... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 14, 2011

Mengaktifkan diri

Dah beberapa minggu aku dah start tambahkan keaktifan diri. Semakin aku rasa aku kena busy study, semakin aku rasa perlunye aku ni senaman. Mana taknye sebelum ni kalau study or buat kerja yg berkaitan training, sure tak sampai setengah minit dah ngantuk gila, pas tu terus main game ke internet ke apa-apa ntah lagi. Susah betul nak focus.

Semalam aku gi Paeds Advanced Life Support practice course kat spital. Aku dibubuh on the spot in charge dlm simulation tu. Case ialah budak 4 thn severe acute asthma then dia cardiac arrest. Haaa gelabah. Boss-boss sumer risau aku traumatized, diorang ni tau aku ni senang nangis. Hahaha, but all in all aku rasa aku buat okay la jugak. Bila bubuh on the spot like that makes me remember. Then afta that borak-borak dgn one of the bosses. Tiba bab makan, rehat & senaman. Tu la lagi bertambah semangat aku nak kembalik sihat seperti before. Aku dah let myself down for quite a while now, mebbie months dah.

Matlamat aku nak senaman & makan makanan sihat now ialah:
- improve focus for study & kuatkan ingatan.
- improve mood, tak nak depressed/ anxious je all the time.
- cantikkan kulit & awet muda.
- improve energy.

- tone up muscles.

- kurangkan geleber-geleber kat trunk & bontot.
- kalau cuti M'sia nanti boleh la melantak all those yummy food, tak yah risau bila balik Melbourne aku kena ganti seluruh lemari dgn pakaian size lebih besar. hehehee.
- aku tak nak kena penyakit2 yg menyebabkan aku nyusahkan diri sendiri, orang sekeliling aku & the healthcare system. long term aku nak jadi cam pesakit2 elderly aku yg sihat walafiat tak makan ubat apa2 independant tak nyusahkan family diorang (diorang datang spital coz masalah luka2 or patah tulang or simple stuff).

Skang aku rajin keluar brisk walking + jog. Pas tu kalau indoor exercise aku rajin buat cardio senam robik with weights selang-selang dgn senaman perut.
Aku suka makan, cuma in terms of appetite je slalu kurang, disebabkan tu slalu makan sampah (oh well, my sampah are just sweet chocs & chips). So now aku banyak ganti sampah2 tu dengan makanan lebih sihat. Snacks byk makan fruits (aku terpaksa merajinkan diri potong buah nowadays), ada la sket2 curi2 makan sampah bila time aku cravings gila tu. Breakie pon now makan oats (yucks!) or cereals with fresh fruits, sultanas, raisin, nuts. Banyak jugak duit aku beli pisang sini yg mahal sangap tu. Dari segi nasi, I love my nasi, just kurangkan servings, and lepas makan meals aku wajibkan diri makan fruits as desserts.
And I love my protein goreng! Hehehe. Aku suka ayam, ikan, daging, seafood dgn syarat semua ni digoreng atau dibakar. Tu satu tabiat buruk aku yg aku not willing to let go. Sebab aku nyer appetite ni slalunye mati sebelum makan. Ayam kat Melbourne ni tak sesedap ayam kat M'sia. So aku akan makan ayam kalau ayam tu goreng, bakar or dah dalam soup. kalau tak slalu makan secubit je then selebihnye sedekah kat org lain. And I'll end up jadi kambing makan all the sayur2. Same with other stuff. Tau goreng2 ni byk minyak, tapi takpe, aku kurangkan portion & bantai senaman setiap kali makan oily food. Okay la tu kan.
Air gas dah laaaama gila tak minum sejak gastritis aku teruk last year, ganti dgn fresh orange juice. Aku dah kurangkan caffeine in my life. Cuma minum sekali je air coffee yg mild strength, then kalau teringin lagi minum decaffeinated coffee. Dulu rasa tak sedap, now dah lebih kurang sama dah rasanye, dah biasa dah.
Cuma masalah tido je aku kureng sket. This is where those pills come in =) Jangan terkujat doctors sebenarnye banyak jadi drug addicts (legal drugs) & kaki botol, ni sumer pasal kehidupan doctors yg penuh dengan 360° stress.

Anyways, ni dinner aku mlm tadi. Teringin nak makan kari ikan masin. Balik frm PALS smlm aku terus singgah BHH Centro beli ikan masin & udang. Sayur guna je apa yg ada, campur 5 biji telur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...