... nukilan seorang perantau...

Detik Demi Detik...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Peluang korang nak berbakti kat aku =P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 08, 2010

Locust & pesto & kek batik

Tidaklah gitu aku masak locust skali dgn pesto malam tadi. Hahaha. Ssaja nak citer pasal locust yg aku sangat sibuk-sibuk amik tau. Ngalahkan research terkini dalam medicine plak kan. Of course la... aku geli!! Dengar berita dah sampai ke Doncaster, suburb sebelah hospital tempat aku kerja & kat Noble Park nun, suburb yg sangat dekat tempat YL tinggal south of Clayton. Meremang jugak bulu roma teringatkan they are actually close to where I live. Setiap hari aku dok baca news sambil tengok-tengok kiri kanan mana tau terserempak dgn locust. Bila takde rasa lega sangat. Bila pikir balik, apsal plak aku nak terserempak dgn locusts geli tu. Aku pikir-pikir kalau terserempak sure aku akan pengsan jap, hmm, tapi daripada pengsan memalukan diri baik aku amik gambar hantar kat TheAge.com.au pas tu jadi femes =D Hehehehhe... amik kesempatan kat bencana alam.

Setiap hari kuar berita. Ni berita terbaru hari ni pasal locusts, dari TheAge.com.au They are here in Melbourne suburbs but in small numbers. Lega aku dengar. Mebbie semut & lalat lebih banyak dari mereka ni now since its warm & humid & angin. Aku harap diorang terhapus semuanye soon. Tu gambar atas tu gambar map kedatangan locust swarms 2,3 hari lepas punye berita. Terbaru punye peta aku tak jumpa plak.

Oh, ada plak yg suggest nak control locust boleh la bawak ke meja makan sebagai ganti udang bakar bbq. Klik sini. Boleh la masak taco (diorang ni kata great for kids), bbq, stew, etc. Wek, memang aku pernah dengar belalang goreng rasa macam udang goreng. Ni citer dari member-member aku yg pernah makan belalang goreng kat Sabah nun. Uuuuhh.. selagi nama dia locust aku akan geli nak pikir. Hahhahah.. kalau belalang okay kot.. teringin jugak.

Okay, tu cerita locusts yg membuatkan aku obsessed. Ni plak cerita akhirnye Victoria is not the place to be. The current gov dah scraped off the slogan. Victoria takde slogan lagi. Maknanye aku kena pindah ke Perth or Brisbane la kot tak lama lagi. Gaji doctors lebih banyak di situ & doctors are more appreciated there. Haha. Boleh gitu?

Apa lagi berita menarik hari ni kat TheAge.com.au? Jimat duit aku tak payah kuar duit beli suratkhabar. Sampai bila ada suratkhabar kat tea room ICU pon aku tak selak coz dah lupa macam mana nak baca suratkhabar kertas. Oh ye, diorang report doctors tak jaga kebersihan bila jumpa patients. Well, malu aku terpaksa agree on this. Aku kan OCD. So banyak jugak aku perhatikan docs tak guna alcohol rub or basuh tangan when touching the patient or patients equipments. Aku ni haaa sampai aku punye stethoscope ada cracks lagi sebab asik guna the alcohol rub each time kena patient. Punyelah OCD sampai bila salam orang including the bosses pon aku basuh tangan/ avagard. Tangan aku pon sampai mengelupas nampak kedut-kedut dah asik basuh tangan/ guna alcohol rub tu. Sudu pinggan cawan semua bawak dari rumah, tak nak guna tea room punye. Geli. Hahaha. OCD.
Dalam news tu jugak puji nurses & midwives jaga kebersihan. Betul sangat la tu. Aku perhatikan kat ICU tu sama jugak cam docs. Malah lagi jijiks. Diorang empty or check the IDC (indwelling urinary catheter) pas tu terus pegang pen tulis atas chart. Pas tu pegi sana sini dalam ward. Geli lah. Tak pulak guna alcohol rub or basuh tangan. Pegang-pegang access/ equipments. Tu tak pulak kecoh. Biasa lah dunia very patronizing, condescending towards docs. Heh!

Eh, lupa pulak nak cerita pasal dinner aku semalam. Hahahha.. suka sangat ngutuk orang sambil-sambil perasan diva aku nih. Hahaha. Kan dah berjela-jela entry ni. Hari pon dah hujan ribut sejuk gila & sangat gelap gelita rumah ni. Belom pon tengah hari.

Malam tadi sebab aku still recovering from lethargy & sore body so kansel lah nak buat mee hailam yg dah lama aku kempunan. Ternampak pulak pesto dalam one of the MasterChef mags so aku pon try la buat. Tambahan pulak kat webbie SalamDuaBenua nun pon ada pesto dia buat. Aaaiihhh.. lagi la meleleh air liur aku. Seb baik most bahan dah ada.
Ni recipe dari Taste.com.au.
The real pesto
Ingredients (serves 4)
  • 175g fresh basil leaves
  • 50g pine nuts, lightly toasted (aku guna mix pine + almond coz tu je yg aku ada)
  • 3 garlic cloves
  • 125g grated fresh parmesan (ni pon aku guna pizza mix yg ada mozarella, parmesan, cheddar & tasty cheese coz itu je yg aku ada)
  • 200ml extra virgin olive oil
Method
  1. Place the basil, pine nuts, garlic and parmesan in a food processor and process to combine.

  2. Gradually add the oil in a thin, steady stream and process until you have a smooth paste.

  3. Store in an airtight jar (with a layer of olive oil covering pesto), in the fridge for 5 days.

  4. To freeze, make pesto without parmesan, then stir it into the defrosted pesto before serving.

Senang, cuma perlu rebus pasta je & bakar instant sausage rolls beli kat Dandenong hari tu. Kami makan dgn fettucine. Kuah pesto tu patut menggerutu tapi aku blend sampai hancur, heheheh, aku takde food processor guna je lah blender/ magic bullet tu. Aku mula-mula tu dapat agak apa reaction hubby, coz dia ni kan kadang-kadang takleh ngam dengan makanan yg pelik-pelik pada mata dia (like most lelaki kan =P ). Seb baik dia okay. Well, pesto ni kena get used to the taste baru boleh tau kesedapannye, like most dishes lah.
Dessert plak kek batik, recipe amik kat k.Ummi klik sini. Hari tu aku try Mat Gebu punye jadi keras sket & chewy rasa full of chocs. Yg ni coz dlm recipe k.Ummi tu ada nescafe & telur so rasa dia ada sikit-skit kopi & kek batik ni lembut gebu. Aku suka yg Mat Gebu punye & hubby pulak suka yg k.Ummi punye. Gilir-gilir lah. Hari tu aku buat lebih ikut recipe K.Ummi & bawak gi spital, seb baik diorang sumer suka yg ni.
Oh, semalam pagi pegi pasar aku beli this Ferraro Rocher. Laaamaa gila tak makan, hari tu curi satu patient punye teringin. Hahahaha. Tak curi, tu choc thank you kat ICU so aku amik la, lapar. Feveret kami sekeluarga nih (termasuk la choc Toblerone & Maltesers) So semalam rembat sekotak besar, hari ni dah tinggal separuh, rebut-rebut dgn hubby.

5 comments:

A~ said...

Cun tak my pinggan mangkuk corelle tu =D

kekwa22 said...

cun sangat2....

sedapnya nampak pesto nih..nanti nak cube resepi nih...

teruja aarr nengok cake batik..

yummy

TopsyTurvyMum said...

Kawan knana pun beli design camni..sweet jerr:)

Ferrero rocher kalau ada dalam rumah ni kejap je habissss...

A~ said...

kekwa22, cuba la. rasa dia kena get used to. to me sedap lah. kek batik mmg kegemaran i. terkenang zaman kanak-kanak dulu.

k.nana, kwn k.nana beli corelle banyak tak? boleh muat ke masuk luggage/ weight limit nanti :P
wah, diorang beli design ni jugak, caya laaaa!
sedap la ferrero rocher tu.

Lady of Leisure said...

sangat cunnnn..bunga kat pinggan tu sweet giler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...