... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 05, 2010

Selalu laki mandi berapa lama ek?

Kadang-kadang tu aku rasa nak switch off je heater/fan/lampu/water supply bila time hubby mandi. Gila lama!! Most of the time aku akan bang on the bathroom door suruh dia cepat. Dah tu bila dah abih mandi, ada je menda nak dimekapkan, ngan rambutnye la, itu la ini la.. ish. (Bagus gak, menten hensem je laki aku ni kan).
Especially susah bila aku kerja morning shift & time tu la nak rebut2 bathroom. Rumah aku kat sini satu je bathroom.

Aku tak kata aku ni mandi kerbau hokay. Pompuan mandi kan, agak-agak la. Kat sini government buat rules, semua org kena mandi 4minit.. hehehhe.. aku sure la berminit-minit lamanya esp in winter. Best wooo mandi air panas, boleh tertido masa shower tu.

Masa adik lelaki dia menumpang kat rumah aku last year, our water bills meningkat mendadak seperti bill air 4orang penduduk dalam rumah ni. So imagine, naik double tu. Sini bills segala-galanye cekik darah. Kat M'sia, Selangor nun best la sometimes bill air free kan. Mesti la aku ngamuk, dah la bazir air & masa orang nak kena tunggu dia berkurun, Dah tu dia bayar bill dia utk sorang punya bill, sedangkan dia guna air lebih dari dua orang punya bekalan. Kalau nak bayar semua takpe la jugak.. Dah la masa tu water restriction level 3a, 4. Apa punya style mandi daaa.... bazir air. Masa tu summer kan, takkan la nak mandi berjam-jam dalam shower tu. Sini air kena campur sejuk sket, panas sket. Kalau air sejuk saja nanti mati beku, kalau air panas saja nanti masak jadi burger la gamaknye.

Dulu parents aku slalu bebel aku ni mandi lama sangat. Tapi diorang belum time lagi cam mana hubby aku mandi. And kalau diorang time adik hubby aku mandi, sure diorang pengsan kalau tak pun muntah kat situ gak. Hahaha. Ye la, aku membesar dengan semua org mandi within reasonable time. Aku je ngada-ngada bazir air lebih sikit.

Aku cam terfikir, tak kira la lelaki ke pompuan ke, orang yg mandi lama ni kan mungkinkah ada beberapa sebab:
- Dia sangat paranoid yg dia akan jadi busuk kalau tak mandi lama-lama or 18kali sehari.
- Dia memang sangat busuk!!
- Dia memang pathological washer. Dalam erti kata lain, masalah OCD or Schizophrenia.
- Sebab2 peribadi yg lain yg sendiri mau ingat la. (oopppsss).

My question is, selalu lelaki yg korang kenal mandi berapa lama eh? Sambungan daripada itu.. kalau dia mandi lama-lama, agak-agak berapa lama, berapa gelen air dah abis, aaaandd.. kenapaaaa agaknya?
Masalah duniaa ni...

4 comments:

Lynnda Hosni said...

what about me Hana... I mandi... on an average is 30 minutes!...

=) said...

k.lynnda termasuk dlm golongan 'personal reasons' hehehhee. kita allowed to mandi 30minutes sebab kita pompuan, more responsibilities if to compare with guys. hahaha.

TopsyTurvyMum said...

segeng Adnan ni..

=) said...

Adnan mandi berjam-jam eh? Ikut k.nana ke? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...