorax siap kureng ajar betul mati-mati nak ajar aku apa itu pleurodesis, dll.

Anyways, seperti biasa menjadi kewajipan aku surf beauty webbies saja cuci mata. Came across one post by this beauty website by a M'sian, MyWomenStuff. Dia nak guna a blusher & an eyeshadow for a month straight & tengok byk mana these 2 items abis. Kebetulan aku tgh 'autumn' clean my make ups/ skincare area. That gave me an idea of challenging myself jugak to use some make up items in my collection yg probably jarang guna, forgotten, or terpaksa ada coz free stuff & sayang nak buang. Byk never-open-never-used stuff aku dah kasi org. Yg aku dah start guna tapi jarang-jarang guna kena start balik guna coz dah terbeli, terdapat, terada dlm collection. Hehehe.

My challenge for myself is a month of a set of beauty items to use every single time I go to work. Nak tengok byk mana abis afta a month. Semalam & pagi tadi balik kerja I've identified some beauty items (susah betul nak pilih!) that I will hopefully use for a month time utk gi kerja. Kalau tak kerja guna barang lain la kan. Kang bosan plak & yg lain2 tu akan sedih nanti. Hahaha.

Ni gambarnye. In the next few days aku akan post citer behind each item plus some swatches/ different combination of make over kalau aku rasa tak malu nak tayang muka. Hahahahha.
This challenge starts today 31st March 2011 & ends on the 30th April 2011.

Ada sapa2 berminat nak join?
Its fun & it helps kita abiskan own stock (then tambah lain afta that) & identify menda-menda yg we used to love but forgotten, also identify mana-mana yg doesnt really work or wont pull it off anymore. Kalau ada masa nak join jugak, jgn lupa linkkan kat entry ni dlm post korang eh, then tinggalkan comment kat sini jugak. And jgn lupa inform aku setiap kali korang update on the make overs/ changes on this challenge. Pastu kalau rajin, tag la kawan-kawan korang.
Aku teringin nak tengok collection korang jugak, & nak blaja/ dapatkan ideas on how to wear beauty products dp korang. My work is so busy, and I love beauty items.. cuma slalunye takde masa nak kembangkan bakat pakai mekap/ skin care & kadang skin condition tukar coz of the weather. Masalahye aku slalu ada byk items (beli, dapat) most of them dilupakan & akhirnye terpaksa buang or kasi org. Sigh!

Jom!

(Nanti aku tag a few people afta balik kerja esok pagi).

Tuesday, March 29, 2011

Made a fool of myself kat counter pembayaran

Malam tadi busy amat, & all the docs were tired coz 1st night of 4. Aku terbatuk-batuk all the time, kadang rasa cam bunyi anjing gong gong gong kat luar tu (apologize to meself samakan batuk ni cam binatang haram tu :P).

Nak dijadikan cerita aku dengan semangatnye nak beli groceries balik kerja pagi tadi, memandangkan fridge dah kosong takde sayur-sayur. Freezer pon hampir kosong most daging binatang dah abis. Tapi tu boleh gi beli on the weekends kat halal butcher di Dandenong. Coz dah handover awal, maka aku blah awal. And semangat nak sampai groceries shop kat Chadstone mall nun, walaupon traffic slow ya amat maklumla pagi2 peak time org gi kerja. Dipendekkan cerita, aku dgn semangatnye amik all the fresh morning batch of vegies + fruits kat fresh grocer sana. Time nak bayar bukak-bukak purse baru prasan takde duit, credit card, bank card semualah!! Damn, aku mmg lupa bawak all the important cards + money sebelum gi kerja malam tadi! And dah tentulah aku tak bawak my driving license skali!! Urghh! Malu!!! Aku ckp kat cashier tu, aku tinggalkan bag grocery aku & aku akan datang balik nak gi balik rumah amik purse. Seb baik rumah kat seberang jalan Chadstone mall tu je.
Maka terpaksa la aku berlari-lari gi carpark kat tingkat 1 nun, drive balik, amik purse, drive semula ke Chadstone mall & lari semula ke fresh grocer tu. Seb baik aku pelanggan tetap jugak, maka cashier tu baik & simpankan my vegies + fruits kat tepi counter dia. Free-free je senaman pagi-pagi tu lepas night shift. Huhuhu.. Seb baik aku tak ke Clayton or Box Hill Centro. Cam mana nak balik ke Chadstone lagi, then patah balik, kalau jadi cam tu aku terus balik tido je la. Haru.. haru...

Walaupon penat & tak cukup tido lepas kejadian pagi tadi, aku bangun dengan semangat nak masak. Mebbie coz cahaya matahari yg sungguh menyegarkan shining thru the windows. Pagi tadi pon rasa cam sayang je nak tido coz the sun was shining rasa cam hmm... bahagianye hidup.. (hahaha drama plak aku).. tapi tu la, bila ada cahaya matahari aku rasa sangat bahagia.. too bad its now already autumn & winter will follow soon after..

Ni dinner malam ni. Campur daging smlm yg masih byk lagi. Aku sebenarnye teringin sangat nak makan singgang ikan. Tak tau la hubby akan makan ke tak singgang. Nanti satu hari kena try.
Aku akhirnye masak asam pedas ikan merah & seperti biasa couplenye ialah sayur goreng biasa-biasa je. Oh ye, smalam lepas bangun aku dapat buku yg aku order. One of the many books yg aku asik2 pinjam kat library asik-asik pulangkan lambat coz aku mmg suka buku-buku ni baca byk kali pon tak puas. One of the easy to read books, sesuai utk org tua cam aku yg dah tahap terkial-kial when revising.
And today akhirnye buku yg aku sangat tunggu-tunggu coz lama dah order thru the net. This book is deceivingly easy to read but sooooo much info in it. Tu yg aku suka tu. Highly recommended to medical persons yg minat physiology.
Anyways, better stop with the net now & continue reading as much as I can before work tonight. Ciao.

Monday, March 28, 2011

Monday blues

Mengada la plak kan aku ni nak ber-Monday-blues. In my world as an ED registrar i.e. an Emergency Medicine trainee.. takdenye Monda-blues bagai ni. Kalau nak berblues-blues pon slalunye first-shift blues. Semua pasal our work is just random everyweek.

Aku sebenarnye dah tido mebbie around 10-12hours frm 3am pagi tadi. Konon-konon nak stay up until at least 6am, tapi terpadam plak kol 3am tu. Terjaga kol 8am & takleh tido so dok baca supermarket catalogues, kejap je mata aku dah padam balik. Bangun kol 3+pm. It is such a lovely day in the afternoon walaupon pagi tadi foggy & sejuk. Selamat la some rounds of laundry tadi. Esok nampaknye cuaca sangat baik, so boleh la do somemore laundry. And coz aku kerja night shifts minggu ni, terpaksa la tido bertemankan cahaya matahari thru the window.. ish ish.. rugi...

Tadi went for a walk with hubby. Lama dah rasanye tak pegi for walk. :'( Its a lovely everning, warm but not too warm. Just nice.
Ternampak a note on my old car, ada org nak beli. Cantik tulisannye. Balik frm the walk, aku terus arrange to meet up. Dia nak datang now, but I said no coz aku kerja mlm. Plus kereta tu dah lama tak basuh & dah lama tak start engine, & I wound like to wash & send it for a service ke apa. Tapi dia kata jgn basuh service bagai coz kalau dia minat dia nak buat semua. Dia rupanye nak beli utk anak dia. Anyways, will meet up on Saturday evening. Nampaknye aku kena restart kereta tu (or get a new battery) la before Saturday evening.

Okay ni gambar dinner malam tadi.

Daging masak itam with sweet potatoes. Saje experimenting with sweek potatoes instead of the normal potatoes. Rasa a bit sweet, but interesting.
Macam biasa, sayur goreng
Sardine rolls yg kecik2
Rasanye since aku kerja night shifts this week, aku takleh la bawak nasi/ makanan yg kena dok kat meja utk bekal. Thanks why tak masak byk this time. The sardine rolls dah ada for hubby & I bawak bekal gi kerja. And for extras boleh la bawak some junk food yg aku dah beli awal2 last week.

Okay ciao. Doakan night shift minggu ni selamat & aman sentiasa.

Sunday, March 27, 2011

Weekends

Rumah ni rasa sunyi sangat, esp. now dah nak sejuk. Its autumn now, cuaca pon tak menentu. Kadang-kadang saja ada matahari. Pokok2 sayur aku pon cam layu je time takde matahari.
Hari ni separuh hari mendung, and lepas Zohor tadi baru kuar matahari. Seb baik aku basuh kain2 yg melambak kat laundry basket tu. Tinggal all the gentle wash je. Tu basuh esok plak. Aku blom desperate baju/suar lagi so far. Wardrobe masih penuh.. heheheheh..

Malam tadi lepak kat rumah TTM. Lama dah tak jumpa mereka sekeluarga. Rasanye dlm 2,3 bulan jugak. Mostly coz aku still trying find my grounds since jadi registrar ni. TTM masak nasi ayamnye yg femes tu. Sedap!! Thanks lots, TTM!

Tadi lepas Zohor aku decided to go for a walk. Amik angin & matahari sket. Kasi gerak muscles & cardio. Kalau dok terperap dalam rumah je kang tak baik plak batuk2 aku ni. Sambil2 tu amik gambar2 bunga. Mostly aku amik senyap-senyap je, hehehe, ye la, terbongkok-bongkok amik gambar close up bunga-bunga kat halaman rumah orang. Kang org ingat aku ni pencuri plak, paling haru kalau org ingat aku ni nak tanam bahan letupan plak kat rumah diorang. Naya je kan.

Bunga kat halaman rumah aku
Pokok besar depan rumah
Jalan-jalan
Bunga kat laman rumah aku terkeluar ke postbox
Bunga rose merah yg aku amik senyap-senyap kat laman rumah org

Last week gi rumah member kat Box Hill North. I couldnt stop myself
from snapping some photos of these while roses. Putih bersih, cantik!
Bunga purple kat pagar member aku tu
Malam karang aku kena stay up coz esok aku start my weekday night shifts. Aku excited la jugak nak kerja mlm nanti coz the same cool people working with me nanti. This senior reg org putih frm South Africa, this junior resident org putih frm New Zealand, sorang lagi resident chinese aku rasa frm M'sia, and aku. Si senior reg South African tu kata kita semua A-team. Cool! Aku kena fikir nak buat dessert/ munchies apa nak bawak esok malam nanti. I have the whole night to make something =D

Saturday, March 26, 2011

MIA.. I'm back

Lama dah kan aku tak update anything on this blog. More than a week. Been unwell in the past week with fever, cough, sneezing, congested nose (in short= URTI or in laymen's term, common cold je). Still pegi kerja even tho I feel like I'm just spreading germs to people... kinda dun care.. hahahaha.. >:)
And bila kat rumah slalunye aku akan rehat je coz tak larat buat apa-apa dah.

Recap in the past week or so:
- Wednesday 16/3/11: Pagi tu aku nyer teaching session, gi ngajar the kids on stroke/ TIA. Had only a few hours sleep the night before. Obviously aku appeared like trash that morning. It went ok lah, coz most of the time I probably sounded like I didnt know what I was talking about. Then, termereng jap, gi kuar dgn 1 of my workmates ke Doncaster Mall. Saja lah, kalau balik sure tido punye & nanti susah plak nak bgn utk kerja pagi for the rest of the week.

- Friday 18/3/11: Went to Melbourne city with Dr. HAK. Had dinner after jalan2 kat Myer.

- Saturday 19/3/11: Rasa tak sihat tapi not febrile. Day shift, not that bad. Tapi sth happened that day, I left early frm work. Seb baik bosses baik & understanding.

- Sunday 20/3/11: Febrile the whole day at work, and obviously work went really slow. Coughing none stop. ED was like mad house, a few docs missing without having the courtesy to call earlier. Aku worked at my own pace lah coz dah tak sihat. Bosses tak marah coz dia tau aku working hard despite sakit-sakit ni.

- Monday 21/3/11: Day off, tapi aku tak larat the whole day. Did cook dinner, some instant chicken dish & some pasta instant jugak. Lama dah rasanye tak dinner dgn hubby.

- Tuesday 22/3/11: Still batuk-batuk lagi, with runny nose. Tapi aaaah, lantak la. Lama dah aku sedar, semua org anggap doctors tak boleh sakit. Kalau diorang sakit, maknanye diorang ni ngada-ngada. Thats the impression that we get when we voice out our concerns/ unwellness to ppl. No one cares. Hospital admin lagi la, layan docs like penjenayah yg kena jail & paksa jadi buruh kasar. Ada sorang intern ni baik gila belikan aku sekotak Strepsils. So nice of her! :')

- Friday 25/3/11: Semalam aku made a fool of myself in front of everyone kat nursing station. Boss suruh gi fast track. Aku dok melompat-lompat kat situ tak nak pegi. Hahaha. Ye la, dah 2 hari berturut-turut aku dok kat fast track tu, dah la printer bodo not working. Benci aku. Seb baik boss kasi aku dok kat dalam. Aku still batuk-batuk lagi. Acara paling menarik pada hari Jumaat yg suci ni ialah ngumpat dgn senior reg pasal intern mana yg paling tak best. Hehehehe. Of course la si blond yg berlagak & pemalas itu jadi mangsa. Hehehhee. >:) Jahat tol! Seriously, registrars yg dah berpengalaman ni semua tak mintak disembah-sembah, but we dont need bad attitudes. Seperti kata salah sorangnye.. "Know your place!". Obviously regs sumer suka juniors yg baik, sopan, rajin. Kalau bodo takpe, boleh blaja. Kalau pemalas, kureng ajar, byk songeh.. hmm... takleh ditolong aaah.

Hari ni, tak buat apa2. Aku bgn sangat lambat. Balik lambat smlm, and I took some antihistamine menyebabkan aku takleh bangun langsung pagi ni. Still not fully recovered yet, tapi okay la sket. This cough is soooooo annoying. Mebbie aku should go get the antibiotics that was prescribed to me before tapi aku tak gi beli konon-konon akan sihat dgn sendiri.

Anyways, ptg ni nak gi visit TTM. Lama gila dah tak jumpa dia & family. Rindu jugak kat the kids.

Okay ciaaaooo..

Tuesday, March 15, 2011

Takde idea

Takde idea nak tulis apa hari ni. Dah la pagi ni sejuks gila beku kaki tangan aku nih.

Semalam pagi abis night shift. Aku gi breakie dgn the night shift team kat Porgie & MrJones. Makan kejap je coz masing2 dah penat gila kerja cam org gila patient banyak nak mampos. Masa nak abis shift tu datang plak patient yg patah tulang blakang & the bone is protruding into the spinal canal, pas tu dia plak kena VT & kena shock 3,4 kali. Gila lah! First go masukkan artline jugak utk dia. So kira puas hati. Then patient aku plak septic shock, most probably traveller's infection tak tau infection apa, tapi complex gak dia ni coz dia on high dose of neuroleptic, so risau pasal neuroleptic malignant syndrome coz ada some positive symptoms. And med reg plak tak happy coz aku kasi je dia antibiotics sebelum buat lumbar puncture. Well, kinda think of it, ada betulnye tapi kalau dah 30patients waiting to be seen in ED overnight & doctors in ED overnight plak cuma ada 4 org je, pas tu ada patient nak mati plak kat ED tu mana satu kau kejarkan.. mesti la nak try save the patient yg nak mati tu.

Anyways, hari ni aku busy kena gi spital hal-hal gaji. Pas tu aku tak siap lagi case presentation for tomorrow's morning tutorial. Seb baik aku dah mintak tolong anak murid prepare 1 part of the prezo.

Ok ciao. BRB.

Saturday, March 12, 2011

Nice & warm

Came home late pagi tadi. Biasa la kerja aku ni, the last few hours sure ada menda jadi punye.

2jam sblom abis shift, datang this man with massive anterolateral STEMI developing in ED. Signs of it datang kat rumah, so ambos called us prior arriving & faxed the ECG with the early changes to us. Dia ni 2 days post stent insertion to LAD coronary artery kat private spital. Kitorang punye la call the cardio registrar suruh datang like NOW NOW NOW coz this patient's ECG masa arrival was minimally bad, then quickly got worse setiap 10minet. Isu nye ialah, cardio registrar cam pelik apsal dia datang spital aku which is a public hospital sedangkan dia ada private insurance & dia buat stent dia kat private spital yg dlm 10mins away frm our spital. Dipendekkan cerita, the patient pegi jugak ke cath lab afta dia berada kat ED slama 1 jam setengah. Then before aku balik tadi tetiba terdengar panggilan Code Blue from cath lab.. hmmm.. dalam hati aku sure tu patient aku tadi tuh.
Dipendekkan bebelan lagi, kalau dia cuma tunggu setengah jam di ED before going to cath lab for re-angio, tak perlu lah dia ke ICU intubated bagai. Yet, slalunye org tua-tua gini kalau dah nak kena heart attack yg massive cam gini, 1/2 jam ke 1 1/2 jam ke, still poor outcome jugak. I hope dia selamat in ICU.

Normal ECG dari mana-mana buku medic
ECG patient aku selepas 1/2jam dia kat resus tu.
Okay, adik-adik, sila describe this ECG to me =)
Moral of the story: jangan merokok, makan makanan sihat & seimbang, senaman selalu, jaga berat badan, tido yg cukup, pakai sunblock slalu, kurangkan stress, jauhi dari aktiviti2 yg berisiko tinggi & tidak berfaedah, jaga diri baik-baik & last but not least doakan lah kesihatan & keselamatan diri sendiri. Kalau dah sakit tu susaaahh nak reverse balik...

Earlier last night aku dah miss satu peluang to intubate a young overdosed patient. Pasal dia tetiba bangun plak from pengsan dia. Boss aku dah panggil aku suruh buat sebab patient ni muda & kira senang la kan. And aku plak dah terlompat-lompat gumbira coz ada chance utk praktis intubation. Aish rugi! Hahaha. Tapi bagus la takde la rugi satu ICU bed kat spital tu semata-mata nak fit satu manusia yg nak tarik perhatian ramai dgn cara overdosing on drugs or memang nak bunuh diri tapi kurang bijak lagi utk bunuh diri cara yg betul. Buang duit!! Hehehehe.

Semalam petang satu lagi buku yg aku order sampai. Ni salah satu buku yg aku dok asik pinjam kat library rebut-rebut dgn medical students. Dah la kat library tu takleh renew buku. Beli je la senang. Best buku ni. Good & easy to read utk org yg terlajak cam aku ni.
Hari ni cuaca sangat best. Terang & warm, rasa cam kat rumah aku kat KL. Temperature 29°c- 31°c. Semalam dlm 25°c-28°c gitu =). Rugi betul aku kena tido siang coz of the night shifts. Ni jap lagi & esok start kol 10pm, abis pagi Isnin. =(
And aku sangat sedih coz this weekends ialah long weekend coz Monday cuti hari buruh. And weekend ni ialah Moomba festival yg setiap tahun aku tak pernah miss fireworks dia. And aku sedih coz aku kerja night shifts plak la hujung minggu ni + ada presentations kena buat on this coming Tuesday & Wednesday. :'( Kalau kerja siang at least bleh pegi tengok fireworks malam-malam. Sedih jugak hujung minggu yg panjang ni slalu orang pegi jalan-jalan, aku plak dok ngadap muka patients2 yg separuhnye ntah apa-apa. Geram!!!

Friday, March 11, 2011

Nyanyuk, 333 & 11-3-11

Wah, entry ni bernombor 333 (unless aku delete entry sebelum-sebelum ni). Hari ni pulak 11/3/11. Istimewa tak? Sapa kawen or beranak hari ni? Berkat la kan, coz hari ni hari Jumaat. Bukan pasal number tu. Number tu cuma nampak cantik je kalau tulis, senang nak ingat. Hehhehe.. ntah apa-apa je. Aku ni tgh praktis stay up ni. Malam karang night shift. Now dah nak dekat kol 5 pagi, budget2 nak tido kol 8am jap gi. Slalu aku rajin je nak baking ke iron baju ke apa. Tak larat la now nak buat kerja2 physical dah. Harap nak membaca je la kot nak kill the time ni.

Tadi, Khamis petang, aku sangat nyanyuk. Patutnye ada tutorial for the registrars kol 2pm. Aku plak bangun lambat & thot that tute start kol 1pm. Tergopoh-gapah la aku dok siap-siap & drive cam org gila walaupon ngantuk gila. Malam tadi takleh tido coz aku rasa aku terminum teh around dinner time. Silap betul coz aku sensitive la jugak kat caffeine ni.
Sampai je kat spital, tengok-tengok bilik tute tu kosong. Panic la aku jap coz mana tau aku lambat sampai & missed the change in venue ke apa. Aku gi la ke bilik bosses & tanya diorang mana tute tu. Boss sorang ni kata mana der kol 1pm, patut start kol 2pm. Aku ckp aku tak caya. Hahahha. Boleh lagi tu cakap cam gitu kat boss. Pas tu dia tunjuk aku timetable teaching tu. Chet! Mememang kol 2pm pun.
Boleh je plak si boss tu gelakkan kan aku. Dia kata dia perasan aku ni jadi nyanyuks sejak start jadi registrar ni. Dia tak tau yg aku ni memang nyanyuk sentiasa kalau aku anxious.
Then dia kata alang-alang aku dah awal tu jom le gi ke Box Hill Centro nun, shopping mall seberang jalan sana, temankan dia beli spek mata membaca. Aku pon apa lagi, ok la. Ngantuk tu, tapi pasal nice weather ada matahari pegi la jugak jalan kaki 5 minit je pon. And dapat la aku lunch free dari boss, walaupon aku ada je food dalam beg konon nak makan masa tutorial tu. Hehe.

Aku gi Melbourne city tadi dgn Dr. HAK. Nak start kereta Dr. AI &
kebetulan plak si Dr. HAK nak amik kereta Dr. AI lagi satu frm the city. Dia dok tension dgn aku coz aku dok kacau dia with multiple pages sepanjang tutorial pasal aku lupa bawal mobile phone aku gi spital tadi & kacau dia buat kerja sebelum bertolak tadi. Hehehehe... ye la, aku nak tolong dia abis cepat, tapi aku ni konon-konon tolong tapi kasi dia lagi stress lagi. Hehhee.. Imagine ED regstrar nak tolong Plastic surg registrar. Tak berapa betul di situ.

Ni gaya aku gi tutorial tadi. Tapi ni gambar kat toilet QV kat city tadi. Dalam lambat-lambat gi kelas tu sempat jugak pakai tudung gaya Hana Tajima. Baju abaikan, aku capai mana yg paling sempat dicapai. Hehhhee.. gumbira a few weeks before aku jumpa tutorial on the net cara pakai tudung gini. Gi spital tadi, diorang tak pernah nampak aku pakai gini. So ada satu registrar tu kata dia rasa nak picit2 pipi aku coz nampak comel. Selalunye pakai tudung bawal biasa tu je. Wah, comelnyeeee aku =D Hilang ngantuks. Hehhehee.
Now semangat kalau ada masa kena praktis kasi cun lagi. Aku nak praktis pakai tudung different styles until aku jumpa style gi spital yg senang nak guna stethoscope. Lain-lain saja nak melawa before umur ni layut & nampak huduh bila terasa nak bergaya. Hahaha.
Oh ye, ni permintaan some ppl suruh aku bubuh gambar kat blog. (Perasan la lagi nampaknye... ahahahhaa.. takpe la, aku memang la suka perasan jelita pon). Ada je gambar aku kat blog aku bubuh a few years back. Hehehhee.. Gambar baru... mmm... segan la, aku senyum tak cun. Ahaks. And imagine je la aku nyer rupa masih anggun cam masa muda dulu tu.. =P

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA 2011

Lama dah aku tak join segmen kat blog Ben Ashaari kan. Ni tengah praktis stay up coz siang nanti bleh tido coz aku night shifts malam nanti. Alang-alang dah namanye pemalas (patut study for next week's prezo), baik aku join ni. And segmennye pon berkenaan dgn aku yg kat ujung dunia ni =P. Kebetulan plak aku ni memang la gila glemer sangat-sangat. Mana tau, kalau dah bosan kerja kat spital tu, bleh la jadi selebriti plak (selebriti tua yang yok.. hehehhee).

Ni link entry Mr. BA tu:
Jelajah Blog Luar Negara 2011
atau copy paste url ni: http://www.benashaari.com/2011/03/jelajah-blog-luar-negara-2011.html

*Citer pasal diri aku:
Takde yg ringkasnye, tapi dipendekkan cerita: ikut DaisyPath kat atas tu dah lebih 10thn dok kat bumi asing Melbourne, Victoria, Australia ni. Started with study MBBS kat sini, then sambung training kat sini. InsyaAllah, lepas berjaya jadi specialist nanti aku nak balik Malaysia berbakti kepada agama bangsa negara & yg penting keluarga tercinta. (Aaarrghh.. rindu Malaysia).
Serba sedikit pasal aku: seorang yg emo yg selalu gila glamer tak tentu pasal (biasa la, sapa je yg tak kan?), sentiasa nyanyuks kadang-kadang OCD/ PD (hehehee... tu medical terms utk Obsessive Compulsive Disorder & Personality Disorder). Kalau menda best pasal aku pulak ialah aku suka makan, tido, gardening, main computer, kemas rumah, membaca, babysitting, berjalan-jalan esp. kat shopping malls sambil senaman $$$, caring, penyayang, tertib, sentiasa membela nasib keluarga & org tersayang, protective, etc.
Semua la.. perfect kan? Terharu aku mengingatkan diriku yg sempurna ni. :') :')
Hahahhahaha...

*Pengalaman masam pahit mual sepanjang hidup di bumi asing ni:
Terasa sangat mencabar jiwa & raga bila berada jauh di perantauan di tanah asing. Benda paling mencabar hidup ialah how orang2 kat sini sangat2 perkauman, and to succeed I feel like I've been working really hard to prove myself that Muslims are also human beings, and we are smart, and we deserve the equal treatment & opportunities like other races & religions jugak. Tak semestinye kita Muslims kita ni bodo, lembap & kebelakang.. kadang-kadang ramai rakyat jelata kat sini yg cakap dgn kita jerit-jerit like kita ni tak paham apa yg diorang cakap. Tu satu. Of course banyak lagi cabaran lain like makanan halal (now dah senang dah berbanding dgn zaman aku mula2 sampai dulu), pasal aku benci life cost kat sini sangat tinggi, barang mahal, semua pon kena kuar duit & tax sangat tinggi buat aku rasa aku kerja kuat mana pon still duit tax aku ni dimakan oleh kerajaan Australia digunakan utk separa bagus separa lagi utk support manusia-manusia ganja, masalah mental, yg tak nak kerja, cabaran kat tempat kerja, cabaran politics kat sini yg directly affecting the healthcare system here, cabaran cuaca yg ntah apa-apa tak best langsung kat sini. Cabaran dgn some 'people', cabaran with semua kena buat sendiri & rasa lonely sangat-sangat coz family takde bersama. Aku nih homesick manjang (until now aku akan nangis berhari-hari sebelum & kat airport bila nak balik Melbourne). I alwiz feel like what ever I do or feel takde kesempatan nak share dgn family tercinta jauh di seberang sana. And aku alwiz rasa aku miss out on perkembangan hidup baik buruk hidup diorang... 10 tahun lebih.. lama sangat. No wonder aku ni asik depressed je.

*Pengalaman lemak manis aku sepanjang hidup di tanah asing ni:
Banyak la plak pengalaman pahit tadi tu. Hehehee.
Pengalaman best pon sangat banyak. Peluang belajar di negara orang mengajar aku erti kehidupan, dan jugak betapa aku ingin berbakti kepada agama, bangsa & negara sendiri bila aku berjaya nanti. Of course other things like knowing the people here e.g TTM & Lybeau thru my ex-housemate/ collegemate, all my friends here at uni, work & everywhere. And peluang tengok dunia luar & keindahan ciptaan Allah swt. especially those flowers, pemandangan, animals yg aku tak pernah tengok kat M'sia. And pengalaman & cabaran hidup di perantauan hopefully have made me wiser & tougher on life. InsyaAllah, all these have given all the strength to face the world now & the future. Kat sini jugak aku improve my confidence in driving coz kat M'sia aku tak drive.. takut! Oh ye, aku bersyukur sangat-sangat dapat beli kereta & stuff with my own hard-earned money kerja sambil training kat sini. Aku bersyukur sangat-sangat dapat jugak spend $$ for my beloved family. Pendek kata bersyukur with my life now. Tapi bila fikir balik kalau aku kerja di M'sia pon aku akan buat menda yg sama jugak to my beloved family.
Another important & sweetest moment in my life here sepanjang dok di bumi asing ni ialah kat tanah asing ni la aku met my hubby now =) Alhamdulillah.

*Kata-kata sakti nenek kebayan ni yg korang kena baca kalau nak study overseas:
Yang penting ialah fokuskan diri anda utk berjaya in what you are doing. Kat oversea banyak sangat distractions either dalam diri sendiri, or from other frens, or from the course work, or from entertainment, etc. Kalau tak suka course/ subject tu pon, jadilah orang yg strive thru clean & sleek (seperti kata bosses aku slama ni.... dalam maknanye tu). Alwiz go back to why you are there kat oversea tu.. nak berfoya-foya or nak study. And at the same time, jgn la jadi geek gila sampai burned out plak.. you can alwiz stop for a second & smell the roses enjoy the air around you, tapi kena berpada-pada..
Hidup kat perantauan ni sangat-sangat mencabar. Alwiz take care of yourself & each other (if gi study oversea tu with other frens as well), coz kat oversea ni kita takde sapa-sapa dah. And jangan suka buli/ amik kesempatan kat org lain coz masing-masing pon susah jugak hidup kat perantauan. Some ppl lupa batasan bila dah rapat sangat with each other tu.
Yang penting jugak alwiz remember who you are, alwiz go back to your agama & culture. It is also about respecting others as well. Tak semestinye kita gi oversea kita nak tunjuk sangat kita ni org Islam terus jadi ustaz/ ustazah sampai org luar nak dekat or nak belajar pasal agama kita pon terus cabut. Tak semestinya kita ni nak tunjuk yg kita ni open minded sangat sampai kita pon jadi cam kaum diorang or lagi teruk dari diorang. You can be open-minded, but not too open until ur brain & soul fall off.
All kat atas yg aku bebel-bebel tu, kalau kita ingat balik, it all comes back to simple ajaran agama Islam kita. Amanah kita dihantar study oversea, tatatertib hidup masyarakat majmuk & semangat kejiranan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wah banyak gila bebelan aku nih. Tu la dia kalau dah nyanyuk ni, abis la korang... heehehehe...

Wednesday, March 09, 2011

Jalan-jalan

Tengah hari tadi tergerak hati nak jalan-jalan round the block. Saja nak amik gambar bunga2. Tak jauh pon aku jalan, 5 minit pegi 5 minit balik. Amik udara segar. Asik terperap dalam bangunan je. Mendap dah otak aku ni. Kalau kerja pon dalam bangunan, bila days off dok dalam rumah, tak pon dok kat shopping mall buang masa. Bilanye otak aku ni nak bernafas kan. Dulu slalu aku & hubby jalan-jalan dlm 30min-1hour gitu. Now dah jarang.

Ni gambar2 pokok lagi. Korang sure dah bosan dgn gambar2 pokok.. heheheheh... aku pon sebenarnye, tapi tu je la kehidupan aku skang. Kalau ada masa, aku amik gambar pokok/ pemandangan. Masa amik gambar2 ni, kalau org nampak sure org ingat aku ni mengendap. Tapi bunga2 ni cantik sangat. Most of the flowers aku tak tau pon bunga apa, aku just suka rupa diorang kat pokok diorang je. Natural beauty.. cam aku gak.. ahaks!!!

Gambar pokok kat depan rumah aku
Pokok kat halaman rumah aku dah start menguning..
Comel bunga putih ni =)
Cute!
Pink & pretty
Ni kaler dia patutnye cam lavendar/ indigo gitu, tapi aku malas nak edit or
tukar function camera aku.
Olive tree someone kat curb luar rumah dia
Cute!
Gumbira one of the books I bought online dah sampai. Tak perlu la aku dok bertenggek kat library spital nak rebut2 buku lagi. Edisi terbaru, prescribed utk exam nanti. Aku pon tak pernah ada good pharmacology book from student dulu. Maklum la Monash uni time aku dulu ajar 2,3 lectures on pharmacology je setahun. Tu la pasal aku lembap sket dlm hal2 basic knowledge ni. Hehehehe...
Semangat aku tengok buku baru nih. Nanti aku dah dapat more books on physiology yg aku order hari tu, sure study lebih best. =) Ye, aku memang cepat teruja dgn books. Cuma bab nak baca ke tak je.. hehehhee...

Semalam & hari ni off days. Semalam dah burn rehat sepajang masa. Migraine tak abis lagi. Slalu apa aku buat time off: try study, buang masa kat internet (FB, blog, webbie mekap & fashion, webbie food), main mekap & pakaian kat rumah, masak, tv, senaman, jalan2 kat shopping mall tengok mekap & fashion, kemas2 rumah, book-keeping, jalan-jalan lagi sket, etc. Busy tuh.. mana taknye cuti setahun pon tak cukup kan. Heehhehehehe.

Esok half day sampai kol 6pm. Then night shifts weekends ni from Friday to Sunday, abis Monday a.m. I still have to work on my next prezo.. its on stroke/ TIA... urrgghhh.. one medical field yg aku sangat tak suka... (semua pon aku tak suka.. hehehehee)

Besday baby comel lewat seminggu...

Aiseh... lupa plak last week 2nd March 2011 ialah besday baby blog aku yg ke-6 tahoon!!! Apa daaa... baby sendiri punye besday pon boleh lupa ka. Hahahaa.. Seminggu lepas, aku dok bubuh link video baby ketawa from Yahoo! vid collection.

Aku dok belek2 blog coz cam ternampak archive yg tunjuk tahun 2005. Aku cam terfikir.. gila lama tu, tengok sket... fuish.. ni zaman bila punye post ni.. poyo plak tu.. ahahahha.. ni ha post lama aku tu, tak perlu la click kat link archive sebelah nun... rugi tenaga je.. =P. Posting aku pasal 1st concert I've ever been to in my whole life. 2nd concert, and maybe my last concert was another Nickelback concert I went to with hubby (masa tu kekasih hati) in 2006. Ticket2 utk 2 concerts tu ntah mana pegi, abah 'pinjam' hari tu. Hahahha... some old photos of the concert ada kat FB.
Kalau budak 6 tahun tu, dah masuk pre-school or darjah satu la kan. Kalau tengok balik, 2005 dulu, ni je la satu-satunye post poyo dari aku. Then mandom 3 tahun, then 2009 bangun balik, hasil tiupan pengaruh dp TTM. Dulu tengok postings cam sangat poyo & ntah apa-apa. Takyah korang bazir masa baca. Aku pon malu nak baca balik. Hahhahaha.. serious rasa cam nak sorok je dalam katil dgn postings cam gitu. Dulu layout & design blog ni lain, maklum la tak serious sgt & malas nak jaga & takde modal nak tulis. Nama blog pon lain. Tak ingat aku bila aku tukar nama blog ni, mebbie in 2009 kot. Dah brapa kali tukar design, and aku akan end up to a simple one jugak. Bukan apa, kasi sedap mata aku yg rabun bangat ni nak pandang & baca, tak le silau je. Hahaha.

Now, Alhamdulillah.. my blog pon dah mature as I mature & become wiser. Follower pon dah makin ramai (>20people tu dah ramai beno bagi aku tu.. considering this is a personal, life story kinda blog). It will continue to grow & mature, as per my own life lah gitu. Moga-moga satu hari nanti bila aku dah terlebih rajin, boleh la tulis biography based on my own life. Script dah ada. (Seperti suggestion our Lady of Leisure =) good idea!)
Thanks for your guys support & doa.

Lebih sedekad suda & stuff

Waaahhh.. DaisyPath kat atas tu kata dah genap 10 thn setengah aku kat bumi asing ni. Nak masuk 11 tahun tu. Gilaaaaa lamaaaaaa! Macam-macam kisah hidup kat sini, boleh buat novel bersiri cam Sweet Valley High dulu tu (ingat tak?). Each time I look back at those times aku kat sini, it makes me wonder, have all these made me wiser & stronger.. or have I wasted a whole 10 & 1/2 yrs all along...

Anyways, its way past midnight dah ni. Tadi kat Chaddy, biasa la aku, byk melencong. Senaman la katakan. Senaman indoor, senaman plastic card jugak. Hehhehehe..

Balik tadi terperasan plak satu pokok bunga kat laman rumah. Selama ni tak perasan plak aku dia ada bunga gini. Selalu nampak pokok tu kosong je. And aku pon tak pernah siram coz pokok-pokok bunga yg tak significant ni slalunye aku biar je. Sebab takleh makan. Tetiba ada bunga plak. Gambar ni gegar bukan pasal tangan aku gegar, tapi pasal angin tiup. =P
Kadang tu aku rasa blog ni dah jadi cam blog 'Selamat Berkenalan Dengan Alam Sekitar' plak. Asik-asik gambar pokok, pemandangan, pokok, pemandangan, pokok lagi.. sket2 selingan masakan aku yg ala kadar, or iklan barang-barang time tengah psychotic. Hehehhe.

Ni dinner aku masak tadi. Merasa akhirnye aku nak makan kari. Alhamdulillah. Harap-harap lauk kali ni tak masuk tong sampah after a few days.

Kari yg aku kempunan dah berhari-hari dah. Chicken kari =)
Sayur goreng je. Terlebih masak plak tadi coz aku menyibukkan diri
basuh pinggan sambil masak.
Takde la aku masak bersungguh-sungguh kali ni coz aku cuti lagi esok. Then start night shifts for the weekends, and aku slalunye masak bersungguh jugak on my night shifts coz slalu bangun awal petang & utk food bawak bekal.

Tuesday, March 08, 2011

Nyanyuks

Nyanyuk betul aku in the past few days. Ni semua following the Paeds Life Support course yg aku pegi kat Sunshine Hospital hari Jumaat lepas. Actually sejak aku kerja, on my days off aku rasa sangat penat & bermurung. Mebbie pasal rasa sangat burnt out. All drained emotionally & physically & mentally. Hari Jumaat lepas, afta abis course tu (seb baik lulus & dapat sijil, so lepas ni aku boleh zap cardiac arrest kids.. ehehe) aku gi city to start Dr. AI's car since dia dah balik M'sia. Ingat nak ajak hubby lepak city coz we no longer do things together anymore. Aku ajak Dr. HAK skali coz nak start Dr. AI's cars, tapi dia plak sampai2 city tak bawak kunci lagi satu. Aiyo. Anyways, hubby tak join kami. Aku drive pegi ke Docklands shopping town. Aku tunggu Dr. HAK kat parking & lelap kejap coz semenjak dua menjak ni slalu tak dapat tido & asik dapat nightmares about patients (damn patients! buat hidup aku tak tenang).
Gi makan, then start keta then balik. Very very short. Balik tu tido terus. Sepanjang hari Sabtu tak buat apa just rehat ngadap computer, badan semua sakit-sakit & kepala pening je.

I've noticed that kat badan aku ada byk bruise spots. Memang aku ada byk terlanggar meja, dinding, ntah apa-apa lagi kat spital tu most of the time & especially semenjak dua menjak ni. And sebagai org yg senang bruise & bleed, lagi la byk ugly spots. Semalam terperasan a big bruise on my thigh, terkujat jugak but then baru teringat yg aku ada terlanggar some pointy bench kat spital ari tu. No wonder rasa cam sakit je kat kaki tu. Kelmarin aku terbakar tangan aku masa masak cookies. Teringin sangat nak makan soft choc cookies. Half of the cookies were overcooked so selamat dalam tong sampah. And aku tido with some ice wrapped in the kitchen towel around my left hand.

Sunday arvo shift, patut start kol 1 aku gi start kol 2pm. Very lightheaded & tak tau cam mana aku bleh sampai spital dgn selamatnye coz masa drive tu rasa cam keawang-awangan. Jalan kat spital pon rasa cam nak melayang je. And a bad shift kat ED ptg tu.
Semalam plak, aku patut start kol 2 aku gi datang kol 1pm. Nyanyuk betul. Seb baik gak la boss bubuh aku kat fast track. Dengan terrible headache & rasa nak muntah tu. Most of the time aku rasa cam takleh comprehend apa orang cakap. Hopefully aku tak make any mistakes masa kerja.

Ni bukan skali dua aku nyanyuk pasal my timetable. Pernah tu spital called me tanya mana aku. Semua pasal aku salah hafal timetable. Tapi ni tahun-tahun lepas la.

Aku ngaku I am a slow learner. Still rasa overwhelmed with a registrar job. And on my days off aku rasa cam nak serehat-rehatnye & study abis-abisan. And aku rasa now my life is soooo lonely. Aku off when people are working, and aku on when they are having fun at home enjoying the weekends. Not all the time. But bila aku ada weekends off, ada la plak macam-macam course & study group. Aku rasa macam aku tak tau what's going on in the lives of those close to me anymore. Mebbie kalau aku rajin email/ msg kat fb aku akan lebih tau hal org lain. And Selalunye aku akan makan sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang, cakap sorang-sorang dgn the chili trees & the flowers kat backyard or front lawn. Aku suka tengok pokok-pokok tu membesar day by day, at least ada la jugak something yg menjadi in my life.
Ada gak rasa cam hidup kat whoop whoop kembali. Tapi bezanye ni kat metropolitan, kalau bosan bleh gi beach, boleh gi jadi mereng kat shopping malls & paling tak best gi library study for exams.
Malam tadi sampai rumah around midnight. It was a warm windy night. So I decided to just take a walk sepanjang jalan rumah ni, walaupon seram it felt nice. Tapi aku cepat-cepat masuk rumah afta 10 minutes of walking, ye la takut la apa-apa jadi bukan aku boleh protect myself pon.

Its nice & warm today tapi mendung. So aku nak gi jalan-jalan buang duit kat shopping mall kejap. Niat di hati nak gi beli groceries jap.. tengok je la nanti apa aku 'ter'beli.
Ingat nak masak malam karang, rindu sangat nak makan kari. Lauk-lauk last week yg terlebih-lebih tu aku rasa aku akan tong-sampahkan coz nampaknye dah takde sapa nak makan lagi.

Monday, March 07, 2011

Crap day at work =(

245am, Monday 7/3/2011.

Aku patut balik kol 12midnight tadi, kuar spital kol 2am.
Such a crap shift. Really buat aku lemah semangat nak gi kerja esok.
Its not a nice experience being yelled at by the other units, despite I was trying to do things right. They want us to be understanding that they are grumpy coz they have been on call since Friday & have been called for many many times since Friday. But still, thats their job thats written in their job description that they need to be on call hence whatever is related to being on call. Why should I be understanding while they are not trying to be understanding to my job as well. Bukannye crap referral yg aku call diorang tu pon. Semuanye important. And plus, kalau ye pon dah on call since Friday & diorang tired, that doesnt give them the green light to yell at others. Bodo.
Lagi satu plak si nurse bangang ni yg yelled at me for a silly reason, coz aku blom kasitau kat patient pasal patient needs to be transferred back to resus area from a low level care coz dia sakit, while aku tgh busy nak get a bed under cardiology before the bed is being taken away coz aku lambat. Geram betul aku dgn si nurse bangang ni.
Seb baik jugak bosses today very supportive. But still rasa very low now.
Really rasa my self esteem very very low. Agaknye sebab jadi isteri derhaka, anak derhaka, pekerja derhaka, segalanye derhaka tu la pasal dapat balasan orang derhaka kat dunia ni.
Rasa cam tak nak gi kerja esok :'(( :'(( :'((

Aku kena gi kerja semula siang nanti kol 1pm :'(( :'(( :'((

Sunday, March 06, 2011

Recap minggu ni

Hari ni cuaca sangat best utk laundry, picnic, lepak kat beach, sunbathing kat lawn, etc. Pendek kata best utk outdoor activities, after weeks of cold, wet weather.
Layan gambar amik petang tu..

And aku plak kerja hari ni, masuk kol 2pm jap lagi. Tapi puas hati dah kosong bakul laundry tu.

nak gi baca pasal stroke for my prezo Wednesday week nanti. Aku menyampah Neuro!!!! (sebab malas nak buat physical examinations neuro.. hehehehe).

Wednesday, March 02, 2011

Baby ketawa

I know I should be studying abiskan my APLS materials tu, but I really hafta share this video on Yahoo! US.
Mencuit hati. Baby ketawa =)
http://shine.yahoo.com/event/momentsofmotherhood/laughing-baby-loves-ripping-paper-2459529

Bukan baby aku, but aku pon tersenyum tadi. Cute! =)
Enjoy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...