... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 04, 2010

Aku WAKIL RAKYAT TERLAJAK, okeh!!!

  1. image
1. Segmen hangat dari Mr. Ben Ashaari Aku ini WAKIL RAKYAT , okeh !

2. Soalan cepu emas 999:
    • Tempat pemastautin anda ..
Di suburb Chadstone, Victoria, Australia. Temporary saje buat masa ini. Tempat abadi.. pandai-pandai la korang jawab okes.
Anyways, electorate/territory Chadstone ialah dalam Chisholm. Mungkin macam Taman Permata kat dalam daerah Ampang Jaya gitu kot kat M'sia (betul ke?). Ada 2 main councils here kalau tak salah aku: Monash City Council ( Chadstone, Oakleigh, Huntigdale, Clayton, Glen Waverley, etc)& Whitehorse City Council (cover Box Hill, Balwyn, Burwood, etc) Victoria & electorate voting baru je lepas. Rugilah rakyat jelata aku tak bertanding hari tu.. ahaks!
    • Kelemahan serta kekurangan di kawasan anda ..
Woooo.. banyak sekali (Biasa aku nih).
i. Sejak akhir-akhir ini Monash City Council (equivalent to MPAJ contohnya) dah malas nak potong rumput kat taman perumahan sini, especially kat taman-taman permainan. Hubby kata skali pandang macam slump plak kawasan perumahan yg indah ni. Nak kata diorang ni puasa sebulan macam kita berpuasa di bulan Ramaddhan before hari raya Aidilfitri.. tak pulak. Christmas dah dekat nih. Kalau terkena bala locust tu aiyooo.. abissss. Makanan banyak.
ii. Kedai makan, kedai supermarket, kedai la dan services tutup awal. Mostly tutup around 5-6pm (ni pon dah ok berbanding 10thn dulu) & tak bukak weekends. Supermarkets & some food place je tutup around 10pm, Officework tutup midnight, satu Safeway kat Ashwood & McDonalds 24hours. Time winter lagi sedeh. Awal gila tutup. At least peak summer nanti banyak yg extended time mebbie 7pm. Chadstone shopping mall start tutup lambat selamat 3 minggu from 9th Dec.
iii. Some places tak banyak lampu jalan. Aku yg kerja ikut shift ni kalau balik midnight kadang terasa buta & takut jugak. Maklumla crime rates makin tinggi, sama naik dgn inflation kat sini.
iv. Recycling & green truck datang alternate weeks. Domestic rubbish plak datang seminggu sekali. Kinda susah untuk households yg suka buat sampah macam rumah aku ni. Bin akan penuh setiap hujung minggu, kadang melimpah-ruah, jenuh tunggu bin truck datang.
v. Jalan menuju ke Emergency Dept at the hospitals (e.g. MMC, Box Hill Hospital) sangat lah sesak & sempit. Messy. Hospitals kawasan ni pon tak cukup beds, doctors, etc. Tak cukup parking utk doctors kat spital nun. Kat BHH takde residents quarters, cuma menumpang kat bilik consultants yg nuthing tu. Makanan kat cafe hospital mahal & tak sedap.
vi. Last but most importantly, masjid/surau sini still sangat susah nak cari & susah nak cari parking utk solat berjemaah esp solat Jumaat, solat Terawih, solat raya. Monash Uni ada a good religious centre for most religion (diorang ada their own bilik, utk muslims pulak ada satu bilik pompuan & satu bilik lelaki siap ada tpt wuduk masing-masing). Ada satu kat Monash Uni area yg ramai lelaki pegi solat Jumaat setiap minggu, a few years back ada residents kawasan tu komplen kat council tak kasi org parking situ utk solat Jumaat. So now dah ada restriction 15minit je parking tepi jalan, which is kinda hard. But yeah, bukan salah residents situ je, sometimes org gi solat Jumaat ni main parking je kat dalam kawasan rumah org. Hospitals seperti Monash Medical Centre & BOx Hill Hospital ada religious area/ room, which is good if to compare with 10-15yrs ago. Dalam Chadstone shopping mall/ Oakleigh shopping mall takde Quiet room/Religious room.
vii. Oh ye, di Victoria ni banyak orang tak kerja & sekadar makan duit dole/Centrelink (which is duit taxpayers) then beli dadah guna duit rakyat. Berasap je aku dengar the figures hari tu masa buat Psych rotation. Most of them takde usaha nak kerja pon coz dah dapat duit free kan. No wonder la crime rates makin tinggi kat Melbourne ni.

Panjang plak aku komplen eh. Kata dah, aku ni sangat suka komplen.
    • Apakah perubahan yang akan anda buat di situ ..
Wooooo.. macam-macam.
i. Aku akan paksa Monash City Council (and also Whitehorse City Council) potong rumput setiap 1-2minggu sekali in warm seasons & 3-4minggu sekali in cold seasons.
ii. Aku akan wajibkan kedai & services penting tutup lambat on weekdays & bukak on weekends. Chaddy mall bagus ada post office, Medibank, Medicare, banks open on Saturday. Other places tak. Weekdays, mebbie these services boleh tutup kol 8pm & weekends termasuk Ahad tutup kol 5pm. Kedai makan please la tutup midnight on weekdays & beyond on weekends. Penting okay utk orang malas masak macam aku ni & kerja shifts. Lain-lain kedai silalah tutup kol 10pm or midnight ikut category.
iii. Aku tau ni tak berapa environmental friendly if I wanted more street lights. But aku rasa kalau for season yg banyak matahari boleh bubuh solar panel & storage utk generate tenaga to feed these street lights. Tingkatkan security system e.g. polis peronda utk setiap kawasan adalah wajib, walaupon setakat ni Alhamdulillah hidup kami di Chadstone ni aman. Tapi di Oakleigh, Ashwood, Huntingdale, Clayton nun..
iv. Aku akan paksa developers banyakkan parking utk buildings around these hospitals, and at the hospitals supaya jalan raya menuju ke Emergency Department tak sesak. Aku akan paksa government tingkat funding utk health care system to adress those complaints yg aku ckp kat atas nun. Ni mungkin aku kena bawak bouncer kot nak gi bebel kat diorang tetiap hari.
v. Aku akan suruh councils tambah pekerja bin truck diorang. Then suruh diorang angkat domestic rubbish 2x weekly. Tambahan, recycling & green rubbish buat tetiap minggu takperlu alternate weeks. Oh ye, aku akan tambahkan public library, sports centre yg ada include special time utk female participants, halls utk majlis keramaian. Ada lagi yg tertinggal list tak?
vi. Ni kira berjihad la ni kan. Aku nak tambah & surau/masjid kat setiap suburb. And adakan satu bilik solat/religious centre kat setiap shopping mall cam kat M'sia. Mulia tak usaha murni aku ni?
vii. Orang-orang yg dapat duit Centrelink/ dole ni aku akan paksa diorang cari kerja within a certain period, but at the same time aku akan sediakan vocational/ technical training centres supaya diorang boleh train/kerja utk baiki kehidupan diorang. Wajibkan diorang masuk sini kalau tak nak cari kerja. Then wajibkan diorang ada kerja tetap lepas lulus training kat sini & aku akan wujudkan system pemantauan supaya they dont end up on the streets menyusahkan rakyat. Aku jugak akan sediakan banyak counseling, support groups & centres especially utk mangsa dera kanak-kanak. Wooo besar betul cita-cita mulia aku ni. Sapa nak fund sumer ni? Of course la taxpayers, sapa lagi. Hmmm.. macam mana nak cari pengusaha dadah & senjata haram ni sampai ke lubang cacing?
vii. Khas untuk kereta aku, family aku, kroni aku: increase the speed limit on the road khasnya setiap kali aku nak lalu. Tak perlu ada driver. Yang penting kenderaaan sekeliling aku kena kasi laluan, especially time aku nak gi kerja =P
ix. Akhir kata, untuk kroni aku jugak: permudahkan peluang pekerjaan, property gain, etc. Kehkehkeh. Dah kata aku berkuasa kat kawasan ni kan. Haaa.. cepat-cepat la pikir modal apa untuk jadi kroni aku. Banyak untungnyeee..
    • Bagaimanakah anda nak menangi hati penduduk di situ ..
Oooo.. untuk mengempen ni kena la ada DUIT. Mula-mula aku kena la ngorat the government kasi funding banyak kat electorate aku ni. Sila la guna taxpayers money tanpa segan-silu. Then kempen habis-habisan. Kalau kena berarak pun aku sanggup. Pas tu buat ala-ala supermodel melambai-lambai ke arah para peminat masa berarak tu. Buat muka comel menggoda sekali sambil kenyit-kenyit mata. Sure semua jatuh hati punya kan. Sekali-sekala guna bomoh-bomoh black magic kasi lagi umph pemerintahan aku. Aku of course akan guna politik wang.. tapi pengundi la tabur wang kat aku kasi aku menang. Hehehehhe.. Alah, duit tu pon utk kesenang penduduk nanti, slain nak support aku gi shopping balik M'sia or kat Europe & U.S. nanti. Hehehehhehehehe.. ngam kan?
    • 'Janji manis' anda pada penduduk di situ untuk pilihanraya akan datang ...
Tak perlu panjang-panjang. Perubahan yg aku dah propose kat atas tu la sebahagian dari janji-janji manis bak madu kat penduduk untuk pilihanraya akan datang. Semangat untuk maju aman makmur mesti ada, hidup penduduk tetap aku utamakan (di samping kesenangan hidup kroni aku). Pendek kata semua orang akan untung & bahagia kalau aku jadi wakil rakyat kawasan ni. Bukan tu je, korang-korang ni pasti bangga riak mendabik dada lagi bila aku dah jadi wakil rakyat nanti. Kembang segala-gala. Heh! Lain-lain cadangan utk memajukan kawasan ni akan diambil kira pada mesyuarat parti akan datang (especially yg kasi untung kat kroni aku).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay, Ben. Aku tau ni entry terlajak. Baru perasan segmen khas Ben Ashaari yg sangat menarik ni masa menggodek-godek blog tengah kerja. Tapi Ben tulis tamat 4petang 3/12/10, aku post menda ni aroiund 4 PAGI 4/12/10, 12jam terlambat. Kalau Ben tak siarkan kat blog dia pon aku tak kisah coz this segment ni cukup menarik kasi otak aku bangun sket kerja night shift nih. Boleh gini Ben?

Biasala sesi merapu aku di pagi buta during a very long 13hour night shift in ICU. Seb baik patients semuanya stable (mana taknye, mereka dok diam-diam intubated!).

Sesi merapu lain akan disambung depending on how my night shift tonite. Ciao!

2 comments:

Lady of Leisure said...

wah bagus betul wakil rakyat nih haha.. eh dear, locust tu kalau kat mesia ni yang orang panggil belalang kunyit kan?

A~ said...

biasa la mengarut2 time kerja memang sangat best. hahahha

belalang kunyit ke locusts tu.. i pon tak pasti la. nanti i googlekan. tapi tu la.. geli beb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...