... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 09, 2010

Study desk aku

Okay, gaya aku study memang messy gila semenjak-mejak masuk uni. Bukan saja study desk messy, the actual studying process pon memang messy. Bila buat root cause analysis (chewah!) rasa-rasanye Mr. Computer is a BIG distraction, the BIGGEST cause ever kalau aku study terhegeh-hegeh. Maklumla, masa mula-mula sampai kat Melbourne ni, masa zaman kat halls dulu menda pertama yg menikam mata masa sampai kat bilik ialah kotak computer. Best gila beb, ada computer dalam bilik sendiri, dah tu 24-hour internet connection plak tu. Then ada plak member2 yg hebat dlm IT ni, so apa lagi bertitik-tolak dari situ la aku ter'culture-shocked' ngan internet sampai la ni.
And.. kalau kumpul-kumpul balik, rasanye dah dekat 10 thn dah my professional life ni terumbang-ambing cam gini. Teruknye aku rasa, rasa cam guilty gila kat diri sendiri.

Ni meja blaja aku kat dalam master bedroom. Gas heater dari ruang tamu mengadap aku, and wajib lagi satu blow heater coz aku kan ngada sket when it comes to cold weather. Hehehehe. Kipas kena ada 2, kalau tak mati la time summer yg ganas tu. Tu pon still lemas when it
reaches 40°c & above. Kerusi aku ada lagi satu selimut lipat2 on top of the chair cushion tu, sakit punggung ooo duduk lama2 kat kosi plastik tu. Kat dinding tepi pintu tu adalah 2 ekor cicak kertas hasil kerja tangan adik bungsu aku dgn anak member aku. Diorang buat ni kat Melbourne Museum, masa my dad & youngest brother visited me in 2003. Adik bongsu aku masa tu baru umur 5++ thn je. Still simpan buat kenangan. Rindu time tu. Teringat lagi masa tu aku takde kereta, pegi mana2 semua pon pakai public transport or jalan kaki je. Duit pun kurang masa tu.
Now dah ada kereta (Alhamdulillah), rasa nak bawak mak, abah & adik-adik jalan naik kereta aku.. tapi apakan daya belum sampai rezeki diorang lagi.

Meja blaja hubby kat bilik sebelah, tapi dia hanya guna utk menternak habuk & sampah sarap dia. Dia lebih berminat buat sepah kat ruang tamu/ meja makan depan TV bila kena do some work. Aku.. hmmm.. ikut mood & source of cahaya matahari. Pagi-pagi the sun light masuk ikut tingkap master bedroom ni, so rasa bahagia je nak study dlm ni (or kadang-kadang atas katil). Petang-petang cahaya masuk ikut lounge & tingkap dapur, so rasa lebih tenang nak study kat luar tu sambil ada background voice (TV). Tu pattern seharian kalau dok rumah and ada mood nak study la kan :D

Sayang gila kat meja ni. Ni beli masa student dulu, time 2nd year uni & baru pindah dok rumah from halls dgn member2. Apa ada atas meja aku kali ini? Meja ni mengadap kiblat ni.. afdal sket nak study kot.
Ada gambar graduation aku with family, & gambar graduation hubby, pembakar semangat.

Set alat tulis termasuk 2 cawan pen2 free dari drug companies (tak habis guna sampai aku pencen kot, menda free lain dlm laci.), cermin mata 2 pasang (kalau misplace satu, ada lagi satu), klip rambut & cermin berlampu (apa kejadah? kalau teringin nak jadi cun masa study, kasi naik semangat). Camera, jam radio (hubby punye), cawan + coaster. Buku yg bertimbun, kadang2 letak je kat lantai kalau terasa penuh benar. Tidak dilupa, b'day card aku dari M'sia :)
Oh ye, Isnin hari tu aku masak laksa sempoi for dinner. Friday last week menumpang jap kat rumah Lybeau coz takde letrik. Dapat macam2 daun/ cili yg ditanam oleh parents in-law dia. (Thanks Lybeau & MakLong!!).
Untung diorang ada these herbs & spices. Menda2 ni kat sini mahal woooo..
Preset timer utk buat white bread pagi Selasa tu. Best gila bangun pagi to a nice warm bread. Resepi ikut breadmaker nyer resepi. Resepi sama cam herb bread itu hari cuma takde mustard seed & herbs la kan.
Pagi2 buta tu, dah gigit roti tu baru teringat nak amik gambar kegebuan roti.
Selasa terpaksa gi dinner in the city dgn yg 'Tidak Terhormats', kat mana lagi kalau bukan kat Old Town Kopitiam QV tu. Panas je hati aku terpaksa pegi after penat2 balik kerja tu, dah la balik lambat coz ada meeting tergempar kat Anaesthetic department ptg tu. I still cant digest the fact that the Old man dgn selambanye mintak hubby bayar the whole dinner sebab dia claim yg hubby yg ajak diorang satu family makan. Kureng sungguh. Padahal kami dipaksa datang dinner (konon-konon family la kan). And the fact that everyone order double food that night plus siap jemput orang2 luar lagi (seb baik org2 luar ni tak dtg). Fuh.. teringat kisah di bulan February 2008 peristiwa yg sama... buat hati aku terbakar je. Tak malu betul la. Apa jadi dgn the project juta-juta & $$$$$ yg diorang bangga2 sangat tu.. huh!

Rabu malam aku konon-konon nak study depan TV... lepas 10mins aku cam sayup-sayup dgr translation ke BM ayat dari hubby.. "U ni nak study ke.. nak tido?". Baru pukul 9pm. Aiyooo...
Khamis smlm tak buat apa-apa. Amik kesempatan relaks abis, siap tido petang lagi (malam pon tido nyenyak gak.. hampas tak? hahahhaa).
Hari ni, aku doa tak kena panggil gi spital since aku on-call for the whole hospital. Aku nak study lepas abis tulis blog ni. =P

Sabtu ni kerja half-day untuk Ortho/Trauma list. Hopefully I'll be okay for the weekends.

3 comments:

Lady of Leisure said...

cannot imagine la macam mana panasnya kalau sampai 40'c tu.. kat sini 30++ pun tak tahan..
when u mentioned mustard seeds teringat tilo kata in mistress of spices: mustard seeds tu is to send someone away from u kononnya lah...
btw, laksa tu anmpak sedap giler...

A~ said...

mmg teruk kalau peak summer kat sini.. bleh mati!
u kena senaraikan apa tilo pasal spices :P

Lady of Leisure said...

i paling ingat saffron, to attract love katanya.. sapa makan makanan ada saffron sure terus jatuh cinta..
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...