... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, August 14, 2010

That side of me: Arts<->Life

Hari ke-3 puasa.

Aku kerja half-day tadi, swapped with a colleague coz she had some other things to do today. I kinda didnt mind it coz I knew I would be working with a nice consultant, plus doing the Ortho/ Trauma list somehow enjoyable. Mebbie sebab suasana theatre yg senyap, cuma 2 theatres je bukak with very minimal people around. Tenang sket fikiran aku.

Boss kali ni ialah seorang anaesthetist yg aku tak kenal, pendek dp aku, tapi baik. Dia ajar aku stuff, friendly & considerate (tak berlagak nak mampos cam sesetengah anaesthetists tu). Yg aku tersuka pagi ini ialah masa tgh buat dynamic hip screw (a type of hip replacement) tetiba dia kasi aku cawan dia & duit AU$20. Terpinga-pinga aku jap.
Rupenye dia suruh aku gi rehat & beli coffee utk dia dlm cawan dia. Dia ckp jgn kasitau org lain, tapi gi tanya anaesthetic nurse apa minah tu nak. Hahaha. Baru aku paham dia nak blanja team dia rupenye. Aku malas la nak citer aku ni puasa, so aku amik je la duit tu & went to Hudson's Coffee across the road. Jalan sambil bermalas-malasan, sambil enjoy the sunlight kat luar spital (takde la terperuk je dalam bangunan kat negara matahari sembap ni, sampai vitamin D level aku pon critically low jadinye). Bought him a cappuccino & myself a juice. Nurse tu dah kenyang so dia tak nak coffee. Cool!! Bleh aku minum buka puasa nanti or time sahur esok pagi. Semalam masa training pon byk makanan, tapi aku sebat air Pepsi saja. Tak sempat rasa, hubby dah abiskan lepas buka tadi. He must have been eying it since last night aku kuarkan dp bag kerja aku & masukkan dlm fridge. Sheesshhh... Kalau dia curi aku punye juice ni nanti, siap la dia...
Balik kerja tadi singgah jap rumah Ly coz nak tgk dia nyer art collection. Menarik, aku suka scrapbook dia.
She gave me this paper for the envelope, for the card that she gave me. Soooooo sweet!! Thanks Ly. Rasanye aku takleh nak tunjuk the card here without asking for her permission eh, sebab bukan aku yg buat. Envelope ni aku buat so boleh la letak.


Aku teringat masa zaman skolah dulu, aku rajin gak buat scrapbook. I think it all stemmed out from abah & also my first origami class at the Pustaka Peringatan Kuala Lumpur sana. Abah ada belikan byk stuff for us play with, plus byk jugak yg aku beli sendiri. Ada yg aku suka-suka je korek & gunting dari mak & abah's old magazines yg diorang sayang (ampun mak, abah!). Abah pon best dlm hal-hal paper arts ni, especially origami. Dia slalu buatkan kami katak kembung, bola, etc dulu-dulu. Seingat aku jugak, abah ada some gunting & whole punch khas utk paper arts. Tak tau mana pegi (harta karun aku byk dah MIA since adik2 aku conquered my bedroom).

Aku suka menda2 crafty ni. Aku memang gila stickers, papers, stamps, ribbons, buttons, subang lekat (ingat lagi tak?), beads & sequins, drawings, etc. Sanggup berhabisan to get these materials. Mana ntah peginye all my collections. Dulu aku ingat lagi, aku sanggup dok kat library during my recess time just to read & blaja origami. Pastu buat some of them in the classroom sampai some teachers got annoyed at my not-paying-in-attention-in-class dan juga sampah-sarap yg aku buat hasil dp origami aku. Mak pun mesti pening kepala coz aku & adik2 slalu buat sampah kat rumah.

Aku paling suka buat envelopes + boxes, coz to me they are practical plus zaman tu kan zaman snail-mail. Lepas tulis surat, surat tu akan dilipat secara creative, then masukkan dlm sampul creative aku jugak. Hahaha. Kiranye sapa lipat kertas paling creative dulu, dia la paling cool kan. Aku jugak slalu dapat top 3 dlm buat kerja kursus Alam dan Manusia, Sejarah, Geografi & Kemahiran Hidup. Sanggup tu nak stay up sampai pagi2 buta nak siapkan kerja kursus walaupon aku benci gila buat the research, content, etc, zaman tu. The hiasan part je yg paling best. Takde la hadiah apa yg dpt dulu, tapi the recognition, tu la yg digilai ramai masa tu. Maklumla, budak skolah kan, gila glamour je semua. Hahhaha.
Gila glamour punye pasal, aku sanggup jadi art AJK utk majalah skolah sampai la ke university. Zaman skolah dulu tak guna computer utk design the pages. Kami lukis, kaler, tampal2, watsoever, pas tu hantar ke printing company.. jadilah majalah skolah. Bangga beb kalau hasil karya seni masuk majalah skolah. Aku tak teringin pon nak hantar karya sajak ke, cerpen ke, komik ke, tapi yg penting aku nyer page designs kena ada. Hehehehe. Sampai adik aku mintak tolong buat front page utk magazine pon aku sanggup nak glamour punye pasal, padahal dia yg jadi art/ creative AJK masa tu. Cheating betul, suruh aku plak! Ramai member2 aku kata aku patut jadi architect, tapi masa tu cita-cita nak jadi doctor/scientist sebab saja nak lain dp yg lain even though I was already a weirdo enuf among the other kids.
Masa mula-mula kenal hubby dulu pon, many many years ago, aku ada buat satu scrap book for him (that I think melted him away.. hehehehehe). Tapi bila baca balik apa isi scrap book tu, rasa tebaaaal je muka. Merepek-repek je dlm tu. Hahaha. Satu hari nanti bila aku rasa tak brapa malu aku bubuh gambar scrapbook tu kat sini.

Bukan hal-hal kertas je aku suka. Buat gelang, rantai, cincin, jahit-jahit, bertukang, bag (abah slalu buatkan aku bag masa kecik-kecik dulu, especially bag ngaji) pon aku gila jugak dulu. Siap jual gelang/ rantai lagi dulu (masa skolah rendah la). Boleh dikatakan all arts aku suka lah, termasuk gardening if u consider that as a landscape art. Now, if only I could overcome my malas of cooking sure seni masak aku akan jadi hebat kan. Hehehehhee....

Pendek kata aku suka art & life, especially yg ada unsur-unsure sejarah (walaupon dulu aku ni tak berapa gemar blaja Sejarah dulu). Sejak masuk tertiary education especially dengan teknologi internet ni I feel like I've lost that part of me. Dah kerja ni lagi la takde masa nak buat apa-apa. Kalau ada free time now, sure nak main game kat FB or blogging pas tu rasa bersalah coz tak study utk mengurangkan kebengapan. (Aku memang salahkan internet di atas ke-lagha-an aku sepanjang-panjang ni.. heheheheh).

Teringat kata-kata sorang doc yg aku jumpa masa first year tu, dia kata kita kena make time for life kalau tak kita are dead before the time...
So, I think, its time to start something here. Suatu hari nanti aku akan bubuh sini some of my handy-crafts, especially my origami boxes & scrapbook (or people call it layouts).

2 comments:

Lady of Leisure said...

untuk siapa pandai buat craft ni kan.. i ni tangan kasar skit.. bukan tak minat tapi kalau i buat nampak tak kemas.. hehe

aquahartz said...

apa plak tangan keras, ur cooking tu sedap je nampak. berseni la tu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...