... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 08, 2010

Kenangan Syawal... 2

Masa aku dah datang Melbourne sini, aku setiap tahun balik sambut Syawal di M'sia. Tak bleh tak balik weh, tu la timenye nak jumpa family sendiri yg dikasihi. Hari2 lain dok berjauhan dipisahkan lautan (chewah, drama tak?). Konon2 nak hantar ucapan/gambar kat Utusan/ B.Harian/etc, tapi seingat aku 1 thn je aku join member2 hantar ucapan raya. Bukan apa, malas nak bersiap2 utk amik gambar nak scan etc (zaman takde digicam). Ada je member2 aku yg balik raya tapi tetiap thn hantar gambar kat suratkhabar online, tu esp. manusia2 di UK nun haaa. Hehehehhehe.

Since tahun 2004, masa tu adik aku H2 sambung blaja kat sini tapi dia dok dgn kawan2 lelaki dia, aku dok dgn kawan2 perempuan aku. Raya eve raya tahun tu dia bermalam kat rumah aku, dia je la family aku kat sini masa tu. Kami gi solat raya kat Monsah Uni Student Union. Pagi2 tu dengar lagu raya kat computer.. huhuhuhuuu... syahdu sungguh... First time beraya jauh dp family. Call rumah pon teresak2 je. Satu rumah aku tangkap nangis la time tu coz first time masing2 beraya jauh dp family. Cam tu la aku setiap thn sampai la grad. Sure nangis minggu terakhir puasa & minggu pertama raya tu. Sedih beb.
Kami beraya kat halls of resident coz masa tu Monash IMS coordinator sponsor majlis raya. Aku ingat lagi masa kat halls tahun tu, diorang asing2 tpt makan lelaki & pompuan, tapi non-muslims makan kat tpt pompuan. Hangin gak aku masa tu coz aku nak beraya dgn adik aku, mcm2 gak kuar dp mulut aku yg laser ni. Ye la, aku marah la org pisah2kan darah daging ni semata2 ikut protokol. Bleh. Ada satu tahun tu aku beraya kat Malaysian Halls dulu baru dgn member2 aku yg lain. Coz nak visit adik aku, dia ada exams di sekitar hari raya tu.
Ada gak students yg rajin buat open house, simple2 je, tapi boleh la nak merasa suasana raya kan. Main bunga api gaya King Cat yg dibeli kat Big W. Ok la kan. Ada budak2 bergaya dgn baju raya yg dipos oleh ibubapa masing2. Aku guna either baju lama or baju yg mak buat time aku balik cuti summer. Yg mana beraya dgn baju glamer tu bleh la berbangga dgn member2 mana yg takde baju glamer. Tapi aku rasa, mat2saleh sini sure pelik tgk org2 M'sia pakai costume bagai time tu. Hahaha.
Masa tu jugak bagi yg rajin, sure akan menunjukkan bakat buat juadah raya/ kuih2 raya. Aku cuma bakat buat roti jala & kari saja lah. Hehehe. Yg lain2 tu fail la jugak. Aku ingat lagi time final year medicine. Berkumpul sehari sebelum raya kat rumah Dr. SS dgn housemate aku Dr. D & sorang lagi member Dr. MJ, dgn tujuan nak buat kuih raya utk sambut raya di rumah member esoknye. Kuih kami tak jadi, jadi keras cam batu-bata. Dr. SS buat kuih gunting, sedap la jugak. Dr. D buat kuih samprit. Jadi ke tu? Hehehhe. Aku & Dr. MJ tukar plan buat roti jala je. Seb baik jadi. Thn tu jugak thn tak best coz masa nak gi dapatkan bahan buat kuih ada sorang makcik ngokngek ni langgar kereta aku kat depan. AAArrrgghhh!!! Haram betul!

Now dah kerja, annual leave kena book about a year prior, so aku akan pastikan aku balik raya setiap tahun. Tak nak dah beraya di perantauan. Beraya with my family on the first day tu is very important to me. PUasa kat sini takpe la walaupon rindu bazar ramadhan & solat terawih & suasana raya di M'sia, tapi yg penting raya mesti dgn my family. Ramai je Muslims kat sini, but I think I would rather see my family, salam tangan setiap seorang esp my parents, bergambar beramai2 on the first day raya after solat sunat Syawal.
Now jugak since dah kerja, kena kasi duit raya kat anak2 buah. Miskin aku jadinye. Mak aku ckp takpe la, sedekah je. Ye, sedekah2 jugak, duit raya utk parents & adik2 aku kena lebih dp yg aku kasi kat org. Ni la masanye nak berbakti kat keluarga sendiri ye tak.
Now kalau balik M'sia, dah tak semeriah dulu. Mak byk beli kuih raya coz mebbie coz anak2 dia takde kat rumah dah. Tapi thn ni dia buat kuih raya kegemaran aku: biskut arab, biskut cornflakes. Nyaaam. Adik aku H3 balik rumah from Manchester lama sket dp aku so dia la yg banyak tolong mak & abah hal2 rumah tu.
Thn ni kami balik kampung di hari raya ke-2 coz nephew aku kawin time tu. Selalunye balik raya kami just balik hari je sejak opah dah takde. Kalau stay semalaman pon dok rumah mak long or kat hotel/ motel je.
This year lepas 3 hari kat Tepeng, kami bercuti di Penang. Best.. our well deserved holiday.

Busy betul kalau balik raya now. Sejak kawin ni kena la visit both sides of the family. Kadang sampai takde masa utk rehat or nak buat hal kami sendiri. Whatever it is, yang penting bagi aku coz setiap kali balik KL hubby & I sure dok rumah parents aku, maka first day raya kena la dgn family aku kan. Kami takde tpt lain nak bermalam kalau bukan rumah parents aku.

Selalunye kat KL open house akan berlangsung hampir setiap hari especially weekends kadang2 sampai terlebih2 lepas Syawal pon ada. Gamaknye. Setiap tahun balik M'sia time raya aku akan put on weight berkoyan-koyan sampai bila balik sini sure takleh muat most baju kerja lagi. Haaaaa.. jenuh la nak turun balik lepas tu. Hahaha.
Thn ni aku tak sempat nak gi open house byk2 coz beraya rumah relatives hubby & cuti pon pendek je. So takde la kami ni gain weight banyak sgt. Seb baik.

Blom sempat hilang penat balik from M'sia dah kena kerja dah. Syahdu betul. Kalau ada org buat open house raya, pegi la, kalau kerja tak dpt pegi.

Cam tu la kenangan di bulan Syawal. Ni gambar2 raya aku sejak tahun 2007. Yg lain2 tu ada dlm portable hard drive coz tukar computer hari tu. Malas nak bukak. Enjoy la, bukan senang nak tgk aku pakai baju tradisional, and bukan senang nak tengok gambar aku, hubby & family kat blog ni. Hehehehe...

Raya tahun ini :)

Raya tahun 2009, masa ni aku & hubby tembam! :)
Tengok la adik kecik aku, merah you!!
My favourite picture; Raya thn 2008.
Hubby balik raya seminggu selepas raya coz of work.

2 comments:

Lady of Leisure said...

hi dear.. hey u r beautiful and slim and tall.. mana ada tembam.. kalau i ni memang tembam rasanya hehe... cuti lain tak dapat balik mesia tak kisah lagi tapi kalau raya mesti mau balik kan... :-)
btw happy belated birthday to yr dad... semoga sentiasa dirahmati ALlah..
:)

A~ said...

hello lady,
thanks :)
i tembam slalu kat melbourne ni ha lepas balik dari cuti2 malaysia. haha. malu la nak post gambar kan.
thanks for the wish for my dad :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...