... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 09, 2009

=( Time to go...

Pejam celik, pejam celik dah time nak balik Melbourne. Tension gua. Terasa cepat sgt masa berlalu. Ye la, seminggu je cuti. Sepanjang masa keluar nyopping je. Of course masa berlalu dgn cepat.

Monday: Gi Alpha Angle. Dapat la sambar baju dlm more than 10 helai. In less than 2 hours. Harharharhar. Puas hati. Lepas tu dah bosan dah, terasa nak balik for lunch. Ptg lepak2 menerai baju. Aku skang dah debab sket than 5 thn dulu. Kirim salam to size M or 9. Now hanya L or above 10 saje. huhuhuhu.. tu blom ngandung lagi. Abis aku time pregnant nanti. Mlm bantai sate gila babas. Hahahhahaha. Puas hati. Hari tu dah mkn kuah tempoyak & lotsa kerabu.


Tuesday: Spent the whole day at Midvalley Megamall. Sambar 2 handbags, satu Fossil satu lagi Carlo Rino. Puas, puas. Lepas nyopping menda2 lain, terasa bosan nak meneruskan kembara. Tapi stay until mum balik kerja coz opis dia kat situ je. Lunch makan laksam kat Laksa Shack. Not bad. Balik tu singgah pasal malam, wowiee, best. Nasi lemak sambal kerang, kopok lekor, kacang rebus, air tauhu, apam balik, dan lain2. Indah rupenye suasana pasar malam kat Taman Melawati ni. 3 pasar malam in a week, then pagi Sabtu ada pasar tani. Tapi tak sempat aku gi sana la nampaknye. Hari tu dah burn dah coz gi PGH. Anyways, bila balik rumah, mak kasi another handbag. Best, best. Gilaaa aku ni.
Aku ni memang fanatik kat handbag & skincare/ beauty product. And I am very particular about buying handbags. So I hope I dont get a handbag as a b'day gift/any gifts at all. Better kasi menda2 lain like a spa trip or voucher or apa2 yg mungkin aku suka based on my obsession at that time. hehehehe.. (perasan tul aku ni)
Wednesday: Went to KLCC. Lunch makan laksa Johor kat food court dia. Then went to see Transformas 2 wit brothers. Dari awal saaaaaampaaaaaiii la akhir, asik suspen je. Sakit dada gua tengok. I agree wit Bakri, dah tak klimaks la jadinye kalau asik klimaks dari awal til last. Adegan yg aku rasa tak patut ada ialah adegan ALS where dia kasi DC shock kat mamat Sam tu. Hebat gila. kahkahkahkaha. Anyways, lepas tu bosan, so balik rumah terus. Mlm amik2 gambar dgn surgical scrubs yg aku 'gebab' (hahahha bahasa TTM). Saja kenangan.

Today: Pagi lepak2 breakie. Main internet. Then baru la terasa nak packing. Malas betul. Ni seb baik dah abis packing. Harap2 lepas la check in nanti. Aku ni memang sejak dulu ada phobia of flying. Dari start packing, sampai ke check in, sampai ke touch down, sampai tunggu bag kat carrousel tu akan terasa berdebar2 je. Tension. Dlm hati akan doa byk2, zikir, ngucap semua especially dlm plane. Nak main media player pon tak lalu selalunye, tido apatah lagi. Tak tenteram jiwa ni. Ni jap lagi ni, aku terpaksa la tido coz sampai2 sana je terus kena kerja that arvo. =(

Ni baru balik from beli kuih muih & air kelapa muda kat AU 5D sana. Situ walaupon kuih2 dia soooooo tiny for that price, but their kuih are always the best, especially the kuih kaswi & kuih koci putih dia. Sedap. My mum pon ada goreng jemput2. So harap2nye takde la aku kempunan bila balik Melbourne nanti. And harap2 takde la aku ngidam menda2 yg takleh dpt kat Melbourne bila preggie nanti.


Anyways, wish me a safe trip back to Melbourne. Tak cukup time dok sini. Macam biasa, I will be sad & homesick each time balik semula ke Melbourne, sejak dp zaman student lagi sampai la now. Hmm.. nak buat cam mana kan, jiwa ku ini always there in M'sia.

Okaylah, nak gi minum petang & get ready =(


Sayonaraaa...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...