... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 17, 2010

Geram & lesu

Pagi semalam masa hand over kat dalam bilik meeting, lagi skali that particular boss tanya aku pasal XRay. Dia tanya pasal the equipments position on XRay i.e. the endotracheal tube (ETT), peripherally inserted central catheter (PICC), central venous catheter (CVC), intra-aortic balloon pump (IABP), etc. Biji mata aku ni dah kering tak boleh bukak dgn ngantuknye & blurry vision lagi. Seb baik aku tau jawab most of it except the IABP position :’(( Tension!!! Aku memang rasa cam nak bunuh diri lama dah setiap kali kerja dgn this consultant. Tadi pon rasa cam nak nangis la jugak, buat muka sedih lepas tak dapat jawab. Masa dah nak abis meeting tu dia mcm puji aku did a good job removing the IABP from a patient weekends hari tu. Consolidate aku nyer kesedihan. Which, saat tu aku rasa mmg nak merajuk & nangis kat situ jugak.
Aku ngadu la kat registrar aku yg dia tak suka aku tu la pasal kot dia asik put me on the spot je. Apsal org lain dia tak tanya, sedangkan bukan aku sorang je yg tak tau banyak hal kat ICU ni. Aku tanya sorang lagi resident dia tau ke apa yg si consultant tu tanya aku tadi, dia cakap dia pon tak tau & tercengang-cengang gak. Tak tau la betul ke or dia saja nak make me feel better.
Baik bangat registrar aku tu dia kata pasal dia suka la dia asik tanya je. So that aku tak lupa apa-apa yg aku belajar & supaya aku move forward. And understandably thats how they learn at Uni tu la pasal bijak sampai now. Not like how I had my studies at Monash dulu... ada pihak uni kisah tak masa tu.. huhuhu... Aku sangat tension bila tengok this particular boss rostered bila aku pon on.

Malam ni plak aku sangat bengang dgn registrar yg kerja dgn aku. Ni registrar baru bukan yg semalam punye. They rotate so that resident & registrar akan overlap, supaya satu satu cycle takkan dua-dua doc baru for that week. Aku noticed lama dah dia ni memang asik nak pick on me je. Scrutinizing betul! Dari hal aku lembap sampai la hal aku nyer work attire pon dia nak tegur. Tadi dia tegur apsal aku sensing lengan baju sampai Nampak lengan masa nak buat arterial line kat patient baru masuk ICU. Aku yg dah memang bengkek dgn dia lama plus dengan anger issue aku ni obviously lah jadi lebih bengkek. Aku jawab la balik abis tu cam mana nak buat aseptic technique kalau aku takleh sensing lengan. Dalam dok argue2 tu last-last aku snap balik, so aku ni takyah la jadi doctor ye coz kena jaga semua menda kena tutup aurat pakai jubah purdah bagai. Bagi aku, aku dah pakai kemas & menutup aurat pada standard aku untuk bekerja. Last last dia cakap dia kasi nasihat sebagai adik-abang & even his wife pon dia suruh jaga betul-betul. Last-last we dropped the subject coz masa tu aku dah berasap-asap geram tak nak cakap dengan dia.

Ok, apsal dia sibuk-sibuk, dia ni dari Negara timur tengah nun, dok Aussie to further his career coz peluang lagi bagus kat sini. And aku respect dia coz dia pandai & sebagai Muslim, dia sangat menjaga makan minum & ibadat dia. Agaknye dia dah lama kot dok perhati aku ni tak menutup aurat sangat esp. masa buat procedures or patient’s physical examinations.

Masa end of the shift lagi la sakit hati aku rasa cam nak hempuk je dia. Masa meeting hand over tu ada skit2 aku cakap in between the breaks. Pas tu dia boleh marah aku next time jangan interupt dia bila hand over. Eh boleh plak gitu. Padahal kalau registrars lain semua encourage the juniors to join in for the hand over to practice & to learn. Dia je nak supress org lain konon dia je hebat.
Hangin je aku balik rumah pagi tadi.

Susah pon susah, bagi aku hal ni lebih banyak catch 22 for duniawi reasons. Dalam hal ni aku seboleh-boleh tak nak berbicara banyak. SEmua orang tahu hal ni, and bukan hal tepuk dada tanya selera. There’s a line to follow. Islam memang is a way of life, Cuma umatnye saja yg memilih which one to follow most of the time. E.g. paling simple kalau dah pinjam barang orang silalah pulangkan balik secepat mungkin sebab kena respect tuan punye mungkin nak guna/ susahkan dia kalau takde menda tu lama. Other e.g. Islam menghormati hak-hak wanita dan lelaki, tapi sesetengah manusia memilih utk menindas the other gender. Aku rasakan iman aku masih lemah, siapalah aku untuk mengulas hal-hal ni...

Satu badan aku hangin sejak last week lagi. Aku rasa sangat marah, at the same time sedih. Rasa macam takde an outlet to just luahkan/vent out keserabutan otak aku ni. Kadang-kadang kalau aku tak rasa anti-social sangat aku akan share with my doc frens coz i feel like mebbie they are the ones yg paham the life of a junior docs. Orang lain hanya mampu bersimpati, kalau tak pon menyampah atas kelemahan ini...
Docs are human beings too..

Bila aku fikir-fikir balik, what am I angry about... Aku marah at the situation. Mostly marah kat diri sendiri... hal aku bengap & lembap sebenarnye salah aku. Hal aku berpakaian berpakaian pon salah aku sendiri. Sebab salah sendirilah makes me feel more frustrated + disappointed with my own self...

Dan satu kesimpulan aku out of all this.. aku benci male chauvinistic person macam si registrar timur tengah ni...!!! GRRRRRR!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...