... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 13, 2010

Kerana kacang...

Pagi tadi aku gi trainig HealthSmart kat spital. Setelah sekian lama kami2 docs dapat threatening emails from the company to give our names to the hospital CMO kalau tak pegi. Hampas tak? Seb baik diorang bayar aku utk aku susah2 pegi training tu.

Tu spital aku (yg dah nak roboh tu) from BH Centro carpark.
On the way back aku singgah kat BH Centro tu. Idea asalnye nak beli roti canai segera je, coz ingat nak masak kari mlm ni. Tapi biasa la, kalau kita pegi pasar malam mana beli satu barang je kan. Yg aku nak citer ni bukan apa menda aku beli kat BHH market tu. Tapi ni pasal pengalaman aku kat satu supermarket cina ni.

This is part of BH Centro.
Tau tak apa mendanye kacang murungai? Gambar sebelah ni gambar kacang murungai. Famous in Indian culture. Ni sedap masak kari. Aku teringat mak selalu masak kacang ni dalam kari when I was growing up, even until now.
Aku ternampak kacang murungai ni kat supermarket tu la, aku amik la dlm 2 batang. Masa bayar kat counter terjadi la satu perkara yg kasi aku panas hati rasa cam nak bunuh orang pon ada jugak. Si cashier hampas tu tanya aku nak potong ke tak kacang tu. Pas tu dia terus patahkan kacang murungai aku tu, walaupon aku cakap NO. Aku cakap aku tak nak yg patah tu & suruh dia cancel yg tu, & aku amik baru. Dia mula-mula tak nak kasi, aku dah ready nak gaduh dah. Aku insist jugak, then dia baling je kacang tu kat lantai on his side of the counter. Masa nak bayar final dia
boleh je kurang ajar jerit-jerit kat aku mintak duit. Tahi betul si cina tu!!! Dah la masa aku mintak bakul awal2 tu dia bleh campak je bakul tu kat aku. Tahi kan?

Cam gitu la sakit hati setiap kali shopping kat pasar cina kat Box Hill or pasar vietnam kat Springvale nun. Tapi nak makan sedap punye pasal, sabar je la. Hmm.. tapi bila ingat2 balik kat M'sia tu, ramai jugak peniaga yg kurang ajar. Aku just tak paham apsal people hafta be rude when dealing with other people.
Sabar je la.. tak nak mencemarkan bulan Ramadhan yg mulia ni dgn rasa panas hati kat manusia2 tak layak tu.
Huhuhuhu...

Anyways, Alhamdulillah dah hari ke-2 kami umat Islam di Australia berpuasa. Nak bangun sahur pagi2 kalau tak kerja, aku terasa cam seksa semacam pasal sejuk gilaaaa. Kalau kat KL nun, bleh ajak family makan roti canai or McDonald utk sahur. Kalau kat sini toksah mimpi la. Prepare makanan sendiri je.
Ni sakit kepala ni, mebbie pasal tido lepas sahur tadi. Selama ni puasa tak tido, terus siap2 pegi kerja tak plak sakit kepala. Esok2 kena berhati-hati sket.

Hari ni aku on-call, hopefully no calls sepanjang bulan puasa. Esok aku kerja half-day, swapped with a friend, so that dia bleh kerja on the weekend that aku balik cuti nanti. Hopefully the consultant I'm working with tomorrow ialah seorang yg baik, InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukak puasa hari ni makan mamak style; with roti canai segera berbentuk 4 segi brand Petaling Jaya, kari daging with kacang murungai, kentang, karot & cauliflower, serta sayur goreng bendi campur kacang panjang sama kentang. Puas makan sayur :) Lauk ni akan tahan sampai esok punye sahur & buka puasa. Kalau roti canai dah abis, kami slalu makan kari tu dgn meehoon or spagetti, buat mcm meehoon kari or mee kari :D

3 comments:

Lady of Leisure said...

is memang tahi la penjual yang macam tu.. ada ke patut dipatahnya kacang tu..
btw kacang tu i sukaaaa sangat.. know what daun dia pun i penah makan.. goreng style india letak cili kering ngan kelapa parut bagai..
sedap langsung tak pahit.. rasa lemak gitu.. umah parents i kat perlis ada pokok ni dulu..

mamacomel said...

oang melayu panggil kacang kelo, kita panggil ikut orang india 'marunggai'. betul daun dia oun boleh buat sayorf

A~ said...

Lady, memang, berderau darah i tengok dia snapped the kacang just like that. Tapi yg buat i lost it tu ialah dia bleh kurang ajar dgn i lepas tu. kalau dia ckp sorry & suruh i amik baru takpe la jugak, ni tak.. ish sabar je la dugaan puasa ni.

Mak, kacang tu memang best :)
Saiful blom boleh makan lagi menda2 pelik ni. Biasa la dia, menda2 yg dia tak pernah nampak seumur dia, dia tak nak makan. geli la konon tu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...