... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 29, 2010

Fu-cuk? Su-cuk? Su-suk?

Dilemma aku hari ni sebelum gi kerja: Apakah maknanye Fu-cuk, Sucuk, Susuk?

Fu-cuk: tauhu kering yg orang guna dlm masakan. Aku panggil daun-putih-dlm-sup. Rasa cam tauhu, not surprisingly. Ramai org suka, but not my favourite lah. Kat sebelah ni gambar si fu-cuk ni. (Terpaksa bubuh dash in the word coz if u google it, u'll find some offensive sites with that word... hubby pon masa baca ni dia like.. 'Why did u have to put the word in ur title?')

Susuk: menda yg bubuh kat kulit oleh pengamal ilmu hitam sebagai daya penarik, kasi lawa sentiasa, anti-aging. E.g. berlian, duri2, etc. Haram in Islam. Ini membawa kepada persoalan.. how about Botox, silicon injections, those anti-aging skin care, face lifts, etc.. haram ke halal? Ingredients hafta be halal for a Muslim to use, but how about the idea & principle behind it?

Sucuk: haaaaa... tau apa menda ni? Ni dalam gambar kat bawah ni. Harga dalam aussie dollar. Masa baca the name kat kedai daging halal hari tu aku cam tercarik2 la menda daun putih tu. Aku cam terfikir.. apsal ada si daun ni among all the cured meat kat situ. Pas tu aku tanya la pekedai tu & dia kasi rasa. Ooooo... some sort of daging rupanye.. dia kata beef. Its a Turkish cured beef, mainly used dlm masakan something, boleh jugak makan raw tapi kurang sedap.
Apa aku & hubby buat pagi tadi with this?
I made pizzas guna Mr. Turbo (with some Lebanese white bread) & hubby buat dia nyer scrambled eggs with sucuk. Pizza tu kekurangan bahan, takde mushrooms, feta cheese, pineapple. Aku bubuh tomato paste, tomato sauce, mixed herbs, carrots, sucuk/ salami/ corned silverside, cheese. Pizza tu utk buat bekal kerja jap lagi & for hubby to eat dinner. The scrambled eggs dah abis tadi lagi, tak sempat amik gambar.

Left: sucuk pizza
Right: salami & corned silverside pizza

Friday, May 28, 2010

Penantianku berakhir hari ini =)

Hari ni hari kedua hubby tak gi kerja. Alhamdulillah, he had better sleep than the night before. Tido on the recliner. Dah 2 malam dia tak bleh tido flat, kalau tak jadi apnoea!
Aku plak dah 2 mlm susah tido. Asik terjaga every other hour. Bila bangun telinga sakit, tekak sakit, sumer sumbat.
Terpaksa cancel mlm ni nyer plan nak gi Ladies Night dgn TTM & Ly. Rugi.. rugi..
Dah bergelen-gelen air aku minum ni, so harap esok pagi ok sket. Esok, Ahad & Isnin kerja arvo shift (YUCKS!).

Tengah hari tadi ikut hubby gi solat Jumaat kat Clayton.
Ingatkan kat Bedoe Mosque, rupenye kat Monash Sports Centre. Sementara tu aku gi la rayau menjana tenaga di sekeliling Monash Uni campus. Walaupon dalam hati ni rasa resah-gelisah, badan rasa tak sedap, jalan jugak sambil amik2 gambar. Sebabnye, sanggup tunggu hubby abis nak gi amik kereta kat workshop nanti. Hampas je kena call diorang pagi tadi tanya status of the car, bukan diorang nak call.
Aku mmg dari dulu menda2 yg hal2 kereta ni, either the car itself or the workshop or the service memang aku akan rasa cam nak demam & gunda-gulana je. Sama feeling cam hal-hal berkaitan dgn airplanes & the airports.

Masa sampai kat workshop tu, kami disambut oleh some very friendly workers. Aku sangat gumbira bila diorang brought my car to me. Waaahh, diorang siap basuh + polish lagi tu.. kilatnyeeee. Sampai kena marah dgn hubby coz aku menggedik kat situ terkinja-kinja bila dapat kereta. Kena check dulu baru bayar insurance excess, pas tu baru la nak gedik mana pon, PAHAM!! Ini translation apa dia ckp kat aku. Hehehehhee.


Dalam hati ni rasa cam tak sedap hati je masa check kereta tu. Ye.. betul, ada calar kat my tinted window.. kat front passenger & back right side. And the plastic side panel tu still blom ganti lagi, as informed by the person. Arrgghhh.. tension aku. Kami kasitau kat manager tu pasal calar tu. Dia amik balik kereta bawak ke hujung sana nak polish guna glass polish, tapi jadi lagi teruk. Adoh! Aku dah buat muka tension kat situ.
Aku bersyukur la jugak coz diorang berusaha nak ganti the whole windows (better be with the tinted bit as well!!). They made a few calls so that next week their people could come to my work place or the house to fix it, which is kinda convenient.
Ni maknanye kereta aku ni akan dirobek 3 kali lagi, pada tarikh yg berlainan: window + tint, the plastic panels, 6-month service. Arrgghhh tension.. tension!!
Nampaknye next week hafta mintak tolong hubby to look after the fixing since I'll be somewhere else. Harap-harap the tint ada skali. Tension aku bila memikirkan hal kereta ni. Sampai tak tenteram drive balik rumah tadi. Gegar-gegar je aku.

Huhuuu... harap-harap everything is well after this.. tak sanggup aku menghadapi sakit otak pasal kereta lagi.
InsyaAllah.

Thursday, May 27, 2010

Akhirnya ia sampai jua...

Seronok + terharu..
There it was in the mail. Akhirnye sampai jugak.
Birthday card from Malaysia, my family =)
Yay, love you guys soooooo much. Tak sabar nak jumpa.

Sakit tekak & begedil

Kesian hubby tak sihat hari ni. I had to call his bosses that he wasnt coming to work. He struggled so much last night. Boss dia called later today suruh dia stay at home, ye la supaya dia tak spread his germs to everyone else. I'm not sure if it's a bacterial or viral, but I'm sure to drug him lots & make him do all the things that aku slalu bebel2 kat patients when they come in with URTI======> gargle with salt water, drink lotsa lotsa water, rest, keep warm, analgesia/ anti-histamine.
Tapi tu la, like any other non-compliant men (ops, sorry guys if u r not like this), hubby is a little like that. Susah nak suruh dia comply to some simple measures nak jadi sihat. Cam mana nak buat ye? Aku slalu je kutuk patients yg degil2 bagai tu. Hmmm...

Anyways, hubby requested me to make bubur nasi like my mum's. Aku gi jawab.. 'Tau, tau, I tau makan maknyer bubur nasi. Hehehehe'.
Kesian kat dia punye pasal aku buat la dia bubur nasi perisa ayam & goreng some begedil, skali dengan fresh steamed vegies. Lama gila tak buat begedil. Mebbie last time masa zaman student dulu, inspirasi Dr. AA (now kat Kelantan).
Ni resepi gabungan yg Dr. AA ajar dulu & inspirasi sendiri. Rupa dia takde la menarik mana, tapi sedap je kat tekak aku & yg penting kat tekak hubby jugak =)

Bahan-bahan:
- 3 jacket potatoes (aaiiyooo.. baru perasan ada sebiji je dlm pantry.. isk..isk..isk..).
- 300g-500g minced meat (I used beef).
- 1/2 brown onion* (or better shallots, but aku takde shallots).
- seulas kecik garlic*.
- cili padi* (aku guna 7 biji cili padi hijau yg one of the ED nurses sedekah kat aku hari tu).
- sedikit ginger*.

- garam secukup rasa.
- 2 biji telur.
- tepung jagung (aku campur ngan tepung gandum biasa coz tepung jagung tinggal satu sudu besar je.. isk..isk..isk)

Cara-cara:
- kupas kulit potatoes tu & rebus or masak je dlm microwave kasi lembut.
- blend je sumer yg tanda * (kalau rajin guna lesung or batu giling).
- bersihkan minced meat tadi & tapis elok2.
- combine all the bahan yg dah blend dgn minced meat dlm mangkuk besar. tambah garam secukup rasa.
- potatoes yg dah masak tadi patut mesh, tapi aku malas so mesh skali dgn minced meat/spices tadi (sebiji je kan).
- kepalkan dia, celup dlm telur yg dipukul & celup dlm tepung. Pas tu goreng sampai garing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tadi tengah hari aku gi Priceline kat Chadstone sana to look for some disolvable aspirin for hubby. Bagus utk gargle kasi numb the throat area.
Dia kasi free satu beg full of freebies.
Note: fatblaster shakes pon ada dlm tu. Ada tampon, mekaps, handbag holder, fish oil supplement (mungkin tak halal coz dlm capsule & dia tak ckp safe for vegetarians). Some stuff including that fish oil tu aku nak give away nanti (banyak sangat mekap dah aku ni.. hehehehe).

Tuesday, May 25, 2010

Happy **th Birthday To Me

Tuesday, 25th May 2010.
"Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me,
Happy Birthday to meeeeeee,
Happy Birthday to me."

Ni aku ingat nyanyi dalam mimpi malam tadi, seb baik tak ngigau. Kalau tak sure hubby melompat dari katil. Hehhehee..

Anyways, aku bangun lambat hari ni. Rasa cam tak sihat je. Gila ramai orang came in with bad infection + sepsis semalam. Pneumonia, pneumonia, URTI, pneumonia, pneumonia, URTI, & so on, oh ada satu stroke. A colleague called to wish happy birthday & suggested I call in sick, since.... aku pon dah rasa cam tak brapa ok. But, I guess, aku pegi je la. Ramai dah tau today harijadi aku, rasa cam dodgy je kalau aku tak datang. Lagipun, aku pelik sungguh people make a big deal about birthday here in the modern world & Western country. Bukan ke sepatutnye hari itu dijadikan hari utk muhasabah diri, bersyukur & motivasikan diri utk berusaha/ bekerja lebih baik lagi?
Chewah, aku terasa mcm ustazah plak ckp cam gini. Tapi tu la yg aku rasa setiap kali bday aku tiba. Aku sangat gembira celebrate others' but when it comes to me, ntah, rasa cam, eh.. malulah. Hahahaha.

Pokok tepi rumah (yg selalu buat
aku rasa nak tebang je)
I went to the kitchen to get some drinks. Tergerak hati nak sedut udara segar kat luar walaupon sejuk. Hujan renyai-renyai. Tenang je rasa. 6 days to go to the official winter on the calendar. Daun-daun dah byk tukar kaler.
Inilah masanye aku terasa rindu to the sun.. cuaca gloomy cam ni, walaupon menyegarkan sometimes, makes me feel somehow lonely..
Lebih lonely when the time I looked in the post box, there's no birthday card from M'sia (like last year, it came on the dot).. huhuhu...

Selamat menghadapi peperiksaan, wahai adikku kat Manchester sana. All the very best. InsyaAllah segala usaha & doa akan menjadi kenyataan.

What I want for my birthday =P

Monday, 24th May 2010.
Ewah, ewah, bunyi cam tak malu kan title di atas tu? Hehehhehhee...
Well, hubby has been pressing me with questions wat I want & where we would go for dinner for my bday. And each time I would say that I dont like surprises, for my birthday I'll be working evening shift yg membencikan tu and the next day I want to cook a simple easy-pizzy dinner for both of us sesuai dgn tahap kemalasan aku. Hubby pasti menyampah habis bila tu je yg aku jawab. (Well, hubby, u patut bersyukur tau I ni bukan yg mata duitan & mintak yg bukan-bukan sepanjang masa, walaupon kadang-kadang aku pon 'bukan-bukan' gak).

I received bertubi-tubi sms from a fren asking the same questions hari ni while at work tadi. Harijadi aku bukan hari ni pon.. it is the 25th. Busy gila tadi & aku ter'selamba' jawab "...aku nak kek batik & panacota.." Ooops!

To be honest, I dont even know wat I want for my birthday. Aku bersyukur yg hidup aku boleh dikatakan lengkap: lahir & masih beragama Islam (Alhamdulillah), ada keluarga yg disayangi (walaupon jauh, tapi dekat di hati), ada suami yg completekan hidup aku yg serba-serbi pincang ni, kawan-kawan yg best, I'm (kinda) loving my job now, kesihatan yg baik, etc.
Kereta je takde, hehehehehehe. I mean the Mazda3. Dia tgh dok berkampung kat workshop for the hailstorm repair work. (Mana laaaa workshop ni tak call2 lagi niiiihhhh....)

Anyways. ni ada list utk diri sendiri for my birthday. Aku kasi masa kat diri sendiri sampai December nak dapatkan semua ni. Maknanye kena mempertajamkan skill di dapur la ni. Heheehehe.


- Panna cotta, perisa-perisa yg aku suka (contoh dlm gambar ni ialah pomegranate panna cotta,
tribute to web bonappetit.com).
- Kek batik.

- Masak tempoyak yg mak slalu buat tu.
- Pelbagai kerabu yg mcm mak slalu buat tu.
- Sate daging yg mak slalu order tu.
- Laksa Johor.
- Ikan bakar & cili budu.
- Nasi ayam.
- Nasi lemak.
- Beef + mushroom pie.
- Maggi kari.
- Goreng pisang yg manis, tak nak yg tawar.
- Kuih koci & kuih kaswi pakcik tepi jalan kat rumah nenek tu.
- Lobster yg cam kat Eden tu.
- Brownies yg sedap.
- Lain-lain, some barang utk rumah yg aku akan pegi beli kalau ada masa, tenaga & fulusnye. Heheheheh.

This is a blood orang & Campari panna cotta with choc sauce.
(tribute to gourmettraveler.com.au).
Kalau nak buat, kita jgn bubuh Campari (arak).. Haram!
Gantikan dgn jus apa2 yg kita suka.

Sunday, May 23, 2010

Sunday off

Spent time with my medics frens. Lepas beli rack utk dapur (yg sepah sket tu) dan juga 3 helai sweaters for me (murah je, tu yg sambar 3 tu), we met up kat area Nudle kat Chadstone to have lunch. Some of us had this sushi rolls from a new sushi parlour built replacing the bubble tea stand. Not bad la. They have some new flavours e.g. spicy lobster with brown rice, scallop sashimi & spicy cooked tuna with brown rice. Hubby & Dr. MJ had Nudle. Oh, adik Dr. AI just arrived from M'sia & he joined us lepaking.

Pemandangan salah satu wings kat Chadstone Mall.
I was thinking of lepaking dgn diorang kejap je then balik utk study. We had dessert at The Lindt Cafe after aku tak jumpa cerek yg aku nak beli utk my mum. But then the lepak dragged on sampai semuanye lepak at our place tengok The Master Chef, and all of us had Domino's pizza delivered for dinner. Hubby & I balik rumah dulu, kelam-kelibut kemas rumah yg cam tongkang terpecah tu. Aku cam terasa sket dgn hubby dia ajak diorang dtg coz aku dah ckp dgn dia lepas balik kerja pagi semalam yg aku nak spend time dgn dia hari ni coz of this only day off aku ada with him on a weekend, plus aku nak study. Oh well, on the bright side rumah ni sekelip mata kemas in 1/2hr. Hebat tak? Hehehehhe.

Macarons kat Lindt Cafe. Okay la.
Dari depan: strawberry, peach, hazelnut.
Aku lagi suka fresh fruits or chocs as desserts.
Hubby's new bedroom slippers:
Yoshi from the Super Mario team =)
Aku nak beli Tod but dah abis, tinggal display je. Tak nak la beli display yg dah ampes tu.
My new talking Pingu! Comel kan?
Aku gantung ni kat hubby's degree =P
This week, including the coming weekends I'm working evening shifts. Grrrr.. Tak sukaaanyeeeeee!!!

Checklist for this week:

- ACEM.
- MPBV vs National registration webbie.
- UpToDate.com.
- Cari cerek untuk mak (like the one in this pic- but this is mine).
- Kemas dapur including the baking stuff.

Saturday, May 22, 2010

Saman trafik & anak gajah.

Saturday, 22nd May 2010.
Seram sejuk aku dibuatnye bila tiba-tiba aku kena tahan oleh abang polis trafik masa driving down along Warigal Rd frm Cantebury Rd to Riversdale Rd. Oh No!! (Dia ada penembak speed tu lah!)
I was on the way back home from night shift. Bukan kereta aku je kena tahan, ada lagi 2 kereta kena tahan; satu a gold Camry driven by a youngish man, satu lagi a white car driven by an old lady.
Berdebar-debar je aku bila abang polis trafik tu suruh pull over closer to the gold Camry. Aku was like, "Oh, great, another saman.. AND demerit points since now I'm driving with an Australian driver's license... AND a few hundreds surely gonna rabak.. kaching kaching.."
Aku cam terfikir-fikir berapa la speed aku tadi, aku almost believed that I was over 60kphr when I was stopped. Hmm.. berapa la points kena ni agaknye.Worst, kalau kena gantung lesen. Aku cam panic la jugak.. 'Oh, no! I cannot afford to live without a driver's license!' Dah la betul-betul bawah bukit tu. Hampes je dia dok parking kat bawah bukit. Sheesshhhh...
Driving that besi 'terlebih comel' tu alwiz gives me the adrenaline rush & a false impression that aku drive laju padahal slow je kereta tu. While the Mazda 3 is much more powerful, it is very relaxing & smooth duduk kat driver's seat, and its not difficult to go way over the speed limit without u realizing it because u dont feel it. Besi tu plak, kalau mencecah 100kphr je dah gegar abis dah. Tu la pasal aku cam mati-mati ingat aku dah over gila-gila dgn besi tu tadi.
Dalam termengah-mengah cari purse yg mengandunig lesen aku (seb baik ada dlm handbag), abang polis trafik pon sampai kat kereta aku. "I dont actually have to talk to you. You can go once the traffic is clear, okay."
Terkebil-kebil biji mata aku nak digest apa dia cakap tu. Aku pandang dia, "Uhmm.. okay." Dalam hati, "Eh, nak saman ke tak ni?"
Sesaat lepas tu dia cakap kat aku, "Thank you." And terus kuarkan kertas saman-menyaman dia kat mamat gold Camry tu.
Hmm.. then aku baru sedar dia nak tangkap si Camry tu, tapi masa dia tahan si Camry tu, ada lagi dua kereta driving sebelah si Camry tu termasukla aku.
Sepanjang perjalanan balik rumah aku cam confused sket.. but, Alhamdulilah tak kena tahan. Kalau tak melayang la beberapa ratus dollar duit aku PLUS demerit points. Aku pon konon-konon la berjanji tak nak speed lagi (aku mana ada speed slalunye hehehe..), especially bila dah dapat balik my car from the workshop. Sampai kat rumah baru la kepala aku cam dpt fully digest what had happened. Bersyukur la jugak, doa aku supaya ada polis trafik along Warrigal Rd one day termakbul jugak. Slalunye which ever car I drive, org slalu tailgate aku or flash aku or honk aku despite me being 5kphr more! Hampas je kan. Aku ni punye la sopan kat jalanraya. Aku benci nak drive over the speed. Diorang2 ni takde conscience or moral ke apa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Balik tu ngantuks abis. Aku kinda tak puas hati with the work last night. Aku penat gila & otak aku slow semacam. Menda2 simple pon aku terasa bodo semacam.
Mcm2 buat aku nyampah kat patients. Contoh satu yg best, budak obese ni ckp perut dia 'swollen'. Tak puas hati bila aku examined dia while dia baring, dia siap berdiri lagi punye la semangat nak tunjuk kat aku yg perut dia 'swollen'. Adohaaaiii... (aku tengah menahan diri dari mengata sesuatu yg kurang elok ni =P) Dah la mak dia kurang ajar ngan aku & the nurses. Marah la konon apsal kena tunggu lama sangat and demanding the answer like.. NOW. Aku takde la marah kat mak dia, aku just cakap dengan tenang, 'Well, you are not the only patient in this ED, there's another 40 patients & 10 of them are critically dying. There's only 4 doctors to look after those 40 patients. It is good enuf that I managed to get to u at 3hours of waiting time."
Lepas aku dah check anak dia betul2, aku pon explain la kat both of them wat it could be dengan bahasa paaaaling senang nak faham without any medical jargon. Boleh je plak sesaat lepas aku dah explain panjang lebar tu mak dia plak bebel-bebel.. 'so what is it, what is it'. Aku terus potong cakap dia, 'Well, I just told you, we need to do this & that, blablablabla.' Haaaa.. amik kau sebiji.
Sheesshhh, dalam hati aku mcm berkata dia ni mesti tak dengar langsung apa aku ckp tadi. Aku nak je kasi dia lagi, tapi aku tengok dia 'macam' tersedar silap dia. Aku pon blah la sambung kerja lain.
After a few hours of treatment aku review anak dia balik. Macam dah ok sket. Aku ckp la nanti aku datang la lagi in an hour or so nak kasi treatment tu betul2 effective. Si makcik hampas ni bleh je lagi nak kenakan aku, 'Okay I see you in EXACTLY an hours time'.
Aku cam, Eh? Aku pon jawab la dengan nada sedingin-dinginnye sambil menyepetkan lagi mata aku buat muka killer.. 'Okay, if there's NO other patient in THIS Emergency Department, I'll come back in EXACTLY one hours time'. Haaaaa... amik kau. Terdiam dia.
Ada lagi sepanjang malam tu org yg lagi kurang ajar, kasi aku & other docs panas hati. Bagi aku, kalau nak kurang ajar cam ni, balik la woi. Hmmm.. malas la nak ingat-ingat lagi pasal org2 bodo cam ni.
E.M.E.R.G.E.N.C.Y. DEPARTMENT ialah untuk E.M.E.R.G.E.N.C.Y. cases, hokaaay!!

Bukan doctor2 ni lepak2 je buat kerja. Dah la tak cukup docs, none of us actually amik any breaks most of the time kerja malam. Just stop kalau gila nak mati pasal dahaga. We r actually killing our kidneys, hearts, livers, brains while terkejar-kejar nak selamatkan orang. And apa yg kitorang dapat? Patients yg kurang ajar & kurang akal, also sometimes nurses yg sama. Robot pon kena recharge & maintain okay. No wonder banyak doctors make mistakes & get sued all the time. And unfortunately, public hospital nyer triage system will make things like selsema & menda-menda GP ni, will be attended the quickest after 3-4hours.. kalau takde life-threatening (or DYING) patients kat resus cubes sana.
Kalau ada org nak mati or code blue, alamatnye masa menunggu akan jadi up to 10-12hours. Sad kan?
(Nyampah gila kalau ada patients yg dah dalam surgery waiting list tapi datang ED coz tak sabar nak tunggu.. apa ingat ED docs nak gi operate on ur ugly mole ke tengah2 malam ni while letting other patients mati dlm department, or ingat kitorang ni ada power nak suruh surgeons to ignore their category 1 urgent surgical lists & operate on ur gall bladder that very night ke? Surgeons tu pon mesti rasa nak bunuh je patients2 ni kalau datang thru ED semata-mata malas nak tunggu. Or datang ED tengah malam coz malas nak tunggu GP diorang bukak or pasal GP kena bayar, ED free. Hampas sungguh!)
A lot of things affecting this waiting time, and unfortunately government cuma tengok the numbers, that in the end affecting the funding & hence worsening the situation. Kalau dikupas-kupas punca masalahnye yg ribu-raban ni, it all comes back to the funding system itself. In the end, doctors gak yg merana no matter wat specialty u do. And unfortunately the private system is also increasingly facing the same strain. Sad, sad...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tukar cerita.
Lepas dinner kat Old Town Mamak kat QV lepas bangun tu (sejuk gila), kami singgah kat Safeway beli Earl Grey tea, balsamic vinegar & Dijon mustard. 3 barang je. Hubby & I love Earl Grey tea. Dapat la percuma sekor anak gajah batu. Comeeell!!
Comel kan?
Ada lagi 2 styles anak gajah in other packs. Kami tak beli yg lain tu.

Thursday, May 20, 2010

The Missing Oreo

I was heading straight to the pantry for some munchies to bukak puasa. Saw the new box of Oreo that we bought last weekend. Thought of having a piece or two just to alas perut.
Tup.. tup.. HAH???????
Dalam hati (sambil menjegil biji mata): "OOOOOOOOO.. rupenye he's been sneaking in & out of the pantry!!! Padanla... blablablabla!!!"
Anyways, I made some beef stir fry. Hubby balik lambat hari ni coz ada meeting. So aku makan dinner sorang-sorang tadi. Hubby akan makan later if he hasnt eaten anything masa meeting tu.
Gumbira sangat Ben Ashaari sudi menjengah my blog :P Saje2 je nak dia jengah. Coz kadang2 kita ni terperasan yg blog kita paling best, until ada orang lain singgah & kasi komen, barulah kita tau kitanyer best ke tak best. Komen yg membina sangat2 appreciated & bleh dijadikan motivasi utk kasi blog ni lagi best. Ewah!

5 days to go until my **th birthday =)
I will be working in ED evening shift (sucks!!). But its probably better than last year,
I remember I was doing Paediatrics night shifts. I pre-ordered Mrs. Fields cookie cake for myself to celebrate sorang-sorang (dan hubby) on my birthday. Sedih la coz family takde to celebrate together. Its getting less & less attractive to celebrate my birthday year by year, simply because I feel sooo lonely that family in M'sia & not here to celebrate with me. I dont enjoy birthday surprises anymore, because of this as well as I dont want to be disappointed if the surprises are not up to my expectation (whatever the expectation is.. sometimes I dont even know myself). I would probably be happier if someone asks me what I want (I dont even know what I want or need at the moment). Plus somehow I dont want to be disappointed when people dont really remember my birthday. It is probably just another day of the year, just like everyday. If they do, I am very very grateful & reaaaally appreciate it.
Last year Dr D & Dr S sent me a Westfield gift card, and I was sooooooooooo haaapppy. (Dr.D, I'll show u what I bought with that). Sampai skarang aku terharu gila bila fikir pasal tu.

Anyways, lets just hope that this year my birthday will just go through safe & sound & happy. Doakan aku bahagia di dunia & akhirat.
InsyaAllah.

Tuesday, May 18, 2010

Lori besi 'terlebih comel'

After all the drama mlm tadi, berjaya gak aku drive gi kerja naik besi 'terlebih comel' tu. For the first time after a few months, driving this terasa cam lain macam je. Terasa cam naik lori 1.0L engine. Heheheh. Vroooomm vrrrrooooooooommm. Bising gila. Duduk kat driver's seat tu pon terasa cam driving lori golf kat padang golf. Terasa weird je pegang the steering wheel, the hand break. The good thing about this besi 'terlebih comel' is that it is very economical in its petrol consumption. I thought I had to fill in some last night but yeah, byk lagi rupenya. I'll fill it in later this week.

Besi 'terlebih comel'ku yg telah byk berjasa.














Dah biasa drive the new baby with a 2.0L engine, terasa cam tak brapa best plak bawak yg ni gi naik bukit ke Box Hill. I almost couldnt believe that I used to drive this around Victoria in this. Tak sampai hati ni kutuk this besi 'terlebih comel'. Ni la kereta yg dah bawak aku ke sana ke mari since 2005, dah bawak mak & abah & adik2 jalan-jalan, dah bawak aku back & fort from Melbourne to Whoop whoop. Those were the days...

Yet, aku sampai hati to let it go. Its about time to move on with life :)
Aku just kena sabar tunggu my baby to come out of the workshop. 4 more nights to go with this mini truck.
Rindduuuuuu my baby...

Before heading off from work, Dr AG & me went to the HR office for our timesheet, as well as me to collect my letter of support for the ACEM registration application. Will do it soon :) (Seb baik takde all these psych patients outside isap rokok kat depan tu mcm selalu).

Upton House building. The adult mental health services, including the acute adult psych ward.
Regular acara merokok kat entrance for the psych patients.
Jalan terus lagi is the children & adolescence mental health service building.
Also the building for doctors' HR, tpt kami gi hand in timesheet, amik payslips, etc.
Heading towards the hospital (the gray building) from Upton House.
This is at ~9am, after the sunlight killed the fog.
Note the lovely brown leaves.

Monday, May 17, 2010

Bateri besi 'terlebih comel' itu

Setelah kami bertungkus-lumus cuma resus besi 'terlebih comel' tu, with RACV roadside assist datang & 2,3 kali jump start, maka diputuskan yg the heart needed to be replaced. Aku cam teringat yg I replaced it around 2 yrs ago. So kiranye, ajal si battery dah sampai la around this time of the year. Ches, nyesal tak get rid of it earlier.
Oh ye, I was so shocked to know that I didnt transfer the roadside assist service to my new baby. It was logical to have thought that when I transfered the insurance to the new car, this would have come along with the insurance as well. But, nope, I hafta transfer the service separately. Kinda think of it, aku cam bersyukur aku tak buat hari tu coz if not, sure this besi 'terlebih comel' takde apa-apa harapan lagi.
Anyways, kesian hubby terpaksa ke 24-hour KMart di Burwood, to get a new one. Gambar ni ialah battery lama.

Alhamdulillah berjaya di resuscitate. Alhamdulillah aku takyah susah payah jalan ke Box Hill Centro esok pagi to catch a bus tomorrow morning lepas balik kerja. The only thing I need to do jap lagi ialah singgah petrol station & fill it in.
InsyaAllah selamat pegi & balik for my night shifts with that besi 'terlebih comel' until I get my baby back.

Moral of the story: apa-apa kejadian itu ada hikmahnye. Kita manusia ni cuma kena cari apa hikmah di sebaliknya & sambil tu kena la bersyukur dgn apa yg terjadi.

Sunday, May 16, 2010

Parti Cit Cat bersama TTM =P

Ye, kami berdua pegi mengubat luka (aku je la yg mengubat luka tu) di party kelolaan (ada ke such word in Malay?) TTM.
Superb food. Great people to be with.
Kak Z dah besar, going to pop soon :) Take care.
Oh, didnt get to see Lybeau coz she was unwell at home :( Hope she gets better soon. Musim demam selsema now coz its late autumn coming to winter. Which also means saaangaaat sejuk in early mornings + late evenings.

The kids busy main computer games.
Note tuan patah tangan jadi hero kat computer tu... ahaks!
These are the amazing desserts TTM made. Earlier we had sate goreng (coz takde lidi), nasi impit, masak lodeh, serunding & sambal. Kak Z bawak puff pastry yg sodap. Me.. hmm.. malu nak ckp.. sempat bawak drinks je :( Sorry sangat2 TTM, tak sempat buat apa2. Tak berkesempatan amik gambar the main food coz sedap sgt sampai lupa camera.
Thanks all, especially TTM & family.

Kastad buah (kot).. sedap!! by TTM enterprise :)
Chocolate pudding by TTM enterprise jugak
Gabungan kedua-duanye :) Nyaaammm!
Starting tomorrow night 'til Friday night, I'll be back on night shifts again. 'Sigh'... Ni la padahnye main tukar-tukar shifts without an early plans, in otherwords impulsive actions.
Oh well, nights are alwiz better than arvo/evening shifts. And its the weekdays plak tu.

Perpisahan sementara...

Sedih mengenangkan balak hensem aku kena tinggal kat bengkel for its repair.
In March hari tu dia kemek2 sampai jadi rupa golf ball terkena penangan the great hail storm of Melbourne. B'coz byk sgt kereta yg rosak teruk, I only managed to get my car assessed about a month ago, and finally the repair now. Org tu kata akan siap on Thursday, kalau kena involve paint work it will take longer.
Aaargghhh... sedih.
The hail centre in Noble Park.
Note my baby there. Feels like tinggalkan baby kat nursery.
Sob sob sob..
Lagi sedih tadi try to start the besi buruk yg lagi satu tu, tapi dia tak nak start plak. Nampaknye terpaksa la call an independent car repair to come to start it tomorrow. Tried to call one tadi but they dont work on weekends (biasa Aussie ni, weekends or public holiday sumer terbantut). Oh well, somehow that besi is long due to be on the market again... and I've been putting it off for quite a while. Apa ntah aku ni.

And nampaknye terpaksa la naik bas to commute work-house. Starting tomorrow night I'm doing nights again. Hubby can probably send me to work, but I hafta figure our how to get back home from work in the morning. Mostly probably a bus from the Box Hill Station to Chadstone, and then jalan kaki balik rumah.

On the way back from the hail centre, we went to Dandenong, not to buy halal meat but to buy groceries. Aku tersemangat nak amik gambar coz mood aku pulih & aku cam high sket bila matahari timbul out of the fog early this morning. Dah 2,3 hari dah early morning fog then sunny. Sejuks. Aku terasa Dandenong cantik plak hari ni :D. Hubby bebel2 aku amik gambar kat sini.. suruh aku cepat sket. Heheheh..

Di parking lot just across the road of Dandenong Market.
During weekdays kena bayar around 20c p hour.
Tu Dandenong Market yg baru refurbished, blom kesempatan pegi lagi.
Ke arah Dandenong Plaza. Cantik tmpt ni.

Frm the carpark sampai depan plaza ada byk public arts built utk mengindahkan Dandenong city centre ni. Ada half boiled eggs, fake tv, etc.
This one is a line of scrabble tiles. One is missing nampaknye..
Org curi buat modal utk beli dadah kot =P
Pusing blakang, memandang ke arah car park tadi.
On the left is the Dandenong Hub, lebih kurang mcm Semua House kat KL.
On the right is the Dandenong Plaza.
Dalam Dandenong Plaza, level atas skali.

Tersinggah kat one of the 2 halal butchers kat area parking tu.
Ni Marmara Halal Meat. Hubby teringin nak makan pastrami, salami, etc other cured meat.
We only bought a little, our fridge is tiny.
On the left tu Sarah Halal Meat. Kadang-kadang kami gi situ tukar angin.
Jalan tengah2 ni goes back to the parking lot.

Nice day, but very deceiving. Sejuks sebenarnye.
Anyways, now nak gi Party Cit Cat bersama TTM. Laaaamaaaaaaaa gila tak jumpa budak2 tu. Rindu.

Thursday, May 13, 2010

Berita Jepun & nota kaki =)

Selak-selak tv tadi, aku stop kat berita Jepun. Entah ngapa, kalau ada citer Jepun kat TV walaupun aku tak paham satu sen pon mata aku mesti terpaku kat TV tu. There's something about the language that I love so much, and watching the news sorta amuses me. Dari dulu zaman kanak-kanak lagi aku cam gini. I think coz masa kecik-kecik dulu abah slalu gi Jepun & dia slalu citer kat kami about his experiences there, bawak balik amazing stuff & delicacies from there, dan dia jugak ramai kawan Jepun. Kami sangat kagum dgn kisah2 ni, tambah-tambah lagi dulu banyak sgt citer Jepun kat TV yg distracting us from school. Ingat lagi tak Maero Attack kisah bola tampar, Oshin yg berkurun lamanye citer tu tak abis-abis, dan lain-lain lagi. Sampai sorang adik aku tu siap nak cari awek Jepun lagi... aawwww!

Ingat nak gi amik short course Japanese kat TAFE dgn hubby kalau he is ok with that.

Pas tu zaman
Hong Kong TV series plak. Best best. Masa tu sibuk la nak blaja Kantonese sebab malas nak baca subtitle & nak focus on wajah2 kacak pelakon2nye. Tak khatam jugak. Then tiba la zaman Spanish TV series plak. And minat beralih arah to learn is Spanish, pernah blaja sket2 sendiri masa awal2 kerja dulu. Siap beli audio cd bagai. Tapi now dah lupa. Mesti ada yg tanya apa kisahnye aku blaja Arabic sampai amik PMR lagi tu. Hehehehehee... nanti-nanti la aku citer.

Dah abis pon TV Jepun tu. Now ada berita Hong Kong plak. Tapi aku tengah berbelah-bagi nak tengok ni or documentary about glaziers, or kartun, or talk show yg best ni. Hehehhee.

Or patut aku blaja. Semalam 3 interesting cases I saw: acute exacerbation of bronchiectasis-emphysema, EMD arrest, thyrotoxicosis with tachycardia. I was soooooo glad I had a good medical student attached to me yesterday, instead of the tong kosong kid tu.

And lepas lepak depan TV tadi aku singgah ke dapur jap. Eh, ada lagi nota from hubby which was meant to be for me last night tapi aku tak perasan. He did temankan aku makan balik kerja smlm tapi tak perasan plak this note. Pagi ni baru perasan.
Aawwwww... terharu la plak, hubby ni jiwang semenjak akhir2 ni. (Ni sumer pasal tgk movie PS I Love You minggu lepas tu ke?)

Wednesday, May 12, 2010

Dinner & 100Plus

Penat gila kerja evening shift smlm. Kaki masih sakit coz kelmarin berlari2 panjat escalator yg tinggi nak mampus kat Parliament station, semata-mata nak sampai cepat kat DIAC.

My URTI ni blom baik sepenuhnye so hidung masih tersumbat-sumbat. Disebabkan tu jugak, otak aku ni rasa tepu je sepanjang malam, aku bleh dikatakan moody jugak sepanjang malam. Nasib kau la satu bapak patient ni kena sedas dgn aku coz kecoh2 nak orthopaedic surgeon review that very instant of the night sedangkan fracture kat kaki anak dia cuma a mini hairline fracture. Fracture tu plak jenis yg tak perlu plaster but dah bapaknye kecoh sgt maka aku bubuh je la plaster kasi dia sedap hati. Aku ckp dah kau masuk public spital so follow up ikut protocol, unless kaki anak kau tu memang dah hancur abis kan & kena admit mlm tu jugak. Kalau kau nak sgt second opinion aku takde prob, tapi gi la jumpa GP for the referal. Otherwise the fracture clinic review will be next week, okay. Seb baik aku pick up patient with a dental pain smlm. Kalau tak, ish ish ish...
Usually patients & nurses kata aku ni baik sgt kat diorang. But, like every other human being in the world, kesabaran ada hadnye kan. As much as I'm empathetic kat patients, kengkadang menda2 songeh ni aku seriously malas nak layan. Again... emergency department is for E.M.E.R.G.E.N.C.Y.
Excuse me for my language, people.

And oh.. I seriously cant stand this particular medical student.. I think this one is particularly overconfident but rude & kureng bijak sket, than my other medical students. Aku teringat satu incident dgn one medical student masa aku buat surgical residency job. Our farewell dinner, aku nak bayar dinner aku, dia berdiri kat sebelah aku, tetiba nampak my uni card yg aku masih simpan dlm purse aku, slamba b*** je amik from MY PURSE & showed off to other ppl. Aku kasi dia sebiji. Kurang ajar betul. Tak semestinye aku baik dgn diorang, diorang bleh cross that line of respecting others. Aku bukan la nak diorang ni 'yes tuan, yes tuan' dgn aku. Tapi jgn menyampuk bila aku ckp dgn doctor lain, jgn kurang ajar, jgn perasan bagus, tunjuk yg kau tu rajin + willing to learn boleh tak? Yang kat ED ni plak, this particular student ish ish ish, aku mmg seboleh2 nak avoid dia. I've noticed that some docs cant stand her as well.

I dont remember zaman aku jadi student dulu aku or most of my friends macam diorang ni. Kitorang dulu (we r talking about being medical students in years 2000+++) gerun bila nak menyampuk ckp doctor2 apatah lagi nak meninggikan suara. We were assertive enuf, but still tunjuk respect kat our superiors. Ok la, aku dulu pon kurang bijak jugak, tapi takde la mcm diorang ni yg umpama tong kosong je. Org suruh jumpa patient coz they r interesting/ good for their learning, berani je ckp tak nak or kalau jumpa pon cam hampes je kerja diorang. Terbakar betul aku bila diorang buat cam ni. They are only procedural stuff e.g. plastering, suturing, etc, konon-konon cool diorang dah buat itu-ini if to compare with their frends. Diorang ni kena sedar, as much as doctors need to learn some procedural stuff, they also have to know the foundation of medicine. Setiap satu illness will run through millions of presentations, and there are millions of illnesses in the world, aaand each one of them evolve over time. They hafta learn to recognize each one of these as much as they can. That makes a good doctor, bukan doctor yg cuma tau jahit tangan tapi tak tau nak manage acute abdomen or angina. Plus, diorang patut sedar, all the doctors dlm rotation diorang secara langsung atau tidak akan mempengaruhi diorangnyer assessment, hence their career down the track. Maka... pandai-pandai la bawak diri tu (macam aku ni, ahaks!)..

I hafta admit that ramai gak good medical students attached to me. I remember this final year medical student boy early this year; baik & sopan, merendah diri, willing to learn. Bagus. He will go far if he stays that way.

Anyways, back to work yesterday with some new residents. Ok la coz most of them pon aku kenal frm before masa diorang dtg ED admit pt, ward rounds, etc. Aku tak tukar rotation coz I'm doing my critical care, meaning ED for 5-6months, Anaesthetics, ICU.

Aku balik lambat smlm, way past midnight, coz had to settle a few high risk cardiac patients.
Balik je hubby dah tido. I noticed on the kitchen bench this note... aaawwww... terharu aku.

Nota kat my medical notepad. Dia beli food for me masa
jumpa member dia last nite kat city.
Love u hubby, thanks heaps.
Kekenyangan aku tido mlm tadi.. burpppzzz!

Saya Ingin Blog Saya Dijelajah Oleh BEN ASHAARI =)

Tengok TTM ada ni kat blog dia, aku pon teringin jugak.
Saja-saja suka-suka, mengisi masa nak gi spital jap lagi.


Saya mahu blog saya dijelajah oleh En. Ben Ashaari supaya En. Ben boleh kasi pendapat ikhlas dia about my blog.

Dari mana saya tahu pasal Ben Ashaari?
Dari blog TTM & Mat Gebu :) Nampak cam menarik.

Tentang blog saya:
Sebenarnye blog ni bermula pada tahun 2005 (5 thn selepas tinggal kat Melbourne), inspirasi dari adikku, H3, yg kasi cadangan supaya aku bukukan kehidupan pahit manis aku sepanjang hidup di bumi asing ni. Tapi kehidupan masa tu sangat sukar & mcm2 hal, plus aku tak tergerak hati nak show off to the net world about my boring life. Masa tu dah ada Friendster, so mcm malas nak tambah lagi satu. Then in 2009, while working nights, teruja lagi skali to write in my blog, inspired by TTM & Ly. Terasa nak share kehidupan di bumi asing ni with my family & close friends yg jauh di mata tapi dekat di hati, walaupon dah call rumah di M'sia hampir hari-hari & emails lagi.
Masa aku start balik blog ni kehidupan kerja malam di ward sangat daunting, so utk kasi bermakna sket aku pon start la bebel2 in this blog. Masa tu apa2 yg aku bebel2 sumer cam rubbish je, esp. pasal kerja.
Anyways, ni la blog aku. Biasa-biasa je. Takde advertising, takde petua2, just my thoughts & apa yg berlaku dlm kehidupan aku utk share dgn family, member2 dan sapa2 saja yg sudi menjengah.

So En. Ben, kalau sudi & ada masa, sila la jelajah blog saya ni =P
Enjoy!

Tuesday, May 11, 2010

Kucheng & Lipas

Tuesday, 11th May '10, 10++am.
Okay, aku dah berjaga since 4.30am. Malam tadi tertido awal ~10pm gitu. Penat jalan2 kat city.
And I've posted 3 entries since I woke up.. which is kinda a lil' too many for a laid-back blogger like me. Tapi nak buat cam mana, nak study cam malas. Plus I had this compelling need to update my blog since last night lagi. Hehhehehehe...
Jap lagi kerja start kol 4pm sampai midnight, tapi aku kena gi awal since nak gi HR amik paperwork utk ACEM. Harap2 minah tu boleh harap la utk siapkan sumer tu.

Now kat TV ada Oggy & the Cockroaches, one of my many favourite cartoons. Kisah kucing & lipas yg senantiasa gaduh sapa paling bagus. Kelakar, relaxing. Lamaaa dah aku tak tgk katun ni, last time kat M'sia last yr masa balik raya tu. Cool!
(tribute to http://www.downtr.net/)

Oh ye, aku jugak sangat marah coz tak dpt tengok NCIS mlm ni, as well as Master Chef. Sumer gara2 evening shift. Kalau evening shift Paediatrics & Psychiatry dulu bleh la jugak tengok tv mlm2. Kalau kerja lain whether it is intern or resident in Medical ke, O&G ke, ED ke, Surgical apatah lagi, jgn harap nak rehat kejap.

Ni jap lagi nak nap jap sebelum gi kerja. Oooo... I will see some of the new residents/ registrars coz some of them start new rotation dah.

Semalam di Melbourne city

Minggu ni aku kerja evening shifts sampai la Saturday, meaning balik midnight. Bleh. Out of all the shifts, ni la jenis shift yg aku paling benci skali, coz takleh spend time dgn hubby that much. On the brighter side, bagus utk puasa ganti & puasa sunat especially now Maghrib dah kol 5lebih pm.

Went to the city yesterday A.M. to get my visa sticker that was looooong due. Went there by train, coz kalau naik kereta.. bleh pengsan pasal jam + bayar parking yg mencekik darah.
Met up with Dr. AG coz she had an appointment to see her lawyer for some visa stuff as well. Kami lepak lunch kat Lazzat & jalan2 around city. It was a nice day. Just lepak & menenangkan fikiran. I have been working non-stop for the past month or so, & havent been out. Rasa refreshed sket lepas kuar. Walaupon rasa cam nak drive, tapi for once, I was relaxed coz other ppl yg did the driving for me & I could just enjoy the view :)

While waiting for Dr. AG to finish her stuff, I went jalan2 along Myer + Melbourne Central stretch tu. Lepak gak kat Borders, blaja pasal mekap + memasak :P
Sambil2 tu amik gambar. Walaupon dah ribu2 pics aku amik of the city itself selama aku dok Melbourne ni, rasa cam tak puas, especially on a nice sunny day.

One of the levels kat Melbourne Central shopping centre.
Bourke Street, in between Elizabeth St & Swanston St.
This is towards Swanston St.
This is towards Elizabeth St.
Yang putih tu bangunan Myer
Bangunan David Jones
Bangunan-bangunan seterusnye towards Swanston St
Salah satu lorong on Bourke St menuju ke arah Collins St.
They either full of independant cafes or spas or cool shops.
One of the many instant performers yg cari duit on Bourke St (and other places in the city),
yg ni peniup seruling tradisional South American music. Sedap!
Ni one of the lanes/streets off Queensberry St.
Banyak rumah2 lama yg comel2 kat sini.
Kami makan di Lazzat on Russel St.
Penat sebenarnye jalan2 lepas makan tu, even though kami cuma cover Melbourne Central to Myer, from Melbourne Central end to Flinder's street end. Kami tak shopping pon. Balik dah letih gila.
And aku hanya mampu masak lauk yg kurang sedap (bakat semulajadi.. heheheh), tapi hmm.. boleh la utk makan yg simple2 je.

Sayur masak kicap pedas
(memang nangis habis sampai takleh bernafas)
Ayam goreng (bakar) berempah in action
Ni hasilnye.. not bad la for a first try with Mr. Turbo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...