... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 20, 2010

Kuih lapis takde rupa

Semalam walaupon gundah-gelana je lepas balik kerja, aku still singgah kat BH Centro gi pasar cina situ. Nak cari tepung beras, tepung pulut, cincau, buah nipah, susu pekat manis, biskut marie, dll. Hahahaha. Panjang la plak aku nyer shopping list. Tak semangat je aku nak gi shopping. Tapi dapat la all the tepungs. Tak jumpa plak susu pekat manis tu. Cita-cita nak buat buah melaka, kek batik, kuih lapis. Try menda senang dulu.. kuih lapis.

Hari ni aku bersemangat nak try buat kuih lapis buat kali pertama. Dapat ilham dari Puan Serai kat Perth nun (ikut ayat TTM). Resepinye amik kat link yg Puan Serai suggest tu, dari Tulip. Thanks dua-dua, Puan Serai & Tulip.
Dalam resepi tu tulis loyang besar utk 40 org, so I thought resepi tu utk 40 org la kan. So dgn bijaknye aku halved the ingredients.

Nak tau apa jadi? Ni ha..

Jadi 4 lapis saja. Rupa takde coz aku takde loyang yg bleh muat my kukus comel tu, loyang2 aku sumer gabak. Tapi bantai je la loyang paling kecik aku ada. Tu pon takleh tutup kukus tu. Walaupon rupa takde, rasa masih ada. Sedap. I thought its a bit masin, dunno sebab sukatan or sebab garam kat Aussie ni masin amat. Hehehe.

Dengan semangatnye aku ke Myer tadi to get some loyang yg boleh muat my kukus. Seb baik ada sale + aku ada Myer reward card. Dah sampai kat section dapur ni, melilau jugak mata aku tengok itu-ini. Mana la tau ada menda yg best bleh beli.. hehehehe.. 'Ter'sambar satu kuali Tefal, jugak tengah offer. Opps..
Balik ni nampaknye aku kena basuh sumer loyang baru beli tu & kuali Tefal, pas tu buat-buat cam kita dah ada menda ni lama dah. Mintak-mintak la hubby tak banyak bunyi nanti. Hehehehe...

Oh ye, aku baru perasan ada unknown missed call kat fon tadi lepas mandi. Aku check inbox, takde plak tinggal msg. Berdebar-debar jugak takut sepital call coz aku on call hari ni. Lagi skali masa aku kat Myer. Jatuh jap jantung aku masa tgk screen 'unknown number' tu. Fuh! Seb baik masa angkat tu rupanye hubby (terkantoi aku kat Myer!). And dia rupanye yg called when I was in the shower. Aku menci betul dgn 'unknown numbers'.. as much as aku nyampah being on call.

Esok balik kerja aku nak try buat lagi guna full recipe plak, coz petang ada jemputan buka puasa kat rumah Dr. HAK. Harap-harap jadi lebih cun dp yg ni.

4 comments:

lemongrass said...

I pun pernah halved the recipe pastu tersilap kira and jadi manis giler sbb halved everything but not the sugar, hahaha...
I pun melapis2 ni memang a bit hampeh, tp rasa sedap ok lah kan :-).
Psst.. susu pekat manis boleh dpt kat Woolies n Coles, murah aje pun :-)

Lady of Leisure said...

rupa tak penting yang penting sodap.. hehe.. ada biskut marie, buat kek batik sedapnya kan..

mamacomel said...

Kalau potong mesti nampak cantik. Bila disudu aje tu yg yang lagi comot tuuuuuuuuuu.

aquahartz said...

lemongras,
i think masin coz garam yg i guna tu masin sgt lah. oh ye, hari tu tak jumpa susu pekat coz mata letak kat lutut kot. hahhahaa. nanti kena gi kedai lagi nak beli milo + susu pekat. nak try buat kek batik.

lady,
rasa dia sedap & hubby suka, tu yg penting kan :D

mak,
tak kisah la comot pon. saiful main amik dgn tangan je. ahahhaha. sedap sangat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...