... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 09, 2010

Kenangan Ramadhan ...

Lagi 20minit nak buka puasa. Itu juga tandanye berakhirnye Ramadhan yang mulia ini, digantikan dengan Syawal 1431. Setan-setan satu geng tengah bergumbira, tak lama lagi nak merdeka dah, nak start balik project merosakkan umat Islam diseluruh dunia.
Syawal...
Bermulalah hari umat Islam seluruh dunia bergembira bagai. Bersyukurlah kita semua yg mampu utk celebrate raya tak kira di mana jua. Alhamdulillah. Kalau tak dapat bersama-sama sedara-mara, still dapat sambul Syawal with friends/ family. Ada jugak yg tak dapat nak sambut 1 Syawal dgn keluarga, malah ada jugak yg tak dapat nak makan pon hari-hari biasa apatah lagi 1 Syawal.

Pejam celik, pejam celik dah sipi-sipi je lagi nak abis puasa ni. Cepat je masa berlalu kan. Baru je hari tu rasanye aku komplen malas bangun sahur sebab sejuk beku kat Melbourne. Pas tu setiap minit berlalu mesti aku kira bila la nak bukak puasa ni, padahal kol 5 lebih je bukak puasa pon. Ye la, kat M'sia terasa vibe puasa + raya. Terasa tenang je dengar suara azan berkumandang. Rumah mak & abah dekat dgn surau & masjid. So bleh pegi mana2 je utk terawih. Jalan kaki je pon. Pas tu sepanjang perjalanan pegi ke masjid or surau, terasa best je. Mesti lalu depan rumah-rumah yg ada banyak lampu lip-lap. Kalau lucky dapat la tengok mercun2 berkumandang di langit2. Indah sungguh. Kalau lagi bertuah, lepas terawih bleh la makan terawih kasi lagi kembung. Yg bestnye jugak, ada bazar Ramadhan for buka puasa, ada jemputan buka puasa di merata-rata, dan juga some makan places bukak 24hrs or early morning for sahur e.g. restoran Deen kat Tmn Melawati tu & MacDonalds kat Tmn Sri Ukay tu. Best best. Senang hidup aku kalau Melbourne pun cam gini kan. (Mimpi je laaa). Then kalau petang2 tu sure ada rancangan masak2, rancangan Jejak Rasul (or yg sekaum dgnnye), dll. Best. Memang la terasa vibenye. Bahagia.
Kalau pasang lagu raya walau sedih cam mana pon sure riang gumbira je. Ye la, kat tanahair sendiri kan.

First time aku puasa di luar negara ialah 10 thn dulu. Paaaaanjaaaaang sangat puasa time tu. Maklum le summer. Berbelas2 jam. Yg paling lama aku pernah rasa ialah Subuh kol 2++am, buka puasa dekat2 kol 9pm. Fuh! Time tu student, so tak tido malam just to makan sahur tu kira biasa la. Then bleh bantai tido siang. Nak miss kelas pon dah tak kisah dah (no wonder aku slowww je now.. hhehehee). Dah tu, setiap kali puasa sure naik berat badan. Mana taknye, buka puasa gi bantai makan banyak gilaa coz dah pausa lama kan.
Then stay up, munching non-stop sampai la time sahur. Kalau terasa nak tido malam, sure makan byk gila just in case tak bgn sahur. Tapi masalahnye, sahur pon bangun. Aduh! Time sahur makan byk gila jugak, takut lapar siang nanti.
Sedih la first time puasa di perantauan. When you are away from those things that you've alwiz taken for granted, it makes you appreciate them more kan. Ye la, family takde, bazar Ramadhan takde, lampu lip lap takde (kecuali time tu dah nak dekat Christmas), takde rancang tv yg berkaitan raya/puasa, takde lagu raya kat radio/tv. Nak dengar lagu raya kena mintak org poskan cd dari M'sia or download je from Internet. Masa tu internet pon mengah je.

Tahun-tahun berikutnye for me werent any easier coz aku ni sentiasa la homesick. Di kalangan kawan-kawan yg kat perantauan ni, aku la yg paling ngok ngek kot. Most frequent to cry coz of homesickness. Tapi it helped ada kawan2 to buka puasa bersama-sama, solat terawih sama-sama, 'usrah' sama-sama. Then ada jugak time main bunga api sama-sama dgn member, ye la bunga api yg gaya cam bunga api cap kucing tu je. Kat sini bunga api cam kucing tapi jenama lain tu halal dijual disini, bleh jumpa kat Big W, Target, K-Mart, etc. Kat M'sia kan dah lama di'haram'kan. Best la jugak main tu. But when I was alone, I went back to my crying or playing games on the net nak ilangkan rasa sedih di perantauan. Teringat main bunga api dgn adik2, kadang-kadang abah pon join jugak.
Tapi in consolidation, cuaca panas tapi menenangkan.. berkat Ramadhan. Bukan macam now, dah winter dah pon for puasa. Seksaaa...
Oh ye, masa ni la jugak member-member rajin hantar gambar ke suratkhabar2 di M'sia utk tatapan kaum keluarga + sahabat handai yg jauh di mata. Seingat aku, aku hanya pernah hantar sekali je kat Utusan kot. Aku ingat lagi abah siap beli lagi suratkhabar tu. Mana ntah pegi gambar tu. Haha. Saja je nak kasi muka lebih glamour. Ok la tu, dp org lain yg setiap tahun bubuh gambar kat semua akhbar online tapi balik M'sia utk raya kan. Hahahaha... tak bleh blah tu..
Malam sebelum raya tu plak masing-masing rajin siapkan some juadah raya for the next morning, at least ada la sket merasa suasana raya tu kan. Kadang tu tak tido malam.

Puasa pada tahun2 selepas graduation lebih sunyi especially when I was in the Whoop Whoop. Aku pon slalu sakit masa internship menyebabkan puasa aku kurang sempurna. Alhamdulillah puasa di tahun-tahun selepas tu bertambah baik & bertambah tenang, especially this year. Takde la terasa penatnye even tho aku kerja pagi & whole day this year. Berat pon senang turun coz tak mengamalkan perangai buruk lantak seperti tahun2 sebelumnye. Tahun lepas especially coz aku banyak kerja arvo shifts + night shifts, so bila dah time buka tu gelojoh habis la kan.
10 thn dulu we fasted in summer, last year last spring. This year start puasa in winter. Seksa weh nak bangun sahur. Sejuk sampai ke tulang.

This year aku sempat merasa puasa beberapa hari before raya. Walaupon kalau ikut duration, kat kL lebih lama dari puasa kat Melbourne but aku rasa bahagia. A lot of things to do e.g. shopping, kemas rumah, main Wii games (kami bawak balik yg kami punye tu), internet, kuih raya, tv, etc. So takde la rasa lapar.

Teringat all the things that I grew up with especially takbir kat tv, sales raya, bazar Ramadhan, kuih raya (kuih tunjuk or kuih gigih) rancangan masak/ puasa/ raya kat tv, lagu raya kat tv/ radio, bunyi mercun berdentum-dentam, etc. Masa kecik2 dulu time mercun/ bunga api masih halal di M'sia, sure kami akan main especially bila dah nak dekat raya. Aku ingat lagi, mak sure bebel kata bunyi mercun tu bising. Hahaha. Aku pon nyampah jugak dulu. Jeles aku tak dapat yg ganas cam bom tu. Hahaha. Now bunyi mercun tu la yg aku nak dgr slalu time raya. It alwiz reminds of the experience of fasting in M'sia with family/ kat asrama dulu. Thats why jugak aku until now suka gila when there's fireworks everywhere in Melbourne, especially New Year's Eve + Moomba festival.

Esok raya.. aku bersyukur aku diberi rezeki oleh Allah swt utk berpuasa di kL for a few days.
Sedih jugak Ramadhan akhirnye sampai ke penghujungnye. Minta2 kita semua diberi rezeki utk merasai nikmat Ramadhan pada tahun hadapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 everyone.
Maaf Zahir & Batin.
Take care lots.

4 comments:

Liana MD said...

wahh..bila i baca ur entry i terkenang plak my days in dublin a few years back. mmg sedih gile raye kat negara org, pagi2 raya mesti meleleh airmata smbil dgr lagu 'dendang perantau'. huhuu..but it did make me a stronger person wpun i cuma dok overseas a few yrs je. for u yg dah dok bertahun2 overseas mesti lagi gagah kan ;) indeed there's no place like home :).

eh cop, u pun dok area melawati ke? wah ala2 jiran la kite ye (takla jiran sgt, but close la) heheee..bole la beraye ek? ;P

kalo raye mmg tak sah tak melantak kan. baru 1st raye but i rase mcm baju dah ketat. horror tak? muahahaha

kekwa22 said...

selamat hari raya aidilfitri...

at least ada gak pengalaman berpuasa & beraya kat oberse...

bestkan pengalaman2 tu.. walaupun ketika memaluinya terasa perit

Chibi Maruko said...

camana raya tahun ni dan tak nak update blog ke, me nak tenguk gambar raya...

aquahartz said...

dear all, sorry sangat lama gila tak update blog. i ada masalah jiwa rindu m'sia nih... kat m'sia hari tu busy gilos tak sempat nak update. ingat nak update bila dah balik, tapi homesick sangat2.
pagi2 pegi kerja pasang cd lagu raya, meleleh je air mata. bila boss tanya apsal muka monyok je, i ckp selsema. huhuhuhu...

so liana, how's ur internship so far? where r u now?

kekwa22, ntah la, boleh la katakan best sebab merasa puasa di perantauan. tapi ntah la.. jiwa ni sentiasa sedih..

hi chibi. sorry sgt late update blog. i tgh tgk gambar2 mana nak pilih utk update blog. tapi setiap kali tgk gambar raya sure homesick.. kalau tak meleleh air mata, sure bergenang sket sket.
for now, gambar2 kat entry atas tu. okes tak?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 to All. Maaf zahir & batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...